Kami yang tengok Ba dan Ma nak pergi ke Tanah Suci pun rasa gembira+sayu ... apatah lagi yang empunya badan, kan. Kata Ba, “raso tok leh nok royat lagu mano raso suko nok g mekoh ni....” = (tak dapat digambarkan perasaan dapat g Makkah ni).
Dari Kota Bharu (Pengkalan Chepa-PC) Airport, Ba dan Ma bertolak pukul 4.30 petang 24/10/2011, terus ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, berkumpul di situ. Kemudian dari Kelana Jaya, lebih kurang pukul 1.30 pagi, terus ke KLIA, dan dari KLIA mereka bertolak pukul 5.30 pagi, terus ke Jeddah. Mereka sampai di Jeddah lebih kurang pukul 3.00 petang waktu Malaysia.
Insya-Allah Ba dan Ma dijangka akan pulang ke Tanah Air 7 Disember 2012, insya-Allah, kami akan pulang ke kampung lagi masa tu. Raya Haji mungkin kami tak balik, simpan cuti untuk hari ketibaan Ma dan Ba nanti....
**(Nota Dieyana: Saat ketika Ma dan Ba nak turun dari rumah ke PC Airport (lebih kurang pukul 11.30 pagi), usai selepas azan dialun oleh bilal, Ba menyambut azan itu dengan iqamat, membaca surah2 tertentu, kemudian akhirnya Ba membaca doa, tidak sampai sesaat Ba berdoa, cuaca yang tadi elok tiba2 hujan turun membasahi bumi. Subhanallah, hujan rahmat hendaknya. Usai kereta yang membawa Ba dan Ma hilang dari pandangan kami, hujan serta-merta berhenti. Subhanallah sekali lagi....)
Semoga Allah Taala permudahkan segala urusan mereka di sana, semoga Ba dan Ma selamat pulang ke Tanah Air nanti, dan mendapat haji yang mabrur. Amin.
11 comments:
teringat masa tok umi ngan tok ayah pegi mekah n umrah dulu, rasa sedih sgt,tapi seronok, depa bertuah coz menjadi tetamu allah
mak dan ayah saya belum sampai seru lagi..harap tak lama lagi giliran mak dan ayah saya pula amin..
kak diana.... rasa sama penerbangan dengan papa tok eysraf. dr kb pn flight 4.20pm gak. pap tok eysraf sampai di Kelana jaya lbh kurang 8mlm...
mamasyaza-ha'aa, sedih tapi gembira kan....
mamasyaza-ha'aa, sedih tapi gembira kan....
totie-insya-Allah, akan tiba masa tu...:-)
etiey, ha ye lah tu....
moga slamat smua nye ya ;D
hb akak pon suka lalu ikut KT coz ada pntai ;D
nxt time plan nk singgah lh smlm kt mn2 chalet kt KT
semoga selamat perjalanan pergi dan balik.. InsyaAllah
SSL-ha, sesekali nk hirup udara pnti, bleh lalu situ, ha, betul2, rasa nk menginap chalet2 kat situ..heheh
dalila-ha insya-Allah...
Post a Comment