Suka tengok orang masuk contest. Lagi suka bila rezeki berpihak kepadanya untuk menang! Tak kisah la dapat hadiah kecil atau besar, seronok! Masuk contest itu, contest ini, dan menang pula. Syoknya! Saya ni suka tengok orang masuk contest, tapi sendiri sangat malas nak join. Tambah2 pula kalau ada syarat2 tertentu, lagi la menyebabkan saya malas. Itulah dia, bila dah malas, nasib lah ... tak de orang nak bagi hadiah percuma kat kita tanpa sebarang usaha kan! Nak menang, kena usaha lebih skit la kan. Tambah2 kalau nak kena cari sampul lagi, setem lagi ... bla bla ... bagi saya, leceh, tapi itu biasa bagi yang sudah biasa kan!
Saya tengok orang lain, senangnya dapat hadiah, masuk contest, lepas tu menang dapat tiket wayang la, voucher beli belah ... seronok tengok mereka yang rajin ni. Ada sesiapa yang ingat kuiz 'More Jutaria' kat TV tak? Seingat saya, masa tu saya sekolah rendah kot. Masa tu, memang sangat rajin kami anak-beranak, hantar 'kuiz untuk penonton di rumah'. Ba sanggup beli poskad banyak2, tunggu rancangan tu setiap minggu. Berpuluh2 poskad dihantar, malah hampir mencecah ratus poskad Ba hantar. Tapi satu pun tak pernah menang. ^__^
Sekarang ni, macam2 contest kat FB, kat blog, kat majalah. Rasa curiga pun ada timbul sedikit di hati saya. Eh betul ke ni! Ke tipu aje. Kalau contest kecil2 di blog tu, insya-Allah betul la kan, tapi contest yang melibatkan hadiah yang ribu riban ni, agak curiga skit. Tapi bila ada yang menang, memang betul lah! Tak tipu lah! Cuma kena berhati-hati lah kan ... jangan sampai terpedaya pula kan. Dah rezeki mereka, baru masuk contest kali pertama, menang pula!
Baru-baru ini, tiba-tiba saya gatal tangan dengan satu kaji selidik di majalah Apartment. Memang dari keluaran pertama majalah ni, saya beli, tapi tak pernah join apa2. Kes malas nak begitu begini lah. Tapi yang ni bukan contest, tapi lebih kepada 'kaji selidik tentang majalah apartment'. 50 penghantar pertama akan memenangi hadiah misteri. Cuba aje lah, mana tahu, saya penghantar yang ke-50. ^__^ Senang aje, tak perlu bersusah payah, hanya isi apa yang dia tanya (kaji selidik). Tambah2 lagi, 'Apartment' majalah kesukaan saya.
Kawan-kawan opis gelakkan saya kerana kalut mencari setem dan sampul konon2 nak antar kaji selidik ni lah. Hahhahah ... kelakar pun ada, konon2 nak menang hadiah misteri tu la! ^___^ Mula-mula tu bosan juga bila ke hulu hilir cari setem dan sampul surat, ada yang manis2 mulut, "cubalah diana, mana tahu bersusah payah cari setem dan sampul tu, awak menang." Ye ke cari setem tu susah? ^__^ Bukan susah, tapi leceh.
Ada satu lagi segmen yang tiba2 menarik hati saya, juga dalam majalah Apartment, 'Mahu menghias rumah secara percuma?' Dah lama ada segmen ni, tapi langsung saya tak pandang. Mungkin kali ini mahu mencuba nasib. Tapi yang ni saya belum hantar, sebab kena hantar 5 keping gambar. (Alamak kena ambik gambar rumah la pulok) Gambar belum cuci, tarikh tutup, bulan 12 ni kot, sempat lagi kan? Kalau rajin, g cuci gambar.... ^___^ Kalau tak rajin, bai bai aje lah..;-)) !
** Tapi kan, ada satu perkara saya tak faham, iaitu NUFFNANG. Nuffnang tu, apa? Ada blogger kaya hanya dari nuffnang, kan? Sumber nuffnang tu dari mana? Ada sesiapa boleh jawab pasal nuffnang? Blogger tak perlu buat apa2 kan ... tapi dapat duit/apa2 yang percuma. Maaf, sekiranya soalan2 ini agak sensitif. (ai sangat jakun pasal nuffnang ni)
2 comments:
ila pun xpaham sgt pasal nuffnung ni.. tp ada la masukkan.. tp duit xde pun bertambah...hehe...
Semoga layak untuk menang...hehehe..bulan ni di Majalah Apartment, salah satu deko aparment macam rumah dieyana la...cantik.
Post a Comment