Friday, October 21, 2011

Lagi Bertih!

Alhamdulillah, Iman dah sihat, dah 2 minggu g sekolah. Tapi biasalah, parut tu tetap ada walaupun Iman sgt berjaga2-itu tak boleh, ini tak boleh.... (Bimbang tak nak tinggalkan parut yang dalam).




Tak nak mukanya diambil gambar!


Sehingga ke hari ini pun, nak makan sesuatu, tanya saya/papanya, "Iman boleh dah ke makan ni?" Heheheh ... sangat berjaga2 weih! Di rumah pengasuh pun, Iman yang 'mengajar' mak cik pengasuhnya ... "Iman tak boleh makan ayam, Mak B, pot pet....^__^



Dah sihat, tapi parut tetap ada....


Lega, Wafiy tidak berjangkit. Tup tup, Jumaat lepas (14 Oktober), Wafiy kena juga bertih! La, ingatkan dah selamat, tak sesiapa yang berjangkit. Wafiy ni, bertih dan campak naik serentak! Satu badan dan muka teruk merah2 dan bengkak. Kata doktor, ciken pox dan campak boleh naik serentak! Menggaru2 sana sini. Si abangnya berkali2 pesan, "Wafiy jangan garu! Nanti ada parut! Manalah Wafiy nak faham parut2 ni ... hihkihk. Kalau Iman cakap, "Adik jangan makan telur, adik jgn mkn kicap, adik tak boleh itu, tak boleh ini, dengan selamba wafiy jawab, "BIAR JE!" Ahhahah ... bukan main si abang bagitau itu-ini, pandai betul menjawap, 'biar je'! ^__^



Hari kedua


Tapi alhamdulillah, campaknya tidak lama, hanya 2 hari ... elok saja lepas mkn ubat yang diberi doktor (dengan izin Allah taala). Lepas dah reda campak, barulah nampak biji2 bertih sana sini. Bertih tak lah sebanyak abangnya, mungkin campak lebih 'menang' drpd bertih.... Senyap2, dia duk kutis2 bertih! "Adik! Jangan kutih!" "Tak Wafiy tak kutih, Wafiy gosok aje!" Memang pandai menjawab! ^__^



Tak nak sapu calamine lotion. Time nak sapu tu, nak tidur lah, nak pakai baju lah.


"Mama, Wafiy nak makan CC. CC??? ---------------- rupa2 nya, KFC ^__^


(**Nota Dieyana: Masa Iman naik bertih hari tu, langsung tak fikir tentang air tawar. Apabila Wafiy teruk naik campak+bertih ni, suami tanya saya, ada tak sesiapa kat ofis awak boleh buat air tawar? Saya tak tau.... Kerana tak tahan melihat bengkak2 badan Wafiy, Tiba2 tergerak hati saya, lepas solat Isyak, saya ambil air, baca surah al-fatihah, qursi, beberapa ayat lazim, ulang beberapa kali) kemudian dikuti dengan doa, dan yang penting, yakin di dalam hati ... hanya Allah yang tentukan segala-galanya. Amin. Tak kisah lah kita baca ayat apa2 pun kan, setiap ayat Quran adalah yang terbaik!


**Saya bukan ustazah, saya bukan siapa2, tapi saya yakin dalam hati, doa seorang ibu adalah yang terbaik, insya-Allah... ada yang setuju dgn saya? Ingat-mengingat sesama kita.... (saya teringat setiap kali kami adik beradik nak exam, nak pergi temu duga, insya-Allah Ba/Ma akan buat solat hajat sendiri)


** Saya dan suami bergilir2 cuti jaga Iman, kemudian Wafiy ... Dan, hari ni Wafiy dah ke rumah pengasuh seperti biasa....

10 comments:

Unknown said...

ala,siannya...nasib baik dah semakin ok kan

Qhaifa Nur said...

cihatnya dia tapi dah nak sembuh..parut tak pa nanti dia hilang kot..

Iela Fazielah said...

alhamdulillah diaorg dah sembuh.... tp ila aritu doktor bg ubat antibiotic jenama zovirax mmg ceat sembuh.... tp hari kedua mmg ila bg sup ayam je nak kasi bertih tu cepat keluar dgn byk... hari ketiga keluar byk dah...pastu terus tiap2 hari masak sup ikan je...5 hari dah pulih...

~izan~ said...

Alhamdulillah dah sihat..takpe,parut tu nnt lama2 kurang..bley try sapu2 bio oil ke (memandai je ni hehe)

NanieZara said...

sian iman kan..bertih tu miang2.tp nani tak amalkan mkn ubat doctor klu kena campak/chiken pox takut lagi bertambah panas dlm.kena banyyakan mandi,minum air tawar dan sapu calamine lotion.
kagum nani dgn k.dian ni buat air tawar sendiri utk kesihatan anak..nani sendiri pon tak yakin nak buat mcm k.diana buat.

- dieyana - said...

il-alhamdulillah, dua beradik tu dh ok...

- dieyana - said...

Qhaifa-alhamdulillah, dah ok, harap2 tu ilang=parut muda..hehhe

- dieyana - said...

iela- ooo. ye ke bagi sup ayam, tk tau pun, langsung tk bagi ayam, sbb org ckp tak bleh mkn ayam...

- dieyana - said...

izan, a'aa tq2, betul la tu sapu bio oil, ramai gak org ckp bio oil bagus...;-)

- dieyana - said...

nani-k.diana amal sapu calamine cam nani ckp, bio oil pun sapu utk ilangkan parut, mandi pun selalu, doktor pun cakp, kerapkan mandi...

pasal air tawar tu, k.diana pun tiba2 tergerak nk buat air tawar sendiri..yang penting yakin dalam hati...insya-Allah....dipermudahkan-Nya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...