Thursday, June 28, 2012

Jiwa Kacau: Rindu

Saya sangat rindu akan dua beranak ini! Sekarang, mereka di kampung atas sebab2 tertentu. Dan, jiwa saya sangat letih. Fizikal, memang la letih sokmo, tapi saya buat tak tahu, lagi saya layan badan yang letih ni, lagi la saya letih. Sungguh, saya rindu si kecik comel dan papa dia ... ^_^ (Bila dengar suara si kecik dalam telefon, " Mama, Wafiy nak balik rumah mama!" lepas tu dengar suara dia nangis2 pulok. Ini kali pertama saya berjauhan lama dgn si kecik ni :-( Dengan papa dia, pernah berjauhan setahun-2005-2006 atas faktor suami belajar, Iman pun saya pernah tinggalkan dia di kampung 3 bulan dengan ma-selepas pantang bersalin.



Tapi alhamdulillah, saya ada seorang lagi penawar hati saya-Awang Hitam Manis 'mulut banyak' . Mujur la ada dia jadi peneman sunyi saya ... dan mak saudara (tak de gambar), sebagai peneman kami.



Semoga suami saya cepat sembuh, dan kehidupan kita kembali seperti biasa. Sesungguhnya, Allah telah beri kemenangan kepada saya, (http://dieyana78.blogspot.com/2012/06/tahniah-dan-alhamdulillah.html) tetapi Dia tidak mahu saya hanyut dengan kemenangan itu, lalu diturunkan ujian kepada kami untuk menyeimbangkan kehidupan kami.... Semoga Allah sentiasa dekat dengan kami. Amin. Dan, semoga saya terus kuat, bersemangat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Semoga saya diberi kesihatan yang baik, kalau tak sihat, macam mana saya nak uruskan itu-ini. Alhamdulillah juga saya dah boleh drive kereta, (http://dieyana78.blogspot.com/2012/02/mesti-fokus-penat.html) kalau tidak, fuh.... memang susah juga saya nak ke sana ke mari, tanpa suami di sisi... Tapi maaf, saya belum bersedia nak bercerita hal sebenarnya :-)


(** Tunggu mood dah reda, nanti boleh main tulis-tulis di sini, "Rabbi yasir wala tu assir". Insya-Allah, semoga mood saya cepat2 bersinar dan boleh jenguk rumah kawan2 :-))

11 comments:

Qhaifa Nur said...

anak suami jauh dimata memang jiwa jadi kacau...
moga suami sembuh seperti sediakala hendaknya...

Mrs. Norrie said...

semoga hubby dieyana cpt sembuh yer...AMIN

-AlEyA aNeEsA/ mArWaTi WaHaB- said...

bertabahlah dan sabar banyak-banyak. tiap yang berlaku tentu ada hikmahnya. kte tau, diana kuat walaupun kecik... :-)

Gieyana said...

Moga suami awak cepat sembuh k..mmg x sanggup bila bjauhan dgn anak2..sedihh..

Iela Fazielah said...

semoga hubby dieyana cepat sembuh...jgn stress2..xbaik utk baby...u can do it!

IDAZS said...

Semoga kak diey kuat untuk menghadapinya. Dan doa saya juga semoga abg cepat sembuh, amin.

tiba-tiba air mata bergenang.

Aida Salleh said...

akak tumpang sedih dengan apa yang berlaku. walau apapun tabahkan hati dan kuatkan semangat. akak doakan semoga dia segera sembuh. insyaallah.pasti ada hikmat disebalik semua yg berlaku.hanya allah yang maha mengetahui.

- Suraya - said...

semoga suami awak cepat sembuh... x boleh nak baca entry awak...awal2baca tersentap saya... meleleh air mata... awak kena tabah menghadapi dugaan ini...insyallah pasti ada hikmah di sebaliknya...

Farrah Hasna said...

insyallah..kuatkan semangat ye

Alin Marlini said...

Sesungguhnya dugaan itu membuat kita lebih matang. Allah menguji kita bersebab..tabah ye diyana

NanieZara said...

insyallah sabar yer k.diana..Allah tau k.diana kuat utk terima ujian sbb tu dia bagi ujian seberat tu kat k.dian..nanti klu k.dian free kita chatting2 ya..take care..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...