Alhamdulillah, sungguh saya tidak sangka kali ini rezeki berpihak kepada saya. Semalam, berita gembira yang disampaikan bos (ketua editor bahagian) saya terima dengan perasaan yang gigil, ketar lutut ... terharu, semua bercampur baur. “Tahniah Dieyana, dapat jawatan ni....”. Semalam juga, ucapan tahniah bertubi2, daripada keluarga terutamanya, dan rakan2 di DBP mahupun yang tertulis di wall FB, berbakul2 saya 'bawa balik' ;-) Macam tu rupanya perasaan pabila mendapat ucapan tahniah tak henti2. Terharu, malu2 pun ada, tak terkata rasanya. Dengan ucapan kejayaan semalam dan ucapan tahniah kerana hamil juga (dah ramai menyedari yg saya hamil=2 in 1), buat saya terharu.
3 Julai nanti, saya dikehendaki menjalani kursus induksi lebih kurang sebulan, kemudian akan diberitahu Bahagian mana kami akan ditempatkan. Insya-Allah, semoga dipermudahkan-Nya. Amin.
Apa2 pun terima kasih semua, alhamdulillah, kejayaan ini adalah berkat doa ibu bapa, suami dan rezeki anak-anak juga. Orang yang paling gembira tentunya suami dan ibu bapa saya ... berkali2 mereka pesan, "Na, buat sujud syukur, semaye (solat) sunat syukur." Terima kasih Ba, Ma!" (tetiba saya rasa sebak, kejayaan saya kejayaan mereka juga!)
Tapi pada masa yang sama, saya turut rasa sedih kerana rakan2 seperjuangan dan kawan2yang lebih senior yang sama2 temuduga, ramai yang tak dapat. Saya tahu, mereka sangat kecewa. Saya juga pernah melalui rasa itu ... apa2 pun, saya percaya, rezeki kawan2 pasti ada. Allah Maha Mendengar. Tak de rezeki dalam bidang ini, mungkin ada rezeki dalam bidang lain. Insya-Allah.... (insya-Allah, perluaskan konsep rezeki :-)) Kepada mereka, kawan-kawan yang berjaya, tahniah ya. Alhamdulillah....
(** Gambar ihsan daripada Google..tq!)
9 comments:
tahniah dik. semalam dok leka tengok surat kawan ketat akak yg sebelah awak tu terlupa nak tanya pasal awak. kurang asam betul kan?
apa2pun tahniah akak ucapkan. mmg betullah setiap anak yg dilahirkan di dunia sudah Allah janjikan rezeki buat mereka. awak sebagai contoh. anak belum lahir rezeki awak dah bertambah.
semoga dengan pertambahan rezeki ini awak akan lebih komited dalam menjalankan tugas yg diamanahkan.
kepada yg tak dapat tu haruslah redha. sedih mmg sedih kan tapi bukan rezeki lagi. hanya Allah yang mengetahui kenapa pangkat itu tidak diberi kepada kita pada masa ini. sesungguhnya perancangan Allah tidak pernah salah. hanya kita yang salah memberi tafsiran tentang ketentuan itu.
terima kasih k.aida.hihkihk, mana ada kurang asam..ok je....
insya-Allah.... semoga amanah ini dapat saya jalankan dgn baik...\
terima kasih kak...:-))
panjangnya komen akak...hehehehe....semoga awak akan lagi cemerlang, gemilang dan terbilang! Diana BOLEH!!!!! :-)
Tahniah sekali lagi... tak dapat kanan... ha, amik dpt yg tinggi lagi... eemmm... rezeki keluarga. Alhamdulillah, kak su pun tumpang gembira.. Apapun, frust tu tipulah kalau kak su kata tak, tapi seperti yang sebelum ni pun, tidaklah meletakkan harapan yang tinggi untuk dapat sbb persaingan sengit menyengat! Apapun, keep it up! Semoga berjaya di bahagian yang baru nanti.... :) muaahhh
Tahniah Dieyana, memang itulah namanya rezeki dan hanya Dia yang tahu kepada siapa dan bila rezeki akan diberikan. Chaiyo!!
Tahniah darlink..hepi for you...syukur alhamdulillah..:-)
tahniah dieyana..rezki anak tu....
kte rasa kte mcm belum ucap tahniahlah, asyiklah rasa sedih sb nk kena tinggal dan rasanya lebih sedih nk kena tinggal dibandingkan sedih tak dapat jawatan tu, hehehe... sorry ya cik adik, lambat ucapannya...
TAHNIAH ya! Harap diana akan selalu baik-baik aje, tak kira ditempatkan kat mana-mana pun. tp jangan lupa kte tau, ;-)
tahniah kak, ehem-ehem, bila nak belanja ni. Spagheti kat food cour KLCC (Milano) pun tak pe doh! :P
Post a Comment