Wednesday, June 13, 2012

Pergi Jua....

Dalam pada kegembiraan saya atas ucapan tahniah, petang Jumaat lepas, panggilan telefon daripada adik ipar mengatakan ayah mentua saya sesak nafas. Terus saja 4.30 petang tu, kami pulang ke kampung lagi (seminggu sebelum tu dah balik).

Dan akhirnya, tanggal 10 Jun, 4.35 pagi, ayah mentua saya dijemput Ilahi. Melihat keadaan diri arwah dan penderitaannya, kami bersedia dan reda atas pemergian arwah. Arwah telah menderita sakit strok lebih kurang setahun lebih. Kemudian, nampak perubahan ke arah positif, sudah boleh bergerak, tapi dengan bantuan tongkat. Cuma tidak boleh bercakap. Beberapa bulan selepas perubahan positif itu, arwah jatuh, kakinya cedera. Langsung tidak boleh bergerak. Masuk wad sekejap.


Keluar wad, arwah tiada selera makan. Sehinggalah badannya kurus cengkung hanya tinggal tulang dan kulit. Masa ni lah, arwah kelihatan sangat menderita. Pada umur 66 tahun, arwah dijemput-Nya. Arwah yang saya kenali (setelah berkahwin dgn suami saya ni), tidak 'banyak mulut' (pendiam), dan setiap waktu solat fardu, surau yang berdekatan dengan rumah lah menjadi tempatnya. Semoga roh arwah ayah mentua ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman. Amin.


(**Pertama kali saya melihat keluarga terdekat yang sakit dan saat2 terakhir arwah menghembuskan nafasnya ... memberi rasa kesedaran dalam diri.... Dan, ketika ayah mentua menghembuskan nafasnya yang terakhir, anak-anak, menantu2 ada di sisinya. Al-fatihah....)

8 comments:

izla said...

takziah!

semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman

Masya said...

al-fatihah moga rohnya di cucuri rahmat...

Qhaifa Nur said...

al-fatihah untuk arwah...
moga beliau tenang disana......

Gieyana said...

Salam Takzizh utk Dieyana sekeluarga..saya hadiahkan alfatihah utk Allahyarham..

Aida Salleh said...

takziah buat diana dan keluarga! semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan org beriman. al-fatihah...

Iela Fazielah said...

takziah..moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman

Ummu Madihah said...

Salam takziah Dieyana, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh, amin!!

Sue Abd Aziz said...

Takziah dan al-fatihah... semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan para soleh dan solihin di sisi-Nya... Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...