Friday, December 26, 2014

Allahuakbar! Lindungilah Mereka Ya Allah :-((

Assalam, hari ni dah Jumaat, kat opis ni sunyi sepi, ramai yang bercuti. Saya? Uh, tak nak ckp apa2, cuti berbaki satu hari je, buat kerja lah kat opis! ;-))
 
Handphone, siang malam kat tangan, wasup sentiasa masuk, update banjir kat kampung kami ). Ades! Sedih yang amat, tak tau nak kata apa, hanya doa untuk mereka agar dilindungi-Nya. Allahuakbar!
 
Rumah famili Kampung Lemal, Pasir Mas, pagi kelmarin mula dinaiki air. Ba dan Ma, mula siap siaga. Kesian Ba, Ma dan adik bongsu saya, dengan kudrat mereka, angkat yang mana termampu je lah. Kereta - dah letak kat tempat tinggi katanya, tapi dah terselam air jugak petang semalam! Tawakal je lah, yang penting selamat diri.
 
 
 
Ini rumah famili pagi kelmarin, masa ni, diaorang dah mula bergerak keluar dari rumah, risau air mula naik!
 
 
 
 
 
Ini tengah hari kelmarin, dah makin teruk! :-((
 
 
Group wasup kami adik beradik dan sedara mara, update perkembangan rumah kat kampung, ada rumah yang smpai air cecah tingkap, tak tau nak kata, sedih yang amat. Dengan kelajuan air yang deras, Ya Allah ...  Air naik sangat cepat!
 
Bila kami call, Ba tak boleh nak cakap ... sebak/sedih! :-((
 
Petang semalam, famili dan jiran2 dah pindah ke tempat pusat pemindahan. Tengah malam semalam saya call Ma/Ba, tak dapat dihubungi dah, agaknya hp dh tk bateri. Harap2 mereka selamat di pusat pemindahan, dan bekalan makanan mencukupi. Kesian bila bayang anak2 kecik, orang tua/sakit... :-((
 
Banjir yang paling teruk 2014 ... semoga mereka dilindungi-Nya. Amin. Ya Allah, besarnya Ujian-Mu ya Allah. Sesungguhnya Hanya Engkau yang Maha Mengetahui, pasti sesuatu yang baik telah Kau janjikan untuk hamba-hamba-Mu

* info terkini pada pukul 12 tengah hari ni- air tengah menaik di Pasir Mas, Kota Bharu dan Tanah Merah. Allahuakbar!

#Doauntukpantaitimur
 
 
**Nak update cerita my besday (24/12/2014) pun tk de mood lagi, nanti2 lah!
 

 

 

Wednesday, December 24, 2014

Doa yang Terbaik :-((

Tak terkata, risau/sedih/ macam-macam, tak tau nak kata apa....
 
Sama-sama kita doakan mereka di Pantai Timur


Pagi-pagi lepas Subuh call Ma kat kampung, katanya, balik Subuh dari Masjid, tengok air Sungai Kelantan, naik lagi! (Rumah famili dekat Sungai Kelantan). Siren bomba berbunyi pukul 5 pagi tadi ... tanda amaran!
 
#Doauntukpantaitimur :-((
 
**Segala yang berlaku ada hikmah-Nya. Perancangan Allah itu cukup molek untuk kita. Solat, berdoalah untuk perlindungan kita semua.

Friday, December 12, 2014

Shawl ... yang Selesa ... yang Senang Pakai ;-))

Saya kata, "selfie sikit-sikit" ... tapi kata suami, "sikit-sikit selfi!" ^__^

Bukannya selalu kan, sesekali, selfi bila pakai tudung, suka2. Bila kita pakai/makan/guna  dan rasa best, selesa, apa salahnya kongsi dgn kawan2 kan! ^__^ Alasan klise bila berselfi...;-))
 
Meh kita nak kongsi shawl baru yang 'sedap' n senang dipakai ;-))
 
 Selesa, senang pakai ... naelofar hijab ... cotton .. shawl nelofa, katanya ;-)) Beli kat kedai mk sedara nelofa Pasir Mas. (Minggu lepas kebetulan ada kerja rasmi di Bachok, Kelantan ... alang2 bos arah pergi, boleh balik kampung, angkut sekali suami n anak2  ^__^
 
 
 Di laman rumah famili kat kampung, berlatarbelakangkan mural yang ba saya buat :-)) 
 
 
 
 Lagi aksi 'bernelofa' ;-)) Mama je yang lebih-lebih, nak!  ^_^
 
 
 
 Naelofar Hijab- tak payah seterika ;-))
 
 

Gambar hok bawah ni beli dgn member opis, kain cifon ...selesa, senang pakai ... instant shawl katanya. Tak perlu nak belit bagai, hanya sarung n ejas la elok-elok, boleh ejas panjang/pendek.
 
 



Dengan muka tak de perasaan, layan kan aje bini nak 'ber-wefie' ;-))
 
 
 Yang ni beli dgn member opis juga ... dah lama. Shawl nya kaedah macam naelofar hijab, sarung dan angkat atas, pin sikit untuk kekemasan. Saya suka tudung ni, sebab bila pakai, muka saya nampak bulat! Saya suka kalau pakai shawl/tudung menampakkan muka saya bulat, 'penuh' kononya ;-)) Orang lain nak muka runcing, tp sy nak muka bulat! Hhahah, terbalik!
 


 Geng mengaji ;-))

 
 Hok ni pulok Sugarscarf ... Madison namanya,  dah lama teringinnya. ^__^  Beli sehelai buat 'ubat' katanya. Tak beli kan, duk mimpi2. Hok ni tak boleh beli banyak, mahal deh, cukup selai! Kihkih ...   tapi hok ni muka tak berapa nak bulat. ^__^
 
**Tq dik, ole-ole printed satin dari Brunei ... comei! Hak ni belum sempat berselfie..;-))

Mi Tarik Warisan Asli, Setapak

Lunch hour dgn suami dan dua anak yang cuti sekolah, terasa kejelesan yang amat, diaorang bersenang2, rehat kat rumah tengok tivi, sesuka hati buat sepah mama pergi kerja, huish, jeles ai tau! Cik kembar hantar ke taska macam biasa. Senang papa dan abang2 nak berjimba2 ^_^ Amboiiii!
 

Mi Tarik Warisan Asli
Platinum Walk
Setapak.



Saya punya, suami lebih kurang macam ni jugak, tapi versi kering. Anak-anak satu pinggan nasi goreng, kongsi dua. Cik kembar duk taska, bawak abang2 je  ;-))

Harga sepinggan lebih kurang RM 12 ++,  banyak! ;-))




Peminat mi, boleh try makan di sini. Kita order, baru pekerjanya akan tarik mi ... so, mi tu fresh. Mi kenyal. Satu pinggan tu, memang banyak, kalau makan sini, pastikan perut betul2 lapar, kalau tak berapa nak lapar, satu pinggan boleh kongsi dua ;-)) Mi yang agak kenyal,  perut pun terasa kenyal gitew ... mkn sepinggan kenyang sampai malam ^__^


Monday, December 1, 2014

Persiapan Sekolah Anak-anak


Alhamdulillah, persiapan sekolah anak-anak dah 70% siap.

Tahun depan bertambah seorang lagi anak sekolah rendah-Adam Wafiy-darjah satu.

Abang dia-Iman Haziq-darjah 3

 
List pakaian: Dari yang dalam, sampai la yang luar, semua mak tulis, hahah! 
Kita perlu rancang sebelum membeli, agar tiada pembaziran berlaku ... cewah! Kalau bajet tak cukup, macam kami ni, beli la sikit2, kan kan ;-))

 
Baju sekolah Iman tahun lepas, ada la sehelai dua yang masih elok – bolehlah Wafiy pakai tahun depan ;-))
 
Mengikut pengalaman saya yang tak seberapa ni, mungkin panduan untuk uols yang anak2 baru masuk darjah satu kan, brand Canggih adalah terbaik, warna seluarnya biru cantik, dan kainnya (baju putih) jenis yang mudah tanggal kotoran. Tapi sebenarnya, kerja basuh baju2 sekolah ni, bukan saya yang buat, itu kerja suami saya, hahah. Itu sebab saya tak risau sangat psl baju2 sekolah ni, suami saya tukang basuh, tukang seterika, aci!?
 
 
 Hari tu beli Canggih kat Sogo, jimat sikit, dapat voucher ;-))
 
Dua orang sekolah, setakat ni dah habis 600 ratus, itu belum masuk beg sekolah, dua biji sorang!  (beg sek. kebngsn, beg sek. agama), alat tulis bla bla Bila ditotal, lebih kurang RM1000 utk dua org anak, termasuk buku teks sekolah agama. Fhew phew, berpeluh mak pak. Lagi 30 % lagi tunggu bln depan la pulok..khihkhik. ;-))
 
 
Baju sekolah agama, dan baju biru sek kebangsaan Iman yang brand Canggih, size untuk anak saya tak de. Size paling kecik pun masih besar untuk anak2 saya :-(( So, Baju sekolah agama, kami beli kat Kamdar. Tapi brand kamdar ni, baju biru dia tak berapa cantik, pudar je birunya. Kebetulan semalam p carefour wangsa maju,  ternampak kain ela kat nagoya, birunya cantik,  1 meter 6 ringgit,terus papa dia beli 3 meter, boleh jahit kat kampung nanti...;-))
Yang untung, anak2 kami yang lambat membesar ni, baju Iman yang dari darjah satu, boleh pakai lagi naik darjah dua, tapi tahun depan dia dah pakai baju biru. So, mana2 yang elok, bagi adik dia pakai. Untung la sikit ;-))
Beli baju sekolah awal2, senang sikit, tak suka bersesak kat KL dengan orang ramai yang sekarang dah mula shopping baju/kasut sekolah anak2. Uols camner, dah beli ke....;-))
 



Iman dan Wafiy. Dua pasang memang tak cukup ni, tunggu bulan depan, boleh beli lagi. Dah tau, budak2 ni, satu hari pakai, memang comot sgt2. Tahun depan kira mujur yang amat bila Iman pakai kasut hitam-jadi pengawas katanya..;-))
Anak uols camner? Saya rasa, kalau budak yang jenis menjaga pun, rasanya tetap kotor jugak , kawan pijak kasut, katanya. Mama cakap, "ha, balas, pijak kasut dia balik! "Hahah, pandai mama 'mengajar' anak ya! ;-))


**Apa-apa pun, ikut kemampuan masing-masing kan, cuba bayangkan family susah, anak berderet masuk sekolah 5/6 orang sekali gus, kesian kan! Bersyukur la kita seadanya....

 

Friday, November 28, 2014

Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun SRK dan SRA

Hhiih, eksaitednya dia nak join giveaway ephyra tu, saja nak cuba2 mana tau kan, dpt free ephyra skin bar ;-)) Okey tinggalkan citer psl ephyra, ni nak sambung citer anak sulung saya masa dpt result akhir  tahun baru2 ini.

Suatu hari ... balik dr sekolah agama, muka masam mencuka! "Mama, sekolah kebangsaan, Iman dapat no. 6!"

Suami pandang saya, saya pandang suami. Sebenarnya, sebelum ni, papa dia dah tengok dalam sistem online keputusan exam akhir tahun Iman. Alhamdulillah, dapat no satu. Bila suami wasup n tunjuk keputusan tu kat saya, terkejut, no 1. Alhamdulillah, kami berdua sepakat, jgn bgtau Iman, biar dia tahu melalui cikgu dia nanti.
Alih2 bila Iman bagitau, cikgu cakap, dapat no 6, saya dan suami pelik. Takkan keputusan dlm online tu tipu kan. Tak puas hati, papa dia tengok sekali lg sistem tu, mmng sah no 1, siap dengan catatan guru kelasnya.
Last2 suami ckp, "Iman, papa tengok Iman dapat no 1 la," sambil tunjuk bukti (keputusan dalam sistem online). Iman buat tak tau je, tak nak tengok. Kecewa sangat la tu....

Masih berkeras, "Betul papa, Iman dapat no 6, cikgu cakap, result periksa pertengahan dan akhir digabung, Iman dapat no 6."
"Eh gabung, pasal gabung2 pulok," kata papanya 
"Betul ke Iman, ke Iman silap dengar yang cikgu cakap tu," tanya papanya lagi.
Esok petang, papa dia terserempak dengan cikgu yang mengajar sekolah Iman. Bila ditanya kaedah keputusan yang digabung2 tu, memang betul la Iman cakap, result pertengahan tahun dicampur dgn result akhir tahun.
Ermmm, result tengah tahun Iman mmng dapat no agak teruk, 20 lebih! Yang akhir tahun ni, dapat no 1. Jarak sgt jauh, itu yang bila dicampur dan dikira mengikut formula (yang ditetapkan sekolah), kedudukan dalam kelas,  no 6.
"Tak pe lah iman, no 6 pun okey sgt tu. Tapi dlm buku rekod, dah tercatat iman dpt no 1, kan," pujuk papanya.
"Betul ke papa Iman dapat no 1?" sambil tersengih2.
Beberapa hari selepas kecewa dapat no 6, cikgu dia serah buku rekod, barulah dia betul2 percaya, sengih2. "Betullah mama, Iman dapat no1. No 6 tu bila dicampur result tengah dan akhir." ;-))

Jadi, Iman dapat tak kasut bola, papa?
Hahah, rupanya sedih sebab risau tk dpt kasut bola ^__^
Sebelum ni, Papanya dah janji, kalau Iman dpt no 1 periksa akhir tahun, papa bg hadiah. Iman nk apa? (Tapi ada syarat, jgn mintak gajet)

"Okey, iman nak kasut bola."
"Okey, set, kasut bola!" ;-))

Apa2 pun tahniah Iman, result sgt meningkat, mama pun tk sangka iman dpt no 1, ;-)) Baru darjah dua kan, tahun depan dan seterusnya, pelajaran makin payah, so, kena la usaha lebih, Iman...;-))


Majlis Penyampaian Hadiah Sekolah Rendah Agama


Kedudukan dlm kelas untuk sekolah agama pula, Alhamdulillah, cemerlang, nombor dua...

Semoga anak2 kita cemerlang dunia dan akhirat. Amin.


Bagi anak2 yang tak dapat nombor bagus, tk pe, masa masih panjang kan..ada masa lagi nak usaha.  Kadang2 bab anak2 ni, ada perkara kita tak boleh paksa sangat. Kalau ada anak2 yang tak berapa 'tangkap' dalam pelajaran, kita jgn marah2 dia. Cuba tengok apa kelebihan dia, mungkin dia lebih ke arah lain.... setuju tak? Eh paham ke tidak saya bebel ni? ;-))


**Tahniah utk anak saudara saya dlm upsr semlm..dpt 3a, 2b katanya...kata kakak, tk gembira sgt, mungkin sbb dpt 2b tu kot, apa2 pun tahniah, 3a tu kira banyak dah tu ... Alhamdulillah... Tahniah kepada semua yang berjaya. Yang kurang berjaya, jangan sedih2, naik tingkatan satu, usaha lebih, yang penting, SPM tu! Okey! Peace yo smile ;-))
 

Tuesday, November 25, 2014

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com



Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!!
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )



EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu.
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi.
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan.
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.

Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar? SAYA le.... ;-))

Umur pengguna? 36 tahun 

Jantina pengguna? Perempuan

Jenis kulit? Kering

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.

Saya perlu dapatkan Ephyra Skin Bar kerana, walaupun kulit saya licin dan tidak berjerawat, tetapi kulit saya kering, kusam dan warna ton tidak sekata. Sebagi pengguna Ephyra yang masih baharu, saya amat berpuas hati dengan produk Ephyra, dan apabila membaca kebaikan Ephyra Skin Bar ini pula, saya ingin mencubanya bagi mendapatkan hasil yang lebih cepat dan memuaskan.

Pengguna Ephyra? Ya


Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Monday, November 24, 2014

Grand Ihtifal & Year End Concert Little Caliphs

Grand Ihtifal and Year End Concert, Little Caliphs Bandar Baru Sentul
 
di Kampung Pengantin, Setapak
 
14 November 2014, 8.00 malam
 
 
 
 

Sekitar Grand Ihtifal anak kedua saya, Adam Wafiy. Dua tahun setengah di Little Caliph Bandar Baru Sentul, akhirnya, terima sijil tamat belajar  ^__^ Macam terima ijazah giteww ;-))
 
 
 
Bersedia ... pelajar pertama naik pentas terima sijil ;-))
 
 
Bagi saya, kenangan belajar kat tadika lah yang paling best, kan! Anak-anak seronok, mama papa tumpang seronok 'bertadika' sama. Saya dulu, belajar kat tadika (kemas), berapa bulan je, lepas tu lari tak nak g sekolah. Tadika mama tak seronok kot? ^__^
 
 
 
Terima sijil daripada pengetua LC-Teacher Izza
 
 
Pelajar 6 tahun yang paling kecik ^__^
 
 
 
 
 
 
Wafiy dan kawan-kawan, Persembahan Choral Speaking.
 
 
 
 
 
Last majlis, kanak2 dan teachers nyanyi sama-lagu 'You're number one for me' dan 'Kenangan Terindah' (Kumpulan Samsons). Rasa sayu je dengar lagu kenangan terindah. Lepas ni tak jumpa dah teachers yang baik-baik tu, tak de lah anak2 yang bertadika. Tunggu cik kembar la pulok, insya-Allah moga diberi kesihatan dan umur yang panjang
 
 
 
 

 Cik kembar kejap meragam, kejap okey ... adoi pening mak, layankan aje deh! ;-))
 


 Masih bertenang ... tepi pentas
 


 
Dah mula dah ... tengah pentas dah. Adoii! ;-))
 



Ibu bapa ;-))


 
^__^





Muka sedih bila permintaan tak dipenuhi
 

 
Okey, sbb ini hari special Wafiy, mama bagi peluang kali ni aje ... pistol air yang tak berfaedah! Benda2 tak berfaedah mcm ni, ai memang berkira, satu rm 10, awak ada 3 lagi adik beradik, 40 hinggit untk benda tak faedah ni ... adeh!! "Okey, beli satu, kongsi dengan abang,  jangan tunjuk kat adik." 
"Okey mama, sekali ni je, lain kali Wafiy tak nak" hihihi, buat muka sedih macam tu, mama cair ;-))
 
 
 
**Sekolah dah cuti ... jeles ai tau... Iman (anak sulung saya) dan papa dia bersenang lenang kat rumah...syoknyee... Wafiy masih bersekolah, minggu ni last sekolah
 

Nasi Berlauk Kak Wok dan Pulut Pagi

'Nasi Berlauk Kak Wok' tersohor di Kelantan, katanya. Saya org Kelantan pun tk pernh mkn nasik k.wok ;-))

Sekarang ni dah buka cawangan di KL. Wah, glemer k.wok, mari kolupo! Bukan Kak Wok hok mari kolupo, nasik dio hk mari. Saya pun tk knl k.wok ^__^

Hari tu teringin nk rasa, suami tapau, paling teruja, 'pulut pagi' ... feveret saya tu....
 
 

Nasi Berlauk Kak Wok-ayam goreng


Bagi saya, rasanya, okey juga ... mungkin sbb pernh mkn nasi berlauk yg lg sedap dr ni, kan. Tapi okey lah, puas hati dapat try nasik berlauk k.wok. Sedap is subjektif, selera/lidah masing2 kan! ;-))
 
Pulut pagi sedap, pulutnya lembut.
 
 
Pulut pagi
 
 
Peminat nasi berlauk k.wok dan yang nk mencubanya bolehlah ke Nasi K.Wok di alamat:
 
56-0, Ground Floor
Blok H Platinum Walk,
No 2, Jalan Langkawi Danau Kota,
53300 Kuala Lumpur
 
Waktu operasi: Dari pukul 10 pagi hingga 3 petang.

Boleh follow fb: nasi kak wok setapak
 
 
**Teringin nak ulang makan pulut paginya. ;-))

Friday, November 21, 2014

Family Day: Gold Coast Morib Resort

 
Hari Keluarga Sekolah Kebangsaan Jalan Air Panas, Setapak, KL
 
Tarikh: 30 Oktober-1 November 2014
 
Tempat: Gold Coast Morib Resort
 

 

Acara untuk kanak-kanak. Acara berpasangan (suami isteri), ada jugak saya join satu game. Kata cikgu (kawan suami),  "Tak pe lah kak, p lah main, biar saya jaga cik kembar" ;-))
 


Anak2 puas hati dan seronok, "mama nanti kita datang lagi ya!"

 Insya-Allah....

 



 

Bapak saper la tu ya,  tengah meluncur tu, macam kanak-kanak ribena ^__^
 

Pakej famili day, sekolah beli banyak2, tentulah dpt murah sikit kan. Kami satu keluarga hanya membayar harga bilik 160++, termasuk 2 tiket  water park dewasa dan 2 sarapan pg. Hanya tambah tiket untuk 2 anak lagi, cik kembar (dua tahun) pula, free.
 


Utk mengetahui harga sebenar boleh la google, hihi, jgn marah ya! Tak silap saya harga bilik yang saya duduk ni, hampir 300. Harga water park juga lain kalau beli secara individu, tak silap saya dalam 30++ (dewasa)


Balkoni
 
 
 

Bilik ,yang kami tidur ni (2 katil single) luas juga, siap ada jakuzi gitew..hihihi....
 
 

**Ini aje ada gambar yang ada, yang lain dah terdelete :-((
 

Tuesday, November 18, 2014

Sesekali Berdua ;-))


Hhihih, janganlah segan-segan ya, boleh je tatap wajah ambe tu ... sesekali mau interprem, aci deh!? ;-))

Suatu hari di kampung, Cuti Depavali lepas.....

Nak keluar ke pekan katanya, itu kata orang kuala lumpur, orey kelatey kata, "nok tubik pasar!"

Kat kampung tak risau, anak-anak tinggal kat Ma barang sejam dua. Laki bini, boleh jalan2 berpegangan tangan, masuk pasar, beli keropok, ikan, sayur...hahahah. Tak de maknanya, pegang2 tangan sambil beli ikan, okey! ^__^
 
Tak de lah, beli sebikit bekalan untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Bila masuk pasar yang becak2 tu, anak2 Ma jaga sekejap. Cik su (adik bongsu saya), rajin melayan anak2 sedara....;-))
 
 


Ambil peluang bergambar berdua, laki fokus drive, bini ber-peace dlm kereta, sesekali, katanya ^__^





Singgah makan nasi daging/ayam bakar+ sup kaki dalam Pasar Pasir Mas ... sedap dan murah weih! ;-))



Cukup tak  dua keping gambar petang ni? ^__^
 
Motif entri ni? Entah! Tunggu entri yang lebih berfaedah! Ok bai! ^___^

Friday, November 14, 2014

Iman dan 'Basikal Tua'

Cuti depavali lepas,  suami cuti sekolah seminggu, so, ambil keputusan balik kampung. Cuti ai dh tinggal 3 hari. Harap2 tk de lah kecemasan hingga akhir tahun ni.
 

Macam biasa lah, balik kampung, balik rumh mentua dulu, dua hari dan selebihnya rumah saya, haruslah lebih, 3 hari. kalau balik 6 hari pun, rumah saya mesti lebih, hahha, aci? Walaupun jarak rumah kami dekat-dalam 20 minit je, bila 'ber-anak' ramai ni, tak kuasa nak ulang alik/gilir2 kan.  Bagi mengelakkan keletihan dan leceh, (lipat baju-masuk-keluar beg), baik aje kami buat mcm ni, habiskan hari dulu di rumah mentua, kemudian rumah saya...aci...;-)) Pandai2 la, kalu suami nk jumpa/lepak dgn kwn2 sekampung,  baliklah rumah dia, ai ok je, janji ai duk rumh ai ;-)) Ok fine!


Kali ni kisah Iman dan 'basikal tua'. Balik rumh mentua, basikal mak mentua jadi rebutan cucu2nya. Nasib kali ni menyebelahi Iman, sepupu2 yg lain tk de balik, apa lg, basikal nenek Iman yang punyaaa!
 
 

Orang kecik basikal besar. Ewah, Steady Iman! ^__^
Sebenarnya, tak de saper pun ajar dia naik basikal tinggi ni ... orang tua kata, "jenis baso budok kerah (keras)"

Keras tak pe, Man, jangan keras kepala sudah..;-))
 
 
 
 
Tak kira panas nk jugak 'gateh' basikal. Laman rumah mentua yang luas, itu yang best nak gateh basikal tu....
 
 
 
Bila time  nk brek tu yg risau, brek pakai kaki, silap corner, tergolek dok ;-))
 
"Orang biasa, basikal tua..." ;-))
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...