Tuesday, August 21, 2018

Salam Aidiladha 1439H

Salam Aidiladha 10 Zulhijah 1439H.
 
Pasti dah ramai yang pulang ke kampung, dah sampai kampung, atau mungkin tengah bersiap-siap pulang ke kampung. Dan kami, releks selamba, raya di Kuala Lumpur. Inilah pengorbanan namanya. ^__^

2018, sekali lagi kami tak pulang beraya haji di Kelantan. Kawan-kawan opis hairan, orang Kelantan, tapi tak balik raya, raya haji pulok tu, biasanya raya haji, meriah kat Kelantan, katanya. Entahlah, kampung saya biasa-biasa saja, meriah lah kalau ada acara korban. Keluarga belah suami pula, masa mak ayah dia masih ada, memang meriah, adik beradik nya ramai, seekor lembu, cukup 7 beradik, lepas tu buat makan-makan ... meriah! Sekarang pun meriah juga, walaupun ma n ayah mentua dah tak de, tapi kalau adik beradik suami berkumpul, dengan saudara mara, jiran-jiran yang sepakat, Alhamdulillah dapat mengubati kerinduan kami kat arwah.
 
Ini bukan kali pertama kami beraya haji di KL, dah banyak kali pun. Dah biasa pun. Ecececece, eksen sikit. ;-)) Insya-Allah umur panjang, lepas Iman habis exam, cuti sekolah, bolehlah pulang kampung lama sikit.
 
Insya-Allah, raya kedua ma, ba dan adik bongsu saya datang KL. Ewah ... raya KL mak kite tahun ni. Kami tiga beradik memang tak balik Kelate, kebetulan ada hal, mereka datang le jenguk anak-anak tanggang kat bandar ni.... ;-)) Love uols! Alhamdulillah semoga ma, ba dikurniakan kesihatan yang baik oleh-Nya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA, berhati-hati di jalan raya. Selamat makan daging! ^__^ Jaga makan, jaga kesihatan yo!


#Entri Ekspress. ;-)) Pihak pengurusan tertinggi benarkan staf pulang awal ... yeaaaaa! Ke pasar ke kita? ^__^

Friday, August 10, 2018

Sarapan dan Bekal ke Sekolah/Pejabat

Uols kalau ke tempat kerja, bawa bekal tak? Macam saya, kat rumah memang dah kena sediakan sarapan untuk anak-anak. Paling tidak, biskut kering/roti sentiasa ada kat rumah. Anak-anak wajib bersarapan. Tea o/milo o mesti kena minum. Iman n Wafiy sekarang ni, jarang2 bawa bekal, sarapan kat rumah je. Cik kembar masih berminat nak bawa bekal. Sekarang ni dah pandai, tak de nak demand. Tapi biskut/roti/kek wajib ada dalam beg.


 
 





 
Sarapan berasaskan telur yang mana sempat ;-))
 

Sesekali cik kembar cakap kawannya bawa nasi goreng. Bagi hint kat mama la tuuu. Saya tanya, "Adik terliur nasi goreng kawan ke?" Jawabnya, "Ya lah mama...." Last2 dia ckp juga, "mama buat la macam kawan kite tu" Hahaha, mu pandai dik, psiko kan mama. "Okey, mama cuba bangun awal, goreng nasi" Papa dan iman dah sengih2 bucu meja, perli mama la teww... Awak cabar saya eh, ok, esok mama goreng nasi! ^__^ Papa dan iman memang geng kalau kenakan mama ;-))



   Anak tak mau, mama makan kat opis ;-))                                Telur sebiji bergolek2 untuk mama ;-))
 



Sampai opis, mama sarapan biskut cicah air je lah. Kalau bernasib baik ada la opismate yang rajin bawa sarapan, kihkihkih ... alhamdulillah rezeki.

 

Nasi Kow Mok - Makan malam anak yang tak habis, esoknya jadi lunch untuk mama kat opis! Nak menampakkan fresh sikit, selit lah epal. Hahaha!
 
 
 
Lunch untuk mama. Sempoi! ^__^
 
 
Inilah antara contoh menu simple mama dan anak-anak. Smile!
 
 

Thursday, August 9, 2018

Exam UPKK Iman (2017)

Uisy, punya lah lama entri ni kat draft. Entri tahun 2017 beb! ;-)) Bukan lupa, tapi terlepas pandang. Entri untuk kenang-kenangan Iman nanti!

Lama tak cerita pasal anak-anak dan family. Bukan tak nak cerita, tapi rasanya nak kurangkan cerita2 pasal family. Dulu-dulu ya lah, rajin mengarang, eksaited berblog, sekarang ni entah la, malas, faktor usia pun ya juga, hihi.. Cerita sikit-sikit, yang penting2 bolehlah, untuk kenang-kenangan (insya-Allah). Biarlah suami dan anak-anak abadi di hati kita, cewahhh! Peace yo, smile! Kita cerita yang sedap2, best2, makan2, resepi, jln2 je, aci dak! Makan tu sedap sokmo, tak de yang tak sedap, tolak batu kayu je, yang lain semua telan. Hahhaa! Selagi Allah memberi nikmat ini, gunalah sebaik-baiknya. Alhamdulillah ;-))
 
Nak abadikan cerita result UPKK 2017 anak sulung kite, Iman Haziq-Alhamdulillah syukur ya Allah. Sebenarnya, kami (saya dan suami) tidak menaruh harapan tinggi dengan resultnya, tapi tak sangka pula dia dapat lebih apa yang kami harapkan (full A). Iman pun tk sangka dapat full. UPKK ni exam darjah lima (sekolah agama). Tahun ni 2018, Iman akan menduduki UPSR dan UPSRA pula.

Apa pun, ini baru  permulaan, perjalanan masih jauh! Abang sulung, mesti lah jadi panduan, pegangan dan contoh baik untuk adik-adik.
 

Anak-anak ultraman mama. Mama - ibu raksasa  Hahaha!
 
Iman dah bujang. Hitam-hitam si tampok manggis ;-)) Bergambar pun seluk poket giteww. Dulu kecik-kecik dia lah ultraman, bertukar saja kerjanya ... bertukar!!! (Ultraman bertukar). Semua nak ultraman, dari hujung kaki hingga ke hujung rambut! Hahahaha. Sekarang ultraman dah beralih kat adik-adik dia pula (cik kembar) ^__^
 
 
Sekarang ni Iman tengah trial exam UPSRA (sekolah agama).
 
Semoga berjaya Iman! Teruskan berusaha, UPSR dan UPSRA 2018!

Kepada semua anak-anak kita, selamat menduduki exam, teruskan berusaha, buat yang terbaik! Semoga anak-anak kita berjaya di dunia dan akhirat pastinya! Amin.


Nota Dieyana: Berdiam lebih baik daripada berkata-kata. Ucap dan tulis yang penting-penting sahaja, elakkan fitnah dunia. Allahuakbar. Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua. Amin.
 
 

Thursday, August 2, 2018

Stuff 'd, di Sogo - Chicken Kebab


Lunch hour, lari ke Sogo sekejap, ada barang nak cari, sempatkan aje, walaupun sejam ;-))
 
Perut lapar, tak tau nak beli apa yang cepat, sedap dan lain daripada lain (kononnya). Lepas dah kuar dari market kat LG tu, mata melilau, ternampak meriah kat sini. Wow, Nampak menarik! Baru buka la ni kot, sebelum ni tak pernah tengok pun. Jom la kita cuba! Walaupun orang ramai, tapi laju je. Dah le ai tk ready nak order apa, bila dah sampai turn, mula la menggelabah, hahha, last2 pilih kebab. Sebenarnya nak try burrito, tapi ai is tak tau pronounce nya. Hahahaha, gile jakun beb! Kan salah sebut, tak ke malu weii, ai is tak boleh kalau ada orang kat belakang, menggelabah, kalut! (Walaupun orang kat sebelah tu mungkin sama je jakun. Kan! ^__^ )



Sumber foto: Google
 

Lagi2 Google


Konsepnya macam kat Subway, step by step ... nk letak sayur apa, sos, toping . Orang depan2 laju2 je pilih (dah biasa makan kot?) aku je yang terhegeh2 ;-)) Tapi buat2 macam releks, ahaks! Sejenis kureng sayur, ambil yang asas je lah, salad, tomato, timun, dua jenis sos, dan cis lebih! ;-))
 
Chicken Kebab Pilihan Saya!

 

2 ketul sudah dingap ;-))
 
 

Nak tahu tentang Stuff 'd ni boleh tengok kat web site dia ni ha....  http://stuffed.com.sg/  Food ni dah bertapak kat Singapore (betulkan kalau salah).

 
Nak cuba Stuff 'd ni, boleh lah ke Sogo, kat LG, bawah escalator tu. Sejenis menu diet la ni, konsep macam Subway. Sedap, kebab dia tak kering, juicy giteww. Isinya padat, mengenyangkan! Harganya pun, okey, agak berpatutan. Saya mintak lebih cheese, tambah RM 1.50 Yang suka menu diet macam ni, must try!
 
 Mexican. Turkish. Delicious!
 

Tuesday, July 31, 2018

Lambakan Durian!

Fuhhhh! Suka durian? Tk suka tak apa. Kasi can untuk hantu-hantu durian, al maklum, hari tu mahal gilo kan, sehinggakan nak jeling duri durian pun tak berani! Masa durian mahal, anak-anak merengek, "nak durian nak durian", depan orang ramai-ramai, mama buat tak tau je sambil menebalkan muka. "Okey, kita jalan-jalan dulu, kalau jumpa nanti kita beli ya" Hahha, punya la sopan mama memujuk anak2 bila berdepan dgn org ramai, control singa beb! ;-)) Dan akhirnya, penantian dan kesabaran berbaloi2. Nah, sekarang, lambakan durian. Hambik!! ^__^ Alhamdulillah ... rezeki Allah Taala.
 
 
Alhamdulillah rezeki sepokok-dua peninggalan arwah mentua
 
Saya memang hantu durian, tapi itu zaman remaja dulu2, sekarang ni suka jugak, tapi makan 3-4 ulas dah rasa ketat perut. Pernah makan banyak, lepas tu rasa sakit dada, tak boleh nak tidur. Aduhai.... Sekarang ni bila lambakan durian menjadi-jadi, makan beringat-ingat. Makan sikit2, rehat jap, esok2 makan lagi. Simpan dalam tupperware, tutup ketat2, simpan dalm peti ais ... gitewww ... sopan je makan durian. Hahahaha. Makan durian ni best/seronok bila makan ramai2, lepas tu nampak macam pelahap, mulut tengah makan seulas, tetiba ko tengok orang duk buka durian lain, isi baekk punya, mata menjeling! ^__^ Yang melalui situasi ni, tentu paham apa kite tulis ni kan...;-))
 

 
 
Dapat makan dengan pulut seulas dua, fuhhh, puas hati beb!


Durian kunyit!
Ini cara kami orang Kelantan makan durian dengan pulut. Pulut+santan+gula
 

Satu lagi manggis, kite tak le suka sangat, kalau dah ada, mkn je. Tapi tak sangka cik kembar suka sangat manggis ni. Pestaim diaorang makan manggis. Punya la seronok mengira 'bunga' kat buntut manggis tu. Kata papanya, buah ni tak pandai menipu, cuba kira ada berapa bunga, kerana bilangan bunga kat buntut tu, menunjukkan bilangan yang ada dalam buah manggis tu.

 
 

 Anak-anak teruja

 
 
Gigih ;-))

 

Alhamdulillah, balik kampung suami, manggis sepokok dua peninggalan arwah mentua.

 

Tuesday, July 17, 2018

Foto Syawal 2018

Syawal dah habis oiii.... ^__^ Terhegeh2 mak update gambar raya ;-))
 
Tema asal, saya pilih warna baju melayu purple gelap, masa tengah belek2 warna baju melayu, tetiba berkenan merah pulok! Suami ok kan aje ;-)) Baju saya warna lembut gitew, so tudung n baju melayu boleh masuk je warna apa. Itu yang bila tengok merah, berkenan la pulok, Nampak berani, 'jangok' la sikit  ^___^ Suami, saya dan Iman merah maroon, anak-anak lain merah2 ceri giteww. Ye ke ceri, entah, hentam saja. Merah campur2 ;-)) Ramai juga tema merah tahun ni, kan!



Nak sangat sedondon kan! Kami yang lebih kurang dgn  warna langsir ;-))


Raya pertama je ada gambar,  sebab baju yang betul-betul raya ada selai jew.. hahha. Interprem gambar raya pertama kami, untuk kenang-kenangan ^__^
 
 

LoL!
 



Rumah belah suami, walaupun ma dan ayah dah tak de, tapi kami tetap balik rumah peninggalan arwah, sebab adik beradik suami (ipar duai), berkumpul di situ.
 
Tapi sungguh, rs sayu je bila ma ayah dah tk de ... semeriah mana pun kita adik beradik beraya, bila orang tua dah tak de, sayu dia, ya Allah lain macam. Ternampak2 je mak mentua kite tengah lipat2 ketupat serunding kat lantai dapur. Kite tolong juga, tapi tolong tengok sambil bawang- membawang ;-)) Mak mentua memang suka nyakat anak menantu dia, terutama kite la, mungkin sebab kite ni blur2 sikit ;-)) Al fatihah untuk ma, dan ayah mentua :-((

Pagi raya pertama kami, macam biasa, rumah famili saya di Pasir Mas Kelate.


 Ba, ma dan kami, 4 beradik!
 

 Acah-acah comel ke? ^__^
 

Kalut Mak Jemah menyusun ahli ;-))
 


Mohd Nor's family! Sayang kamu semua!

 
 

Friday, June 29, 2018

Sesetengah Blog Tak Boleh Komen :-((

Hai, salam Jumaat.
 
Semoga kita semua baik-baik hari ini dan dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah.
 
Saja nak bagitau, n tanya kalau2 ada yang pernah mengalami situasi macam kita ni. Aduhai....
 
Sesetengah blog kawan-kawan (2/3 bloggers yang kite follow), tak boleh nak komen. Salah google akaun sendiri kah, salah setting kah. 
 
Macam ni lah jadinya bila kita nak komen. Pic profile kite pun tak keluar. Sob sob sob.
 
 
 
 
Bila klik 'comment as', langsung tak keluar apa2, kosong!
 
 
Apa boleh buat, komen dalam hati je lah..hiihih. Tapi ada blogger yang kite follow kat IG, kat situ je lah kite komen ;-))
 
 

Friday, June 22, 2018

Baju Raya Zefiks Collection

Bukan review berbayar, just nak kongsi je ;-))

Nak baju melayu slim fit katanya. Nak tempah jahit, dah tentu lambat. Sebelum puasa dah aim nak ke Kas Tailor. Tahun lepas, tengok adik lelaki n anak-anak saudara pakai Kas Tailor slim fit, cantik! Pergi Kas, saiz S tak muat nak sarung, sebab tak de zip kat tepi (badan) - body lebar atas hiihih. Saiz M, besar pulok, tak jadi slim fit.
 
Pusing kedai2 baju melayu di Bangunan Wisma Yakin, Masjid Jamek ... masuk Bak Tailor, saiz dah kena dengan badan, warna ada, tapi kain kilat sangat. Lutut ai dah gigil, orang semakin ramai, perut posa semakin pedih! ;-))
 
Balik tangan kosong. Kat rumah, sambil baring2, google kat instagram. jumpa baju melayu online, tak berani nak beli. Last2 teringat  raya tahun lepas adik suami pakai Zefiks, cantik! Terus buka instagram zefiks, stok dah habis! Katanya tunggu 27 Mei stok sampai.

27 Mei terus terjah ... mak oiiii kedai belum buka, beratur dah panjang. Dengan personal shopper yang datang beli berbondong2 ... beratur nak dapatkan size dan bayar, hampir dua jam!

Fuh, gigih (menggila pun ya kot, hanya untuk satu pasang baju melayu beratur 2 jam). Dah nak sangat kan! ;-))

Dalam instagram, netizen mula mengecam zefiks n owner, proses nak ambik saiz n beratur lama sangat (tak masuk dek akal), staf kelam kabut, macam2 lagi lah. Ermmm ... apa2 pun, ownernya Nik Afik (ore kelate wei,) mewakili The Zefiks n staf dah minta maaf  kat customer kerana kesilapan teknikal dan mungkin diri dan stafnya. Dia pun tak sangka orang begitu ramai. Semoga Zefiks dapat mengambil pengajaran atas apa yangberlaku pada hari tersebut.
 
Instagram: zefikscollection

Apa2 pun, suami puas hati dengan pilihan warna bininya ^__^. Itu pun bini masih pening, belum ada kata putus nak warna apa, sebab warna2 baju melayunya cantik2. Baju bininya boleh je nak match baju melayu warna apa2 pun ;-)) Jahitannya pun agak kemas. Harganya nak kata mahal pun tidak, murah pun tidak, standard baju2 melayu kat butik. Tapi rasanya Zefiks harganya berpatutan, ada sale hari raya,. Sekali setahun apa salahnya kan. Size ngam2, just alter seluar, panjang sgt ;-))
 
Kedainya di jalan Perindustrian area Bangi juga. Kalau di Bangi Sentral, sah2 sendat jem nak masuk kat situ kan, terutama bulan puasa. Nasib baik la zefiks ni bukan di Bangi Sentral, lengang je jalan nak masuk situ.
 
Boleh tengok zefiks collection di sini
 
 
Photo kredit: Zefiks.com
 
Sedikit tentang Zefiks:
ZEFIKS is based on Malaysia online brand with currently our physical store at House of ZEFIKS in Bandar Baru Bangi. We are officially launched on September 2012. All of our products are designed and built upon three elements; Modern, Simple and Contemporary.
 

 
Photo kredit: Zefiks.com
Keluaran terbaru -Kurta. Nampak cantik! Model (owner Zefiks), tinggi lampai orangnya, pakai apa pun nampak kemas, kan! :-))
 
Photo kredit: Zefiks.com
 
Zefiks Resources Sdn Bhd
No.11,Jalan Perindustrian Suntrack,
Hub Perindustrian Suntrack,
Off Jalan P1A Seksyen 13, Bandar Baru Bangi,
43000 Kajang,Selangor

Thursday, June 21, 2018

Jurassic World: Fallen Kingdom (2018)

Uols ... dah tengok ke Jurassic World: Fallen Kingdom ??
 
 
 
Kami baru je tengok tadi, kebetulan anak-anak masih bercuti sekolah, bolehlah lari tengok sekejap, di Sunway Putra. Saya bagi 4 bintang! Best!
 
Bertempik2 si kembar dalam panggung, takut dengan dinasour katanya ;-)) Bukan si kembar je yang bertempik, mama pun, hhiihi. Yang suka cerita dinasour makan orang, terkejut2 macam ni, bolehlah pergi tengok bawa anak-anak sekali. Part rasa sedih, kesian kat dinasour pun kita boleh rasa sampai dalam hati tau (jiwa ai memang sensitive, walaupun tak pernah jumpa dinasour kihkihkih). Penonton tak ramai, sit kami tengah2, memang syok ahhh! Nak tahu best ke tidak, p ramai2 sambil beraya sambil tengok wayang ;-)) Pop corn, jangan lupa. Kite memang hantu popcorn panggung. Popcorn lain, tak jalan (eksen sikit hahhaha).
 
 
 
 
Jurassic World: Fallen Kingdom ni susulan jurasic 2015. Jurasic world 2015 kami tengok kat Wangsa Walk.
 
Owen tu hensem weih! Hahaha, bila google tengok biodata Si Owen, nama sebenar Christopher Michael Pratt, mak oii, dedulu dia badan gemuk weih!
 
 
Before and after
 
 
Dah habis tengok Jurassic, singgah makan, Iman nak makan mi ala2 ramen. Dia yang pilih tempat makan. Dah lama dia aim nak makan kat sini. Entah apa ke nama kedai. 'Pokipoki' apa entah ^__^ Sebelah burger bakar kat street food level 4. Ramai juga yang makan kat sini.
 
 
 
 
Anak-anak kongsi makan mi ramen tu, pedas meletop ko!
 
 
 
Mama n papa makan subway je (Steak n Cheese)
 
Nota Dieyana: Anak-anak suka, mak gembira ;-))
 

Wednesday, June 20, 2018

6 Syawal ... Dah Kerja Ke? ;-))

Salam 6 Syawal!
 
Masih beraya ke tuuu ... kite dah kerja pun! ;-)) Tapi rasa macam tak kerja, sebab masih ramai yang belum naik kerja, sunyi je, parking pun banyak, jalan raya pun lengang. Kami semalam petang dah sampai KL. Dari Kelantan, pukul 7 pagi, sampai KL, 3 petang. Jem sikit kat Karak Highway. Kawan2 yang bertolak tengah hari dari Kelantan, kena jem terukkkks kat Karak Highway, ada lori terbalik katanya. Fuhhh!
 
Pagi ni dingin, rasa nak tarik selimut sambung tidur. Hahahah. Sempat la menggoreng nasi untuk suami dan anak-anak yang masih cuti sekolah. Kite pun bawa bekal nasi goreng, sebab dah tau, cafe ofis belum buka. Selera pun kureng lepas raya ni. Dengan selera yang tak berapa ada ni, lebih baik puasa kan, insya-Allah diizinkan-Nya :-))

 
 Nasi goring kosong. Letak telur n ikan bilis je. Itu je stok ada kat dapur  ^__^
 
 
Hari ni nak 'jalan-jalan raya kat rumah uols' ... dah update gambar raya eh.... ;-))
 
Selamat hari raya semua, maaf zahir batin!
 
 

Tuesday, May 22, 2018

Kerabu Mangga dan Kerabu Telur Masin

5 Ramadan
Bulan Ramadan sinonim dengan pelbagai jenis kerabu. Terutama orang pantai timur, suka sangat dengan kerabu2 ni. Semalam buat kerabu mangga, kebetulan suami teringin kerabu telur masin, maka bergabung lah kami, mangga mama punya, telur masin papa punya, tapi bila makan, sama2 ;-)) Macam biasa la, google je resepi. Guna je mana2 je bahan yang ada. Buat sikit2 je, tak mahu membazir, yang makannya saya dan suami je.
 

Kerabu Mangga (Parutan mangga tak cantik!;-))
 


Kerabu Telur Masin (Cenonet je untuk dua orang makan, hahaha)
 
 
Kerabu Mangga
 
Bahan:

Mangga Muda (tapi mangga kami, dah hampir masak-belasah je lah ;-))
Ikan Bilis (Goreng)
Daun kantan (hiris halus)
Buah Tomato (potong dadu/sesuka hati uols ;-))
bawang merah (hiris halus)
Cili (ikut kepedasan yang mahu) potong
Limau Kesturi/Limau nipis
Sedikit sos ikan (1-2 sudu kecil)

 
Cara-cara
 
-Mangga diparut
-Daun kantan, buah tomato, bawang besar, cili dicampur, perah sedikit limau kesturi (saya agak2 je, ikut banyak/sedikit mangga). Masukkan sos ikan. Perasakan dengan sedikit gula, garam. Masukkan mangga yang telah diparut, ikan bilis goreng. Gaul rata. Siap!

-Kerabu telur masin pun guna bahan dan kaedah yang sama dengan kerabu mangga. Cuma tambah hirisan (halus) halia, bawang putih. Telur Masin (direbus terlebih dahulu). Nak letak kacang panjang (hiris) pun boleh. Ada resepi letak cuka, perut saya tak tahan dengan cuka.
 
-Ada resepi kerabu letak udang kering (halus), tapi saya tak letak, sebab tak de. ;-))

Kerabu-kerabu ni dipadankan dengan menu utama kami semalam, sup tulang dan keli goreng. ;-))



**Nota Dieyana: Petang ni belum ada idea nak masak apa. ^__^
 

Friday, May 18, 2018

Kentang+Ikan Bilis Goreng Bercili ;-))

Salam Jumaat yang mulia.
 
Rehat yang panjang, tak tau nak ke mana (tengah-tengah bulan ni oiii). Apa lagi, balik rumah le!
 
Sempat-sempat kupas bawang, kentang (goreng), ikan bilis (goreng), cili bo/cili merah dimasak+blend, cili 5 biji je, nah! Pedas-pedas manja gitewww! Agaknya la....^__^
 
 
 
Tak tahu nama sebenar menu ni, kita belasah je letak tajuk entri macam tu. ;-))
 
 
Feveret saya. Anak-anak pun terikut, terutamanya yang abang-abang (Iman dan Wafiy)
 
Petang nanti masak/kukus nasi, gulai lemak kuning - udang, goreng ikan.
 
Uols masak apa hari ni?
 
 
**Nota Dieyana: Tetiba bulan posa memunculkan diri, dan rajin pula 'mengupdate'  ^__^
 

Thursday, May 17, 2018

Salam 1 Ramadan

Assalamualaikum, selamat pagi, salam 1 Ramadan!
 
Alhamdulillah, diberi peluang oleh-Nya untuk bertemu lagi pada Ramadan yang mulia ni. Semangat 1 Ramadan, dengan cuaca pagi tadi yang dingin.
 
Semoga kita semua baik-baik dan seperti biasa, azam Ramadan kali ni mahu yang lebih baik dari tahun2 sebelum ni (ewah, rasa macam tahun baharu pula ;-))
 
Alhamdulillah juga semalam 6 beranak dapat sama2 bertarawih di surau berdekatan. Cik kembar aktif lain macam sikit, itu yang tak berani dan belum bersedia untuk bawa dia solat di surau/masjid. Sebab itulah, sebelum2 ni, papanya latih bawa cik kembar ke surau solat isyak berjemaah. Ramadan kali ni nekad, nak cuba2 bawa diaorang tarawih di surau. Alhamdulillah, kata abang-abangnya, "adik okey mama, solat 8 rakaat, witir je tak solat" Hihihi, first time bawa cik kembar tarawih di surau, bagus sangat dah tu, asalkan ko tak bising nak, kalau penat, ko tidur la tepi dinding. Harap2 kekal la keadaan 'bertenang' mereka untuk malam2 seterusnya. ^__^
 
Bukan apa kan, risau mengganggu jemaah2 yang lain. Kata cik kembar, "mama, teacher cakap, Rumah Allah, kita tak boleh bising" Hiihihih. Dah namanya budak, mana la boleh bertahan diamnya itu. ;-))
 
**Nota Dieyana: Menu simple lagi mengenyangkan. Sahur 1 Ramadan: Ayam masak merah, ikan pekasam. ^__^ Rancangan menu berbuka petang ni: Tomyam udang, ayam goreng, telur dadar dan macam biasa, tea o panas ;-))

Wednesday, May 16, 2018

Handphone Masuk Air!

Handphone rosak, termasuk hari ni, 12 hari dah! Boleh je hidup tanpa telefon, (eksen ko, haha) tiada wasup, tiada instagram, tiada contact no, tapi facebook ada. ^__^
 
Okey juga tak de wasup, tak de la ko membuang masa membawang sana sini ^__^ Facebook ada je, log in fb dari hp suami. Pinjam sekejap ... boleh la mesej2 yang penting2 kat inbox fb.
 
Tak de hp ni, ada pro n kontra nya ... yang bagusnya, tk de nk membawang sana sini, kt group terutamanya kan. Tapi yang tak bagus, bila arahan official dari wasup, ko apa pun tak tau. Nasib la bos, hp ambo rosak, bg arahan melalui wasup, dan bg arahan dlm cuti ... mana ada org bekerja dlm cuti, bos. Jangan marah bos.... ^__^ Kadang2 urusan official dgn pelanggan (penulis/pembangun) pun dlm hp ... inilah yang susah bila tak de hp.
 
Bila nak beli hp tuuuu? Rasa-rasanya, tunggu la cukup 20 hari, boleh la g beli kihkihkhihk... (mood rileks tanpa dunia wasup).
 
Punca rosak, bila cik kembar (Ghufran) bawa hp dlm toilet, dan hp tu terjatuh dlm baldi (ada air wei). Adess!! Kebetulan mama lalu depan toilet, dia tengah ambik hp dr baldi ... bayangkan keadaan mama ms tu ... ijauuuuuu mak ko. Terkebil2 Si Ghufran, bila mak ko ijau. "Ghufran bukan celup hp mama, tapi jatuh," dgn air muka yang sedih. Nasib baik mak ko ijau sekejap je tadi ;-)) Mama cuba letakkan diri mama dlm situasi ank kecil ...  dia memang tak sengaja kan! Mama off hp dan tanam hp dalam beras (tips hp basah) 2 hari, tak jalan juga. Skrin nampak/nyala, tapi tak boleh nak tekan ... maknanya belum meninggal, tapi koma, gitulah ibaratnya ;-)) Mungkin rosak skrin, nk repair, tak baloi, tunggu je lah hp baru...;-))


**NOTA DIEYANA: 16 MEI 2018-SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA YANG BERGELAR GURU/CIKGU/PENDIDIK, SALAM 1 RAMADAN 1439H, SELAMAT BERPUASA SEMUA! LOL ;-)) DAN, SALAM PEMBEBASAN DSAI, ALLAHUAKBAR!
 
 

Friday, February 23, 2018

Hi Tea di Zende, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur

Alhamdulillah, meraikan AJK Fit Sisters Gombak Dance.

Hi Tea di Restoran Zende, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur (berhadapan Sunway Putra Mall)


Semoga ikatan silaturrahim ini terjalin untuk selama-lamanya.
 

Tema-Putih/Biru. Tapi ada sorang yang ingkar! Hhahha, tak pe lah dik, ko ibarat macam solo dalam kumpulan nasyid kami. ^__^



Terima kasih semua! Love uols!
 
 

 
Makanan boleh tahan juga, sedap-sedap! Tapi sayang, tak de gambar makanan. Makan tak pandang keliling, sehingga lupa nak snap food! ;-))
 

 
The real capture of you? ^__^
 
 
#salsationfamily #welovedance #dancefitness
 
 

Tuesday, February 13, 2018

Street Churros di Sogo!

Sogo ni boleh dikatakan tempat feveret ;-)). Bila ada je nak beli barang (seketul-dua je pun), lunch hour sejam, dari ofis berdesup ke Sogo, zap, zap, zap, ambik barang yang nak, sempat la sejam tu ;-))
 
Sogo sekarang macam-macam ada (tempat makan) best, tapi tau2 je lah lunch hour di Sogo, orang ramai, nak makan santai2 memang tak boleh! Tetiba ternampak, Churros Street! (dah lama teringin oii). Orang tak ramai pula. Apa lagi, kita try la order. Berdebar juga, maklum, kali pertama kan. Hahhaha, tapi ai buat biasa2 je ... "dik, yang mana best," soalan bodoh kat adik jual tu, tapi dia nampak releks je, mungkin dia pernah berperasaan macam saya kot, atau pun ramai customer yang spesies macam ni. Hhahahah!
 
"Chinamon ramai orang suka, kak!" Tanpa fikir2, okey lah ... wei, chinamon wei, bukan ko tak suka ke rasa chinamon tu?! Hahhaha, eksaited sangat, tak ingat yang ku tak suka rasa chinnamon! Tapi cepat2 ngap panas2, erkkk, manis sangat nyah! Tapi masih rasa sedap kelembutan di dalam, rangup di luar.... ^__^
 
 
Chinnamon
 
Lain kali kita try coklat pula, tk payah gatal2 mulut nak tanya adik penjual tu lagi, ya! ;-))
 
Kali kedua dh pandai, try yang stick pula, campur flavour, coklat and chinnamon.
 
 
 
 
Kali ketiga dating dgn cik abey, ambik flavour coklat, sedapppp! Air-kongsi, milk tea, salah order, tekak tak berapa nak terima ;-)) Lain kali try coconut pulok, sedap kot eh?
 
 
 
Coklat. Sedap!
 
 
Kali keempat nanti, insya-Allah nak bawa anak2 pula,  Bila, bila?! Dan bila kau hadir bagai satu misteri .... ;-))
 
 
 
 
 
 
 
Perasaan Dieyana: lunch hour je, rasa nk g Sogo, nak makan churros hari2, eiii over! Makan le sampai rasa bosan! ^__^


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...