Wednesday, July 29, 2009

Rindu....

Satu- kasih nan abadi, tiada tandingi, dia yang satu
Dua-sayang berpanjangan membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga-lapar dan dahaga rela berpayahan setianya ayah
Ibu kuingat dahulu menyisir rambutku kemas selalu (ma)
Ayah menghantar ku sekolah bersinarlah ilmu bila dewasa (ba)
Tiba-tiba memoriku jauh melayang ke kampung halaman, ma dan ba, persekitaran sekolah, guru-guru dan kawan-kawan. Ermmm...ku rindu kalian. Kalulah aku menjadi Doraemon ... oh alangkah bahagianya!:-)) Baru semalam ku menjejak kawan2 lama ku kat FBook, alhamdulillah...berjaya kutemui beberapa rakan lama. Kesimpulan yang dapat kubuat bila temui mereka di alam maya, semuanya tembam..hehehe. Aku?Cekeding ada le...Ada yang masih belajar-sambung PhD. Tahniah2....dan aku tahu dialah pelajar yang paling pandai dalam kelasku...dan paling sivik. Dan aku? Pelajar yang paling kecik dan selalu diusik rakan2 dan guru2 kerana kekecilanku itu, di samping spek besarku..;-))
Dan, paling kurindui...ba dan ma, yang banyak memberi kata semamngat untuk aku terus belajar sehinggalah dapat menjejak kaki ke universiti. Dari kecil sampai lah sekarang ini boleh kukatakan bahawa banyak perkara ditentukan oleh ibu bapaku walaupun aku sudah bergelar seorang isteri. Dari segi pelajaran dan pekerjaan, ba yang menentukan apa yang perlu aku buat dan kadang kala keputusan dia buat itu merimaskan aku, aku banyak tidak setuju dgnnya. Tapi aku tetap mengikut segala arahannya, walaupun aku tidak suka. Dan, kini baru kusedar segala tindakan dan keputusan yang dibuat oleh ba adalah betul, dan kuakui segala kelemahan aku sebagai seorang anak. Terima kasih ba! Untuk ma, aku merinduinya sebagai seorang ibu yang hebat. Aku, boleh dikatakan seoarang anak yang degil. Setiap patah kata ma, aku tak suka, aku jawab. Oh...memang tak patut betul aku nih. Aku mula menjadi seorang yang sensitif pabila ku menjejak kaki ke ibu kota ini sebagai mahasisawa di UM, berjauhan dengan keluarga menyebabkan aku menjadi rindu dan murahnya air mata ku mengingati keluargaku di kampung halaman. Tapi kini, setelah bergelar seorang ibu baru kutahu, dan baru kutahu jerit perih ma menjaga aku dari kecil hingga dewasa. Oh aku rindu untuk memelukmu ma!

Wednesday, July 22, 2009

Adik-beradik

Iman:
1. Adik, ini bantal mama la! (dengan suaranya yg nyaring)
2. Adik jom main!
3. Papa, Wafiy bukan adik papa, adik mama la...adik Iman juga
4. Adik, jangan tidur sini, ini bantal mama....
5. Wafiy (kadang2 adik, kdg2 Wafiy)....jangan nangis, abg ada nih....(sambil memeluk adiknya)
6. Adik jom mandi kolam!(tab mandi/kolam :-))
7. Adik ni kan, suka tidur, kita nak g jalan2 cari makan, pusing2 kl la....
Itu antara dialog2 Iman dengan adiknya.
-Ada masa geram n marah kalau Iman buat perangai, time tu, si suami akan cuba menenangkan aku. Tapi time si suami yang panas baran, aku pula yang menenangkanya. Dan, Iman akan datang kepadaku, "Mama, papa marah Iman". Lantas kupeluk Iman dan memujuknya. Tapi yang hairannya, time aku marah Iman, tidak pula Iman pergi kepada papanya....ehhehe.. Jangan marah papa! Sesungguhnya, mama lebih mendapat perhatian...:-))
-Wafiy sudah mula pandai bermain2 dengan Iman. Iman pun pandai aje melayan adiknya. Berkejar-kejaran, Wafiy belum boleh berjalan, apa lagi, time Iman kejar dia, laju aje merangkak. Gelak2 berdua...aku dan suami, melihat2 sambil tersenyum dengan kerenah mereka berdua. Semoga perhubungan adik beradik ini sentiasa dipelihara.

Sabtu lepas

botol baru


bestnya tidur

nyum nyum chupa chup
Salam....

Pagi yang dingin, alhamdulillah, masih diberi peluang oleh-Nya untuk menghirup udara yang segar, sekali gus dapat mencoret dalam 'rumahku' ni.:-))

Sabtu lepas g jalan2 midvalley-sajer pusing2 kat Home Decor tu...ehehehe...si suami pun macam teruja...seronok le tu. Tak sabar nak duk rumah baru...hehehe.. Singgah makan kat Rasamas...isi perut dulu, balik tak payah masak dah. Lepas tu papanya yg bawa Iman main dalam taman kat Jusco-habis 15 ringgit main dalam tu...fuh...Aku tak ikut pun mereka berdua, Wafiy dah rengek2, berkejar aku ke baby room, selesa sikit. Berehat le aku dalam tu 20 minit sementara menunggu Iman dan Papa bersukaria dalam taman tu...Wafiy pun lena aje tidur atas katil kat baby room tu.

Nak balik tu, singgah le Moms Care, baru teringat yang botol hangus tu, terus beli baru...Bumble Bee-RM 38.90, dapat less 20%. Best dapat botol baru!




Monday, July 13, 2009

Malas n Geram!

Aduhai...apasal malas tahap gaban nih!? Sesi pertama belum buat lagi nih...Macam dah tak ada semangat dah, buka laman susuibu pun dah tak mampu meningkatkan motivasi...kadang2 ku buat tak tahu, tapi hari ni memang tahap malas tu tinggi sangat....aduh. Lepas ni ku kena pegi jugak untuk sesi pertama! Demi Wafiy....
Di samping kemalasan ku ni jugak, aku berasa geram yang amat! Satu botol MLO cam terbakar kat bawah tu. Ku perasan terbakar time nak basuh semalam..Ya Allah, apa la BS tu wat ngan botol tuh. Tak pasal2 mulut ku membebel sepanjang kat dapur semalam. Ku syak yang dia letak botol tu dlm periuk dan memanaskan susu atas api!!!! Aduh!!! Hari nih ku nak telefon n tanya dia, apa dah dia buat kat botol tu...Sakit kepala ku...kalu dia wat cam tu, tak de la zatnya! Ya Allah tenangkanlah aku....:-((

Friday, July 10, 2009

Salam Jumaat....WANITA

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untukmenopang dunia; namun, harus cukuplembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh"
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu;kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaianyang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya.. Tempat di mana cinta itu ada."
(Sumber:E-mel)

Tuesday, July 7, 2009

Basi....

Salam.

Nak cerita sikit nih. Semalam, cam biasa ku ambil ebm letak kat tempat biasa dlm fridge tu (dari tempat bekuke tempat bawah) utk bekal wafiy esok. Pagi tadi, siap2 nak g kerja...perkara terakhir aku buat sebelum keluar hantar anak2 rumah pengasuh, ku akan masukkan bekalan wafiy dalam beg. Tiba2 kutgk bekalan dia tu lain macam..kucium baunya, lain drpd biasa, dan kulihat ada buih kat atas tu..hhuuhhu..susunya basi!! Sedih sangat..tapi apakan daya ku pasrah...takkan nak mbil juga, kan tak pasal sakit perut wafiy. Aku tak tau apa sebabnya, suhu peti ais kah, atau botol tak bersih kah? Tapi kubasuh cuci2 dengan air sabun (cecair pureen)..setiap hari... Tapi sebelum ini pun pernah terjadi begitu. Ada susu yang membeku elok dan ada yang tidak mebeku-cair aje.Yang cair tu terpaksa kuhabiskan dlm tempoh 24 jam. Mungkinkah kerana peti ais ku satu pintu? Sebab itu lah aku tidak dapat mengumpul stok berbotol2...setakat berbelas2 sahaja...dan tempoh penyimpanan pun tidak lebih 2 minggu. Nasib baik kerja ku tidak pernah out station...bekalan pun cukup2 makan sahaja. Kalau out-station pasti ku gelabah.... Dan, ku sudah pasang niat awal2, utk anak yang seterusnya nanti ku perlu buat perubahan besar...hehhehe....rancang awal bukan bermakna nak tambah lagi dlm ms terdekat nih....sajer...rancangan jangka panjang....Peti-ku mahu tukar lain-deep freezer/peti 2 pintu...dan yg paling penting, ku mahu tukar pump yg lebih bagus-mungkin eletric pump(freestyle kot..ahhaha-kena kumpul duit dr skrg le)...skang guna avent manual-pump manual paling bagus kurasa.

Berbalik kepada susu basi tadi...hemmmm..kuharap jangan lah lagi berlaku macam tu....sedih tau....

Monday, July 6, 2009

Potty Training




Salam....

Kali ini, 2 hari bercuti aku cuba manfaatkan betul2. Kali ni aku tak boleh lengah2kan lagi. Dah banyak kali hujung minggu aku tak sempat nak latih Iman, ada saja aktiviti luar. Sabtu dan Ahad lepas aku bertekad, nak buat 'potty training' kat Iman, anak sulungku, yang dah berumur tiga tahun lebih. Aku baca kat blog2 mama yang lain, ada yang potty training sejak dari usia anak 2 tahun lagi. Aku rasa aku macam dah terlambat. Tapi walau bagaimanapun, aku sedapkan hati yang aku masih belum terlambat.... Penah juga dulu aku latih iman tak pakai pampers...last2 aku yang fed-up. Aku cuba melayari internet pasal potty training ni, sedikit sebanyak aku dapat pengetahuan pasal tu. Nak buat PT ni, kena ada kesabaran yang tinggi, di samping kerjasama husband. Mana nak jaga si kecik Wafiy lagi, nak buat kerja rumah lagi. Apa-apa hal pun thanks utk husband aku yang banyak membantu aku utk melaksanakan PT ni....


Bangun je pagi Sabtu tu, aku mandikan Iman, dan cakap kat dia, "Iman tak payah pampers ye..nanti bontot gatal macam semalam." Dia cakap.."tak nak, nak pakai pampers..." Cepat2 aku cari idea camner nak meyakinkan dia ni....Ermmmm...."Mama, Iman nak aiskrim..." Terus aku guna idea nih... "Iman, kalau nak aiskrim, Iman tak payah pakai pampers..nanti kita g kedai bawah, beli aiskrim..."Dia tak jawab....macam tengah pikirkan sesuatu...Terus papa dia pujuk lagi..guna idea sama. Aku cepat2 pakaikan seluar dia..."mama, pakai pampers dulu lah....Malu lah Iman tak pakai pampers." Aku jawab, "La Iman...apa pulak nak malu, pakai le seluar nih...mama dan papa pun tak pakai pampers." "Tapi...Iman tak pakai spendel la mama. Alamak camner aku nak jawab nih...Okay2...Iman pakai spendel papa nak?" Hahahahah...aku tk tau nk jawab apa...Iman turut gelak, "Apa la mama nih." Papa cakap, "nanti kita g giant beli spendel ultraman, ben 10, tramsformers..." Wah banyak tu spendel nak beli :-)) Akhirnya berjaya juga aku dan papa memujuk si permata hati tu....

Pergi lah aku carikan aiskrim utk Iman tanpa pampers....Fuhhhh...

Tiap 30 minit aku tanya Iman....nak kencing, nak berak? Dia cakap tak nak. Tapi aku tetap bawak dia ke toilet wpun dia cakap tak nak...alhamdulillah..nak le dia duk cangkung dalam toilet tu....setiap 30 minit aku tanya lagi..sampai dia pun naik bosan asyik tanya benda yang sama..."Mama ni..Iman dah kencing banyak la tadi"...hehheheh....


Alhamdulillah...dalam 2 hari tu, kira boleh dikatakan 40% berjaya. Time dia tidur tengah hari, aku terpaksa pakaikan pampers, belum berani lagi tak nak pakai time tidur...Malam tidur pun aku pakaikan juga....


Insya-Allah minggu depan aku akan buat potty training lagi. Dan kena le cari ganjaran untuknya nanti sebagai hadiah semangat untuknya. Dan, spendel ultraman/ben 10/transformers kena le g cari sebelum sabtu ni menjelang!

Friday, July 3, 2009

Ringsling



Salam....
Akhirnya aku dapat juga memiliki sehelai ringsling....tak penah guna pun, ini kali pertama, dan alhamdulillah, wafiy nak duduk dalam tu..tapi tidak melebihi 2 jam...aku beli ni kat maryaa (kuantan)-online shopping. Dapat free gift lagi, seronok! Tengok kaum kerabat susuibu.com pakai, aku pun teringin gak....hehehe. Best juga guna RS, ke hulu ke hilir...sehingga ke hari ini, baru 3 kali aku guna ringsling nih, tak kira yang dalam rumah(testing...heheeh). Nak menyusu pun senang kalau pakai RS nih...sangat bagus! Tapi kena sentiasa latih la agar tidak kekok dan baby pun kena biasa ngan RS nih...Alhamdulillah, Wafiy cam seronok duduk dlm nih, lentok aje....tapi lebih 2 jam lenguh gak terasa...dia pun cam bosan, tapi kira ok lah..sangat ok!! My sister cakap, kat negara luar, mat saleh memang pakai RS nih..heheheh....
Dulu aku tengok "ibuk2" (heheheh) pakai RS nih, tapi diaorang wat ngan kain batik, pusing2, belit2 sendiri...kendong anak, cam kelakar. Tapi skang aku pulak yang teruja nak pakai RS nih. Tapi RS nih kira nampak komersial la skit...(agaknya la, hehehh)...
Jom ber-ringsling!! "Jalan2 cari makan n pusing2 KL"(kata Iman)..:-))

Jus Tomato!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Ermmm...hari ni tak gi mana..duk opis saja...kodek2 apa yang patut...nak kemas meja yang agak berserabut nih...member seperjuangan pun tak ada hari ni, berkursus...so tak de la shopping atau keluar makan2...hehehe.Semalam kami dah kuar makan..dia belanja, Thanks aleeya...kat chilis bangsar tuh...tima kasih bebanyak..makanannya boleh tahan sedap n harganya....boleh tahannnn juga! Yang paling tak tahan aku tersilap order air yang tak best, kononnya nak kelainan...air tomato. Datang2 aje air tu..erkkkk tak leh nak telan...dua member lagi, tengok2 kat aku, dan nak jugak rasa air tu...erkkkkkkk..diaorang lagi teruk cam nak muntah...aku cakap le..biasa minum kat warung..dia buh susu..sedap...cam air carot la...member pun bagi kat pelayan tu suh tambah susu. Bila tambah aje...masih tak sedap...last2 air tu tak abis...suku je aku minum. Sumpah tak nak order lagi! Hahahaha..aku diketawakan member. Aleeya suh aku order air lain...erm..tak pe lah....so, minum skit jus epalnya..sampai2 opis..terus gi telan air suam...tapi Ya Allah mengantuk giler..kenyang tahap gaban! Apa2 pun chilis yang sedap, dengan kek coklat aiskrim...nyum nyum....

Chilis..tunggu! Aku akan datang lagi dan akan berhati2 dalam mengorder air...:-))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...