Tuesday, July 7, 2009

Basi....

Salam.

Nak cerita sikit nih. Semalam, cam biasa ku ambil ebm letak kat tempat biasa dlm fridge tu (dari tempat bekuke tempat bawah) utk bekal wafiy esok. Pagi tadi, siap2 nak g kerja...perkara terakhir aku buat sebelum keluar hantar anak2 rumah pengasuh, ku akan masukkan bekalan wafiy dalam beg. Tiba2 kutgk bekalan dia tu lain macam..kucium baunya, lain drpd biasa, dan kulihat ada buih kat atas tu..hhuuhhu..susunya basi!! Sedih sangat..tapi apakan daya ku pasrah...takkan nak mbil juga, kan tak pasal sakit perut wafiy. Aku tak tau apa sebabnya, suhu peti ais kah, atau botol tak bersih kah? Tapi kubasuh cuci2 dengan air sabun (cecair pureen)..setiap hari... Tapi sebelum ini pun pernah terjadi begitu. Ada susu yang membeku elok dan ada yang tidak mebeku-cair aje.Yang cair tu terpaksa kuhabiskan dlm tempoh 24 jam. Mungkinkah kerana peti ais ku satu pintu? Sebab itu lah aku tidak dapat mengumpul stok berbotol2...setakat berbelas2 sahaja...dan tempoh penyimpanan pun tidak lebih 2 minggu. Nasib baik kerja ku tidak pernah out station...bekalan pun cukup2 makan sahaja. Kalau out-station pasti ku gelabah.... Dan, ku sudah pasang niat awal2, utk anak yang seterusnya nanti ku perlu buat perubahan besar...hehhehe....rancang awal bukan bermakna nak tambah lagi dlm ms terdekat nih....sajer...rancangan jangka panjang....Peti-ku mahu tukar lain-deep freezer/peti 2 pintu...dan yg paling penting, ku mahu tukar pump yg lebih bagus-mungkin eletric pump(freestyle kot..ahhaha-kena kumpul duit dr skrg le)...skang guna avent manual-pump manual paling bagus kurasa.

Berbalik kepada susu basi tadi...hemmmm..kuharap jangan lah lagi berlaku macam tu....sedih tau....

1 comment:

IDAZS said...

sedih sgt bila susu basi...waaaaa...
bukan senang nak dapat.... berusaha hingga ke titisan terakhir...saba je la

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...