Salam....
Kali ini, 2 hari bercuti aku cuba manfaatkan betul2. Kali ni aku tak boleh lengah2kan lagi. Dah banyak kali hujung minggu aku tak sempat nak latih Iman, ada saja aktiviti luar. Sabtu dan Ahad lepas aku bertekad, nak buat 'potty training' kat Iman, anak sulungku, yang dah berumur tiga tahun lebih. Aku baca kat blog2 mama yang lain, ada yang potty training sejak dari usia anak 2 tahun lagi. Aku rasa aku macam dah terlambat. Tapi walau bagaimanapun, aku sedapkan hati yang aku masih belum terlambat.... Penah juga dulu aku latih iman tak pakai pampers...last2 aku yang fed-up. Aku cuba melayari internet pasal potty training ni, sedikit sebanyak aku dapat pengetahuan pasal tu. Nak buat PT ni, kena ada kesabaran yang tinggi, di samping kerjasama husband. Mana nak jaga si kecik Wafiy lagi, nak buat kerja rumah lagi. Apa-apa hal pun thanks utk husband aku yang banyak membantu aku utk melaksanakan PT ni....
Bangun je pagi Sabtu tu, aku mandikan Iman, dan cakap kat dia, "Iman tak payah pampers ye..nanti bontot gatal macam semalam." Dia cakap.."tak nak, nak pakai pampers..." Cepat2 aku cari idea camner nak meyakinkan dia ni....Ermmmm...."Mama, Iman nak aiskrim..." Terus aku guna idea nih... "Iman, kalau nak aiskrim, Iman tak payah pakai pampers..nanti kita g kedai bawah, beli aiskrim..."Dia tak jawab....macam tengah pikirkan sesuatu...Terus papa dia pujuk lagi..guna idea sama. Aku cepat2 pakaikan seluar dia..."mama, pakai pampers dulu lah....Malu lah Iman tak pakai pampers." Aku jawab, "La Iman...apa pulak nak malu, pakai le seluar nih...mama dan papa pun tak pakai pampers." "Tapi...Iman tak pakai spendel la mama. Alamak camner aku nak jawab nih...Okay2...Iman pakai spendel papa nak?" Hahahahah...aku tk tau nk jawab apa...Iman turut gelak, "Apa la mama nih." Papa cakap, "nanti kita g giant beli spendel ultraman, ben 10, tramsformers..." Wah banyak tu spendel nak beli :-)) Akhirnya berjaya juga aku dan papa memujuk si permata hati tu....
Pergi lah aku carikan aiskrim utk Iman tanpa pampers....Fuhhhh...
Tiap 30 minit aku tanya Iman....nak kencing, nak berak? Dia cakap tak nak. Tapi aku tetap bawak dia ke toilet wpun dia cakap tak nak...alhamdulillah..nak le dia duk cangkung dalam toilet tu....setiap 30 minit aku tanya lagi..sampai dia pun naik bosan asyik tanya benda yang sama..."Mama ni..Iman dah kencing banyak la tadi"...hehheheh....
Alhamdulillah...dalam 2 hari tu, kira boleh dikatakan 40% berjaya. Time dia tidur tengah hari, aku terpaksa pakaikan pampers, belum berani lagi tak nak pakai time tidur...Malam tidur pun aku pakaikan juga....
Insya-Allah minggu depan aku akan buat potty training lagi. Dan kena le cari ganjaran untuknya nanti sebagai hadiah semangat untuknya. Dan, spendel ultraman/ben 10/transformers kena le g cari sebelum sabtu ni menjelang!
No comments:
Post a Comment