Wednesday, July 29, 2009

Rindu....

Satu- kasih nan abadi, tiada tandingi, dia yang satu
Dua-sayang berpanjangan membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga-lapar dan dahaga rela berpayahan setianya ayah
Ibu kuingat dahulu menyisir rambutku kemas selalu (ma)
Ayah menghantar ku sekolah bersinarlah ilmu bila dewasa (ba)
Tiba-tiba memoriku jauh melayang ke kampung halaman, ma dan ba, persekitaran sekolah, guru-guru dan kawan-kawan. Ermmm...ku rindu kalian. Kalulah aku menjadi Doraemon ... oh alangkah bahagianya!:-)) Baru semalam ku menjejak kawan2 lama ku kat FBook, alhamdulillah...berjaya kutemui beberapa rakan lama. Kesimpulan yang dapat kubuat bila temui mereka di alam maya, semuanya tembam..hehehe. Aku?Cekeding ada le...Ada yang masih belajar-sambung PhD. Tahniah2....dan aku tahu dialah pelajar yang paling pandai dalam kelasku...dan paling sivik. Dan aku? Pelajar yang paling kecik dan selalu diusik rakan2 dan guru2 kerana kekecilanku itu, di samping spek besarku..;-))
Dan, paling kurindui...ba dan ma, yang banyak memberi kata semamngat untuk aku terus belajar sehinggalah dapat menjejak kaki ke universiti. Dari kecil sampai lah sekarang ini boleh kukatakan bahawa banyak perkara ditentukan oleh ibu bapaku walaupun aku sudah bergelar seorang isteri. Dari segi pelajaran dan pekerjaan, ba yang menentukan apa yang perlu aku buat dan kadang kala keputusan dia buat itu merimaskan aku, aku banyak tidak setuju dgnnya. Tapi aku tetap mengikut segala arahannya, walaupun aku tidak suka. Dan, kini baru kusedar segala tindakan dan keputusan yang dibuat oleh ba adalah betul, dan kuakui segala kelemahan aku sebagai seorang anak. Terima kasih ba! Untuk ma, aku merinduinya sebagai seorang ibu yang hebat. Aku, boleh dikatakan seoarang anak yang degil. Setiap patah kata ma, aku tak suka, aku jawab. Oh...memang tak patut betul aku nih. Aku mula menjadi seorang yang sensitif pabila ku menjejak kaki ke ibu kota ini sebagai mahasisawa di UM, berjauhan dengan keluarga menyebabkan aku menjadi rindu dan murahnya air mata ku mengingati keluargaku di kampung halaman. Tapi kini, setelah bergelar seorang ibu baru kutahu, dan baru kutahu jerit perih ma menjaga aku dari kecil hingga dewasa. Oh aku rindu untuk memelukmu ma!

4 comments:

Novelis Aleya Aneesa said...

betulkan kata orang, berjauhan akan membuatkan kte lebih menghargai apa yg kte ada dan pernah ada satu ketika dulu. uwaaaa... sedeynyer rasa...

IDAZS said...

tersentuh la baca n3 kak diana kali nie...mmm....insaf sbb sy jenis degil n melawan gak...waaaa....dh ada anak ni baru la phm susah pyh mebesarkan anak...

- dieyana - said...

Mar: memang sedih!

Idazs: Anak tengah kebanyakannya degil...hihihi..da anak tengah ke? :-))

IDAZS said...

bongsu la kak...tp mak sy kata mmg sy la yg paling degil+melawan...
abg+kakak saya pun menyokong 100% kata2 mak saya tu...huhuhu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...