Drama bersiri Awan Dania (AD) siri III, saluran 104, setiap Isnin, pukul 9.00-10.00 malam. Siri I dan II, tak pernah saya tonton, tapi sebelum ini saya tahu akan kewujudan AD, yang dibintangi oleh Scha al-Yahya sebagai pelakon utama. Kali ini (setelah ada astro) sesekali, secara tidak sengaja saya menonton drama ini. Apabila menonton Awan Dania, saya suka tengok Scha al-Yahya yang comel dan ceria! Dan suka tgk bila scha bawa handbag cantik! Hahahah. Jarang-jarang saya dapat menonton TV, kerana Iman (dengan izin), 'mengongker' saluran 611! Tapi kalau Awan Dania, Iman dan Wafiy, turut ternganga melihat drama ini. Apa yang syok sangat kanak2 berusia 5 dan 2 tahun setengah, melihat Awan Dania ya? Saya rasa, mungkin mereka seronok tengok kapal terbang, atau melihat Scha al-Yahya tu? Ehehheh....
Wafiy: Ama, wan ya wan ya (Awan Dania) ('ya' dibaca dgn suara yang sengau). Pa terbang sar (kapal terbang besar).
Iman pula, mulut ternganga tengok AD. Tapi, belum tamat siaran AD, dah terlena depan TV! Heheheh.
Dan, saya turut melekat depan TV, bersama-sama anak-anak menonton Awan Dania. Bagi saya, melihat AD, hanya kerana Scha yang comel, dan destinasi yang dikunjunginya, Korea, Australia....best! Tetapi, saya pernah terbaca satu komen pembaca di sebuah blog, katanya, AD mengguna perkataan yang tidak sopan, agak tidak sesuai untuk tontonan anak-anak kecil. Alamak, ya kah> tidak perasan pula, mungkin saya menonton drama ini tanpa menghayati dialog yang digunakan.

Baru-baru ini kami menaiki Air Asia, ketika berada dlm kapal terbang, lalu seorang pramugari, terus Iman cakap, "Mama, dia macam awan dania la!". Saya tergelak kecil. Mungkin pramugari itu tidak perasan Iman berkata demikian, tapi, penumpang sebelah kami, tersenyum2 melihat Iman.
++(Sumber foto: murai.com.)
5 comments:
mesti iman suka sangat tengok AD tu....
mesti suka tgk scha yg comel tu.
lucu betul iman ni. nasib baik x minta autograph. kihkihkih
saya paling tak suka kalau zarin tgk ultraman, nanti ada perkataan 'tak guna!" ayoyoyoyo
suraya-suka la, kalu tk suka, channel 611 la dari pg ke mlm..adoi la...
idazs-autograph? hahaha, sib baik...kalu tk, mama yg termalu!
-ha, betul2 da, perkataan 'tak guna!' mmg kerap diguna dlm ultraman. adoi la...
Iman minat tengok kapal terbang ye...jom ikut auntie ida p muzium tentera..boleh pandu..tapi x jalan la...:D
k.ida, ha, best2 tu, kalu g muzium naik k.terbang, bukan setakat iman wafiy, saya pun nak..hihkhihk...
Post a Comment