Tuesday, March 29, 2011

From Oven With Love

Jumaat lepas, rehat yang panjang, berjalan2 di blog-blog lain, terjumpa satu blog yang best http://wanitaniaga.com/resepi/?p=12 ... mari belajar membuat piza di rumah! Dah lama teringin nak belajar buat piza. Biasalah, teringin tu ada, nak buat, kecahkan dapur, itu yang berat malas tu.;-) Tapi kali ini keinginan yang dipendam (chewah!), terasa membuak2 pula.


Ahad-ke Carefour Wangsa Maju membeli barang2 dapur/susu/pampers (rutin setiap bulan), terus membeli bahan2 nak buat piza. Petang, selepas pulang daripada jemputan makan rumah saudara, terus ready nak buat piza. Hheheh, berkobar2 betul ni. Walaupun caranya agak renyah, saya berpuas hati dengan hasil percubaan pertama ini. Pendapat saya (yang rajin bermusim ni, hihkihk) nak buat piza ni perlu ada semangat berkobar2 macam saya ni, ada kelapangan masa yang panjang, dan yang penting, RAJIN! Inilah hasil kerajinan saya pada petang Ahad tu...;-

Sebelum


Berdebar-debar pula tunggu masak. Kejap-kejap ke dapur. Bukan saya aje yang jenguk2 oven, Hanapi pun nyibuk intai2 oven jugak nak tengok hasil air tangan isterinya yang tak pandai masak ni.


Selepas


Alamak terhangit sedikit. Iman mengutip sosej, dan Wafiy, kutis roti. ;-) Jadi petang hingga ke malam mengunyah piza lah kami 4 beranak ... hahahha.


Nota: Resepi asal guna tepung berprotein tinggi tp saya tak tau mcm mana, dan saya melihat sumber resepi doh piza yg lain, boleh guna tepung gandum biasa. Untuk bahan di atas-saya ubah sedikit, boleh letak apa saja, mengikut citarasa puan-puan..;- nenas, udang, daging etc....


**Apakah kerana hari ini berpuasa, maka entri adalah fasal makan/makanan saja? Hehhehe, kebetulan aje tu (cover line nyah!)

6 comments:

Unknown said...

sedapnya...bila nak buat lagi....bagilah rasa...kalau tak juallah....heheheheh

- dieyana - said...

suraya-tunggu rajin lagi...hehehhe

~ Ida ~ said...

wah! memang betul2 rajin tu..rajin uli tepung hehehehe....
sedapnya tengok pizza dieyana...nyum..nyum...

Hanis Azla said...

akak pun selalu teringin nak buat sendiri.. tp tak pernahnya lagi membuatnya.. Tahniahlah yer.. berjaya juga buat sendiri.. nampak mengancam pulak tu.. Salam kenal..

- dieyana - said...

k.ida-rajin bermusim, heheh

- dieyana - said...

hanis azla-salam kenal, ha itu lah, dieyana mmng teringin, entah dr tahun lepas kot yg teringinnya, baru dpt buat betul2...hikhihkhk.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...