Semalam, hari kedua berpuasa lebih bertenaga berbanding hari pertama yang melepek mcm kain buruk, sudahnya, hari pertama berbuka dgn hidangan pasar malam sahaja! Hari kedua, semangat lebih sikit. Sampai saja rumah, 5.40 petang, berehat sekejap dgn anak-anak dan suami, sambil terbayang2 nak masak sotong kering feveret. Tumbuk bawang itu ini, tiba2, alamak 6.30! Macam mana boleh tertidur ni! La, rupanya tadi tumbuk bawang dalam mimpi! Chet! Terus bergegas ke dapur, dlm ms 30 minit, sempat la menyediakan 2 jenis lauk sahaja-tumis sotong kering (kena lama sikit atas dapur, baru kaw tumisnya), dan ayam goreng. Okey lah tu, itu pun nasib baik tersedar .... ;-) Ada tumis itu sudah dikira baik bagi saya, kalau tidak, nasi+telur mata kicap ... ;-)
Nasi kukus
Tumis sotong kering dan ayam goreng
Pencuci mulut ;-)
Blueberi Cheese Tart (beli dgn Kak Lim-ofis)-RM 1.60! (konon2nya ini mama punya, tak sangka Wafiy yang perabis!)
Oren Sunquick
Selamat berbuka.... Harap-harap hari ini Dieyana lebih bersemangat daripada semalam ya! Insya-Allah....;-) (Nota untuk Dieyana: "Dieyana, biar semangat berpuasa, bukan semangat tengok makanan, batal poso mu tu....")
5 comments:
nyum-nyum..air sunquick dah lama tak minum. kena g carik sebotol ni. baut sunquick pekat2 xyah buh gula, walllaaahhhh!!!
kak.. sentul curry house sedap jugak. hehe saje nk buka selera org berpuasa
idazs-alamak, tk buh gula? masyammm le...
etiey, isy, pepagi ni bnyk benar dh yg membuka selera, jgn berbuka sudah!! curry house sentul tu mamak ke>? dekat balai polis tu ke?
x posa pun tengok lauk dah lapar ni..nyum..nyum
Post a Comment