Wednesday, October 12, 2011

Libatkan Anak-anak Juga

**(Bukan mahu memandai, sekadar berkongsi sedikit pendapat / pengalaman saya sebagai ibu beranak dua ...heheh. Walaupun ibu beranak 10 tak de kecoh2, dan alhamdulillah, elok aje perjalanan mereka, saya yang baru beranak dua tetap nak kecoh di blog. Okey ke? Hhehe)


1) Waima dia baru berusia 5 tahun, saya mahu dia tahu seperti orang dewasa juga. sekurang-kurangnya, biarlah dia tahu hal2 yang terdekat dengannya, seperti apa yang berlaku dalam keluarga, dalam rumah, dan persekitarannya. Kalau dia bertanya apa-apa, jawab sahajalah yang benar2. Elakkan dari menipu. Contoh: "Mama, siapa yang buat Iman, dulu Iman duduk dalam perut mama, Iman keluar macam mana?" Cubalah jawab, selagi yang termampu. Kerana tidak mahu beri jawapan yang sebenar, bimbang Iman akan bertanya yang bukan-bukan sehingga kita mati akal utk menjawabnya, terus saya jawap, "keluar ikut pusat!" ^__^

Cuba beritahu perkara sebenar. Baru-baru ini suami dan anak-anak saja di rumah, suami saya buka you tube, tunjuk proses kelahiran kepada mereka dua beradik (terkawal). Wafiy, biasalah masih blur2, darah! darah! Iman, terus berminat, menonton sehingga akhir. Tapi, selepas menonton, dia seperti berfikir sesuatu, mungkin masih belum dapat bayangkan yang sebenarnya. Dan, macam2 la soalan ditanyainya. Ha, dah dah macam sesi soal jawab di mahkamah. ^__^ Tak apalah, sekurang-kurangnya dia tahu, dia bukan keluar ikut pusat seperti yang diberitahu oleh mamanya! ^__^ Motif: Bukan mahu tunjuk yang bukan2, sekurang-kurangnya dia tahu kesusahan ibunya melahirkannya! Waima dia berusia 5 tahun. Ada pendapat mengatakan, tak apalah, dia besar esok2, dia tahulah nanti. Erm ... masing-masing pendapat kan....

Sampai saja saya di rumah, "Mama! Iman bukan keluar ikut pusatlah! Mama tipu Iman!" Wajahnya seperti kecewa kerana saya dikatakan telah menipunya! Mungkin bagi kita orang dewasa, ah, perkara kecil saja, tipu sikit saja. Tapi ia bukan perkara kecil bagi si kecil yang berumur 5 tahun! (Tengok, siapa suruh menipu hari tu!...^__^ Walaupun saya langsung tidak ada niat untuk menipu anak-anak, tapi ia tetap dianggap 'tipu' oleh anak-anak!



2) Kadang kala, apabila kami suami isteri berbual, anak-anak akan mendengar, ada yang kurang faham, pasti Iman akan bertanya. Walhal itu cerita orang dewasa. Apa salahnya kita libatkan anak-anak juga. Jangan sampai kita berbual, sehingga anak-anak bertanya, terus kita beritahu, "tak payah tahu, ini cerita orang dewasa!" Tentunya si anak akan berkecil hati. Tapi kalau cerita yang agak 18 SG atau 18 SX, tidak usahlah bercerita di hadapannya, kan nak jawap, terkial2 kial pula. ^__^


Contoh: Saya: Semalam saya tengok jiran kita dah angkut barang-barang, nok pindoh kalih



Suami: Ha, saya pung nampak


Iman: Siapa mama, jiran yang mana? Dia nak g mana?


Apa salahnya kita jawab pertanyaannya, walaupun topik itu tiada kaitan dengan anak-anak kecil. Barulah anak-anak berasa dihargai, berasa diri juga bersama-sama ibu dan ayah. Tak ke gitu? Kadang kala, saya pun tidak perasan akan hal ini. Kita ini hanya manusia biasa tidak lepas dari kesalahan. Kadang kala selamba saja saya menjawab, "eh banyak kecek Iman ni...." Lalu, riak kecewa terus tergambar di wajahnya!


3) Sesekali saya akan beri peluang / luangkan masa bersama-sama anak-anak - bersembang2. Tentu ada sesuatu yang menarik dalam perbualan kita dengan anak2. Kadang2 apabila berbual dgn Iman, tanpa saya sedar masih ada sesuatu yang selama ini saya tidak tahu tentang dirinya.

4) Tidak kiralah apa saja yang kita lakukan, sesekali libatkan anak-anak juga. Perlahan-lahan saya mahu memahami jiwa anak-anak saya. Kongsi hobi kita bersama-sama anak-anak. Dunia ini bulat, hari ini kita tak pedulikan mereka, esok2 mereka pula tidak pedulikan kita.


"Mama, jom kita lukis sama-sama. Tak nak lah, letih la mama nak tidur!"


20 tahun akan datang: "Jom teman mama g beli barang!" Lalu dengan selamba anak menjawab, "Tak nak lah, mama, saya sibuk! "


Mahukah perkara sebegitu berlaku??



5) Itu hanya sedikit pendapat saya tentang anak-anak, terutama anak-anak kita yang semakin hari semakin meningkat umur. Cabaran dan dugaan dalam mendidik anak semakin hari semakin bertambah! Semoga Allah sentiasa bersama-sama kita. Amin.


6) Kita manusia, pastinya tidak lari daripada melakukan kesilapan. Perlahan-lahan menuju ke arah kebaikan....


**(Semakin hari, anak-anak semakin membesar, sebagai ibu bapa, sentiasa berdebar2, mampukah kita menjadi ibu bapa yang baik utk anak-anak? Selagi diberi nafas oleh-Nya, mohon diberi perlindungan oleh-Nya. Amin)

4 comments:

Iela Fazielah said...

betul tu dieyana... iman mcm syafiqah.. asyikla tanya soalan.. org borak pun dia menyampuk..tp xpe... jwb selagi boleh... biar dia tahu sikit2... lg pun xsalah pun.. bkn benda2 xelok pun...

NanieZara said...

betul kata k.diana ada benda yg kita boleh berterus terang dan ada juga yg kita kena tipu..tp bdk2 skrg bijak lah k.diana semua benda diorg nak explore dan semua benda diorg nak tau.

IDAZS said...

setuju dgn kak dieyana. Lebih baik berterus terang. cuma kadangkala kita sebagai ibu mudah give up atau mati akal nak cakap apa bila mcm2 yg ditanya...

takut pasal bumi bulat tu..ummm, minta dijauhkanlah..

~izan~ said...

sgt setuju dgn n3 ni,takot apa yg kita buat yg -ve kat anak kita,balik ke kita balik huhu...

diorg skrg kecik2 dah bijak,kita cakap nak alih2 sikit pun diorang tahu kita tipu hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...