Sana sini cerita tentang anak yang masuk sekolah, pengalaman pertama anak ke tadika, atau anak masuk darjah satu. Begitu juga di status FB. Berdebar, seronok, teruja, sah-sah mak ayah la orang yang paling berdebar seronok atau teruja. Ini lah masanya kita nak rakam pengalaman anak-anak masuk sekolah, lucu, sedih, gembira, macam-macam kan. Seronok baca pengalaman ibu bapa masing2.
Saya pun tak nak ketinggalan, semalam
(5 Januari 2012), Iman dah start sekolah. Alhamdulillah, 2012, adalah tahun ketiga Iman di Genius Aulad Wangsa Maju, dan tahun terakhir di sini. Bila anak dah masuk tahun ketiga ni, perasaan berdebar saya tetap ada, tapi tak lah berdebar seperti
hari pertama ketika iman masuk sekolah 4 years dulu (
hari pertama di GA).
Ha, tunggu la mu dieyana, besok2 Iman masuk darjah satu, berdebar/teruja datang balik, seriau pun ada! Insya-Allah, semoga diberi umur yang panjang.
Iman dari hari tu tanya, bila start sekolah ni, iman dah tak sabar, katanya. Seronok sungguh Iman sebab dah masuk kelas 6 years! Konon2nya super senior di situ. Padahal, menurut tecernya, Iman yang paling kecik dalam kelas. Badan kecik, tapi suara besar. Boleh turit telingo tecer mu, iman! ^__^.
Dua hari dalam minggu pertama persekolahan ini, adalah minggu orientasi. Sesi persekolahan hanya dua jam iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi sahaja (Waktu biasa-8.30-11.30 pagi).
Seperti tahun pertama dan tahun kedua yang lepas, dan tahun ini juga saya bertanggungjawab untuk hantar iman ke sekolah (cuti satu hari- biasa la, mak over skit kan!). Akan timbul satu kepuasan apabila dapat hantar anak ke sekolah pada hari pertama ke sekolah (naik teksi macam tahun lepas juga). Iman, tunjuk arah sekolahnya kat drebar teksi tu, nanti pak cik masuk sini, g depan, pusing sana, bla bla bla... Pandai dia daripada pak cik teksi tu. Memang over! =^__^=
Aksi Wafiy yang seronok dapat ikut g skul abang!
Pada mulanya tak nak bawa Wafiy, nak tinggal rumah pengasuh aje, sebab saya tak mampu nak control Wafiy. Sungguh, sejak akhir2 ini, ada masa-masanya Wafiy hyper aktif! Tapi pagi tu sangat kesian, bila dia tengok abangnya pakai baju sekolah, mama, Wafiy nak g sekolah abang! Mengamuk nak pakai uniform juga! Si abang, pujuk2, tak pakai. Last2 si abang cakap, okey, okey, wafiy boleh ikut, tapi wafiy duduk kat bawah kelas abang, tunggu abang dengan mama, ya! Wah suka Wafiy bila dijanjikan begitu.
Kelas 6 Madeenah (Sesi pagi/sesi petang, guna kelas ini juga)
(Guru kelas Iman, masih teacher Siti, guru kelas yang sama dengan tahun lepas)
Masuk kelas baru ni, tak jumpa dah kawan-kawan 5 Andalus yang dulu, dah pecah2. Dalam kelas 6 Madeenah ni, hanya Iman dan seorang lagi kawannya sahaja dari 5 Andalus.
Minggu orientasi ni, seperti biasa, ibu bapa dibenarkan berada di kwsn kelas selama 15 minit sahaja selepas waktu sekolah bermula. Dengan suara besar Iman, "Tecer, cepatlah, Iman dah tak sabar nak belajar ni!" Anak ai memang over. ^__^
Dan, untuk hari ni (6 Januari), atas budi bicara principal di situ, saya minta agar Iman ditukar ke sesi petang-1.30-4.30 petang. Minggu orientasi ni, kelas hanya dari pukul 1.30-3.30 sahaja. Pertukaran tiba-tiba yang berlaku secara mendadak semalam, adalah disebabkan masalah besar yang tiba-tiba muncul-masalah transport!! Pening2! Tak pe lah, itu cerita belakang tabir antara kami dengan pengurusan transport. Untuk penyelesaian atas permasalahan itu, Iman terpaksa masuk kelas sesi petang, dan drebar untuk sementara ni ialah papa dia! ^__^
Balik sekolah, apa lagi, kami 3 beranak, bersuka ria di Wangsa Walk , tunggu suami balik kerja dan jemput kami pukul 1.30 nanti!
Pusat permainan kanak-kanak: Level 2
**Nota Dieyana: Harap-harap Iman dapat sesuaikan diri dengan persekolahan sesi petang ni ... maklum, petang2, mata layu....