Wednesday, January 18, 2012

Kisah Hati

Sekadar meluahkan rasa hati....


Maaf, entri saya kali ini agak tidak gembira. Mood saya tidak gembira. Capai manuskrip di meja, sungguh, hati saya tidak menentu, jemari saya tidak mampu untuk menjalankan tugas hakiki saya di pejabat. Lalu, saya buka blog, dan mahu tulis di sini.


Tengah hari tadi apabila mendapat berita tentang permohonan saya yang satu itu tidak berjaya, terasa luluh hati saya. Ya! Saya perlukan yang satu itu! Tapi sayang, permohonan saya ditolak. Maaf ya, saya meluahkan isi hati saya yang tidak gembira ini di sini, tetapi saya tidak dapat beritahu tentang yang satu itu. Bukan mahu berahsia ... ermm ... tapi saya belum berani untuk menceritakan perkara sebenar. Tak pe lah, sekurang-kurangnya, saya dapat melegakan hati saya yang tidak gembira ini melalui blog saya.


Makan tengah hari bersama-sama suami di Restoran Anis Pantai Dalam tengah hari tadi pun rasa macam tak makan. Lauk kegemaran saya terhidang di depan mata, tapi saya menelannya tanpa ada perasaan seronok dek memikirkan 'permohonan gagal' saya itu. Tangan menyuap, tak sedar, nasi habis sepinggan, ulam cicah budu abis licin. +__+ Sungguh, semangat saya hilang! Bukan saya saja yang tidak bersemangat, suami saya turut merasainya, kerana dialah yang banyak membantu saya dalam permohonan ini.


Tetapi cepat-cepat saya ingat akan Pencipta. Saya cuba kaitkan kekecewaan ini dengan hikmah di sebaliknya. Saya anggap rezeki saya yang satu itu belum dapat dicapai, belum dapat saya genggam. Tuhan maha adil, Tuhan maha mengetahui ... ada sebab Dia tidak mahu beri yang saya mahu itu. Tuhan mahu saya bersabar. Ya Allah, saya akan bersabar, saya tidak putus asa.


Ya, semangat saya datang tiba-tiba. Meluahkan rasa tidak gembira saya di sini adalah sesuatu yang melegakan. Ingat kepada Dia, Dia maha berkuasa, terus hati saya dicalit kelegaan. Alhamdulillah.


Saya akan cuba lagi memohon, saya akan berusaha lagi! Ya, dieyana tidak akan berputus asa. Usaha tangga kejayaan! Kata suami, kita cuba lagi! Insya-Allah, kalau usaha/permohonan saya ini berjaya, insya-Allah, ia tidak akan jadi rahsia lagi ... saya akan beritahu perkara itu kelak, ya!


Ya! Coretan ini mampu melegakan hati saya. Alhamdulillah ... ya, saya sudah mampu tersenyum. Saya teringat nasi + ulam-ulaman dicicah budu + tempoyak di Restoran Anis tadi. Alamak, saya kembali lapar! Okey, saya mahu sambung kerja.... Bai! :-))

7 comments:

IDAZS said...

jeng..jeng..jeng..permohonan apakah itu?

apepun saya doakan agar permohonan kak diey berjaya suatu hari nanti, insyaallah :)

Ummu Madihah said...

Lah, sian dia sampai makan habis sepinggan pun tak perasan. Tp nasib baik semangat naik balik! Apapun, Dieyana setiap yg berlaku ada hikmahnya, hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Kita hanya mampu merancang, berbuat yang terbaik dan selebihnya berserah pada-Nya jua!

Hanis Azla said...

meluahkan memang kdg kala boleh melegakan.. terus sabar dan usaha lagi ya dieyana.. InsyaAllah, semoga ada rezeki di lain kali..

kurus said...

ye dikk
setiap yg berlaku pasti ada himhanyee .. percayalah
cuma adik kena kuat hadapi semua ini .. insyaallahh allah maha mendengar

Iela Fazielah said...

sabar dieyana....insyaallah.. ada rezki dilain kali.... ada hikmahnyer...

nurulfarehah said...

kesedihan pon perlu diluahkan. x slh rasenye kalau kite luah kt blog ni. sekurang2nye rase lega. sy pon gune cara begitu.
smoga ade kegembiraan menyusul slps kesedihan kamu ye. amin.

Akak Kembang said...

sabar dieyana..ada hikmahnya tu..doa lebih2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...