Wednesday, January 4, 2012

Entri Longgok: Sebelum 2012 dan 010112

Sebelum tahun baru,
kakak, anak tino dia, adik lelaki saya, bermalam di rumah saya, kerana suaminya balik kampung ambil anak kedua mereka yang dah lama bercuti di rumah ma di kampung. Petang tu, tak de aktiviti nak buat, saya dan suami bawa mereka ke Danau Kota, ke warung lepak kami 4 beranak sejak akhir-akhir ini. Nak try makan Dim Sum di situ-tak silap saya, namanya, Warung Ibu Kota, agak sesak juga orang yang lepak/minum/makan-makan di situ, dari pagi sampai la petang, penuh sokmo. Dim Sum nya? Boleh tahan juga, sedap dimakan panas-panas.... Selain tu, boleh order makanan panas, bergoreng, atau boleh pilih juadah kuih-muih sebagai minum petang.


Kemudian berdesup pula kami ke KLFC ... kakak saya nak cari hadiah besday utk suaminya, tapi tak de yang berkenan, berkenan baju utk si comel Qisya pulok! Saya? Eheheh, tak sempat nak tinjau lebih, cuci mata saja sudah beri kepuasan untuk saya yang memang kaki jalan nih!^__^Biasa la, kalau dah keluar petang, hampir ke maghrib, masa agak suntuk, tambah2 Wafiy, dah mula tunjuk keaktifan yang melampau sehingga kami tk mampu nk control ... itu tandanya, kami perlu beransur pulang. Kata kakak saya, KLFC best! =^__^=

"Cepat2 wei, sebelum ore lain masuk lif! Duk dekat!" Dalam lif pun nak ambik gambar! Kahakaha,
Dalam Parkson KLFC: Umi dia sibuk cari barang, mok sedaro dio, sibuk nak bergambar! =^__^=
(stroler Wafiy yang lama terperuk tepi dinding, masih elok dipakai utk si kecil Qisya!)


Awal pagi 2012 tu pula,

saya dan suami berdesup ke Pasar Tani Danau Kota pula (Anak-anak tinggal dengan kakak saya). Pertama kali ke situ. Boleh tahan juga, banyak pilihan lauk mentah. Jenguk-jenguk, nampak ada yang menarik perhatian - adik penjual tu cakap namanya pahat/pepahat? Saya pernah makan kat Port Dickson dulu, ok juga, ditumis cili. Jadi saya beli la, RM 14 satu paket. Tumis cili, serai, halia segala bagai, ok juga! Cuma lain kali kena pedas lebih skit, baru mengancam! Dimantapkan dengan sup ayam kampung, telur dadar, budu, sambal kicap, cukup la tu makan tengah hari kami di tahun baru. Tapi terlupa nak beli ulam-ulam buat cicah dengan budu. ;-)




Pahat tumis cili+serai, sup ayam kampung, telur dadar, sambal kicap+budu...^__^

**(Nota Dieyana: Tips telur dadar gebu macam makan kat kedai=tambah sedikit air pada telur dan sedikit garam. Pukul kuat!)


Petang tahun baru tu pula, (banyok cerito Mak Teh hari ni..hahahah)


konon2 nak buat surprise untuk abang ipar yang tiba dari kampung, nak jemput kakak di rumah saya, sekali dia yang surprise kan kami! ^___^ Kami agak, dia akan sampai paling awal pun pukul 8 malam. Tapi, pukul 6 petang tu dia mesej, dah kat highway karak! Ha, berdesup saya dan suami ke Secret Recipe, konon2 nk surprise 1 januari 2012. SR paling dekat, KLFC la. Tak sempat nak surprise kek, dia dah sampai dulu drpd saya. Aduyai! Abang ipar saya dah tersengih2 gelakkan kami, surprise tak menjadi! Apa-apa pun tq Along, petang tu kakak saya buat mi kuah udang special dan belanja kek SR, apa nama entah, choc walnut kot?


Selamat Hari Lahir En. Roslan ... 01012012 wakakaka, surprise tok jadi!

7 comments:

e.l.i.z.@ said...

dim sum? po ajin dgr..mknn dio jenis gano?

Unknown said...

sangat menyelerakan makanan itu...yummyyyy

- dieyana - said...

eliza, dim sum tu macam yang rebus2 tu, ada yang dibalut ngan kulit wantan, ada dalam isi ikan, isi ketam, ayam, lebih kure gitu la..hhikhihk, cicoh sos...

- dieyana - said...

ila-heheh, boleh la, utk makan tengah hari..^__^

- dieyana - said...
This comment has been removed by the author.
Aida Salleh said...

KLFC tu dekat gak lah dengan umah akak tapi tak pernah2 sampai lagi...

dik, kalau nak makan dimsum yg banyak pilihan gi quality hotel (kl). buffet dimsum...akak sukaaaaa....

Akak Kembang said...

longgok pun longgoklah dieyana..janji ada entri..hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...