Thursday, February 9, 2012

Geng Tarakucha-Cha =^__^=

Yang dibimbangi, akhirnya kena juga. Mak Aji, sebelum ni, bersungguh2 Dieyana ikut ayat petua Mak Aji untuk mengelak dijangkiti , "Awak sakit mata, saya sakit buntut". Lepas cakap ayat tu kat Wafiy, saya gelak2. Agaknya sebab saya gelak-gelak, tak menjadi lah petua tu eh? ^__^ (usik-usik Mak Aji). Wafiy dah okey, kami bertiga akhirnya dijangkiti juga-Ahad lepas-29 Januari 2011 (serentak tiga-tiga kena).



Geng Tarakucha-Cha @Geng Taik Mata ^00^: Pembawa virus-Wafiy, masa ni dia dah okey. Iman dan papa dia teruk ... papa dia paling teruk, hari ni masih MC, tapi alhamdulillah, sudah menunjukkan tanda pulih. Saya, alhamdulillah, dah masuk kerja semalam. Iman-merahnya dah tak de, tapi masih bengkak, belum g sekolah lagi.

Sepanjang masa, siang malam pakai spek hitam.... ^__^ Suami saya dah segan silu bila dalam lif pun pakai spek. Ada yang menegur Iman- "hensem dia pakai spek", terus cepat suami saya yang tolong jawab, "ha, sakit mata belaka ni". Iman pula, tak cakap banyak, bila orang tegur dia berspek, terus angkat spek, pandang orang tu, terkejut orang tu tgk mata Iman merah menyala!^_^

Sungguh, saya tak pernah dijangkiti sakit mata yang serius ni, sampai bengkak2 muka, demam pun ya jugak! Tak selera nak makan, apa taknya mata kabur, sepet, sakit, terkuis-kuis makanan, tak nampak. Itu baru ujian sakit mata kan ... tak de siapa yang nak sakit ... cepat-cepat mahu sembuh ... serik.... Duduk rumah berhari-hari, bukan setakat mata, badan pun dah mula sakit-sakit. Nak tengok tv, sakit, nak keluar rumah pun tak nak, rasa nak tidur sokmo! ;-)) Anak-anak, biasalah, selagi boleh berlari, buas sokmo, tapi bila malam aje, Iman mula demam! Tapi alhamdulillah, ada hikmah-Nya kan! Percayalah, Dia beri ujian untuk kita, tapi pada yang sama Dia beri sesuatu yang manis untuk kita. 4 beranak duduk rumah, mengikat rasa cinta antara kami. Cewah! ^__^ (tak daya mak encik nak jadi 'rimau' bila dah sakit2, terus jadi 'kucing manja';-))

8 comments:

IDAZS said...

alhamdulilah semua dah baik ya. memang azab juga saya kena sakit mata aritu. hehehehehehhe...

mama mana? tak de pun gamba mama!

NanieZara said...

nani plak yg terasa berair mata bila baca entry k.diana ni.so far alhamdulillah tak penah kena lagi skit mata.

betul kata k.diana klu kita skit teruk insyallah ada hikmah disebaliknya..mcm kena chiken pox dulu bila baik jer terus pekne...hehehhe

Ummu Madihah said...

hahaha, jd kucing manja ya! Petuax menjadi sbb gelak, betul tu, lain kali kena control gelak, buat muka sardin!!hehehe! Wah 3 hero Malaya bergaya beberapa hr dgn spek hitam - biar sakit asal bergaye!!!

- dieyana - said...

idazs-ha alhamdulillah...mmng serik eh....heheheh

mama? erm, mama, cukup-cukup la jadi poyograper aje deh! ;-)

- dieyana - said...

naniezara-yup, insya-Allah, mudah-mudahan, Allah sentiasa dekat dgn kita....

- dieyana - said...

naniezara-yup, insya-Allah, mudah-mudahan, Allah sentiasa dekat dgn kita....

- dieyana - said...

naniezara-yup, insya-Allah, mudah-mudahan, Allah sentiasa dekat dgn kita....

- dieyana - said...

ummu madihah-ehehehha'aa kes gelak yang lebih, itu tk menjadi tu..;-)

kucing terlebih manja, hihkhihk

-hihihi, bergaya dlm rumah...;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...