Thursday, August 30, 2012

Anak Perempuan dan Syawal 2012

(Entri raya yang ringkas?=Jimat masa ;-)

Ini anak perempuan saya, namanya Qisya Insyirah, 11 bulan. Oh, maafkan saya, maksud saya, anak saudara perempuan. ^_^ (kes kemaruk anak perempuankah ni?;-)) Qisya Insyirah sebagai pengubat, penyeri keluarga famili saya, satu-satunya puteri, hok lain jate belako deh! ^_^ Alhamdulillah, ada juga seorang perempuan. Kata anak sulung saya, Iman, “mama, Qisya ni debab-debab comel lah!” ;-)


Model raya 2012 bersama2 ibu saudaranya yang juga comel ... wakakakak!


Qisya Insyirah, comel bergaun ... kalau mahu diambil gambarnya, panggil namanya, “Qisya....”, terus jelirkan lidah! Rosak gambar Cik Ngoh, Sya! Tapi anak2 pastinya comel, cuba kita buat gitu, haisy, buruk rupanya! ^_^


Ha, ini baru betul, Qisya bersama2 ibu kandungnya (kakak sulung saya) ... kihkhihk!



Keluarga saya

Raya tahun ni, kami tk banyak bergambar ... hari raya pertama saja, cubaan berjaya bergambar dgn famili. Tapi famili sebelah suami, tk berjaya, gara2 Wafiy, tak bagi kamera (mood tak ‘comey’). Raya tahun ni, keluarga suami, beraya ala kadar saja, 2 adik beradiknya tak balik Kelantan, giliran rumah mertua mereka (luar Kelantan). Tambahan pula, tahun ni beraya tanpa ayah ... al-fatihah untuk ayah mertua.... (Gambar famili mertua di bawah Wafiy yang ambik, caca merba jadinya....)


Keluarga mertua

Baju saya yang langsung tidak match dgn suami dan anak-anak. Seminggu sebelum raya terkedek-kedek seorang di Jalan Tar, shopping baju raya kononnya! ^_^ Banyak baju/jubah comel2, tapi bila try, adoi, sangkut kat perut ^_^ Bila jumpa ‘sedang molek’ disarung, selesa dipakai, okey sajalah! Malas nak fikir warna segala bagai!


Raya pertama, agak kepenatan bagi kami yang baru sampai dari KL, 4.30 pagi raya pertama, pastinya giliran rumah famili saya dulu! ;-) Selepas solat hari raya, bermaaf-maafan keluarga saya, ke rumah keluarga suami pula ... kemudian, beraya di rumah nenek di Kota Bharu dan saudara2 yang lain di KB-Kg. Kota-Kg Sireh. Sampai rumah-petang-melepek belaka! :-(


Keluarga saya

Raya kedua dan seterusnya, beraya di Pasir Mas saja. Bergilir-gilir, rumah saya, rumah suami....(20 minit saja jarak rumah famili saya dan rumah mentua). Penat juga mak yong ni bawa perut ke sana sini. Tapi alhamdulillah, sepanjang di kampung, mood saya sangat okey, keletihan kerana berjalan beraya tu, tentulah ada, sakit pinggang, memang tak leh nak cakap ... ngilu! Padahal berjalan bukan banyak rumah pun, tapi dek kerana menempuh jem teruk di jalan, membuatkan saya serik utk ke sana ke mari. (Keadaan biasa di bumi Kelantan pabila hari raya, tapi agak tidak selesa dengan keadaan perut yang semakin membesar ni, kepanasan yang amat. Subhanaallah...) Makan di hari raya, best2, tapi masih terkawal, bimbang ketat/senak perut!



Pertama kali pakai tudung 3 layer! Itu pun kakak yang bagi. Sebelum ni, saya tgk org pakai tudung 3 layer, sgt cantik, nmpk ‘janguk’ (melawa), sesekali nak juga ‘berjanguk’ kan! Bila mood nak ‘berjanguk’ dtg ... ha, apa lagi, dpt pula tudung free ^_^. Tapi kata suami saya, dok ‘kene’ saya (tak berkenan), tudung gini, macam burung merak! Uhuhu, tapi mak yong ni degil juga nak pakai, sebab rasa perasan lawa ... wakakakaka! (Saya suka warnanya yang tidak terlalu over dan kainnya yang lembut) Hai cik abang, merak bukan sebarang merak, merak ni bukan sepuluh/dua puluh rial tau! ;-)) (Mungkin kalau ia agak labuh sikit, boleh dipertimbangkan oleh suami ;-)


Amacam yang di duduk di bandar? Tentunya banyak rumah terbuka sana sini kan? Seronok ke rumah terbuka pula, gaya orang bandar beraya...:-))

Wednesday, August 29, 2012

Nak Beli Estima?!

Salam 11 Syawal....

Petang-petang pun nak update entri? ;-)

Ragam anak-anak di hari raya....

"Duit raya Wafiy nak beli Estima macam ayah long!"
Ayat budak kecik yang berjiwa besar! ^_^ Itulah anak kedua saya, Wafiy, tahun ni beraya dah pandai menghargai duit raya. Dapat je duit raya, terus masuk dompet. (Dompet pun kelakar, usik abangnya, Iman, "dompet Wafiy macam perempuan!" ^_^) "Mama, simpan duit Wafiy dalam dompet, Wafiy nak beli Estima!" Nak dapat adik baru, kereta mesti besar, lagi pula dia tengok ayah saudaranya guna kereta Estima (suami kakak saya). Usik suami saya, "siapa nak bawa Estima? Wafiy pandai bawa kereta ke?" Jawab Wafiy, "papalah!!" ^_^ (Bertuah kami, anak bagi duit raya, beli Estima, khikhihk....)


Tup-tup, tengok sepupu2nya (anak-anak kakak saya) pakai selipar yang comel di matanya. "Mama, Wafiy tak jadi beli Estima, Wafiy nak beli selipar macam Awih!" La pulok.... Macam-macam ragam kanak-kanak.

Yang si abangnya pula-Iman, "mama, duit raya Iman ni, cukup tak Iman nak beli PS2?"
(Kes Iman pula, dah faham mama/papa tak mungkin belikan ps2 untuknya, lalu, mahu guna duit sendiri.... ;-))

Friday, August 17, 2012

Aidilfitri Menjelang Tiba

Syawal bakal menjelang tiba ... Salam Aidilfitri daripada saya sekeluarga-Dieyana, Hanapi, Iman dan Wafiy. Andai ada tersalah, terkasar bahasa, tutur bicara, tulisan yang mengguris hati, ampun dan maaf saya pinta. Semoga hari raya ini memberi seribu kebahagiaan kepada kita semua. Berhati-hati di jalan raya, pesanan sesama kita.

SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR BATIN....




Hari ni saya masih di pejabat. Insya-Allah, tiada aral melintang, malam esok (malam raya), kami akan berangkat pulang ke kampung halaman-Pasir Mas ... semoga dipermudahkan-Nya. Amin.

**(Alhamdulillah, rumah dah kemas, semalam gotong royong dgn suami, anak2 turut menyibuk..;-), sesawang, segala bagai, ngelap cermin, itu ini - selesai. Sambung malam ni pula, kemas dapur, lipat baju. Malam ni, malam esok, buka puasa di luar. Tak nak kecahkan dapur, hanya sediakan nasi+lauk ringkas untuk sahur esok. Lega, tinggal rumah seminggu, rumah mesti bersih, hati kena tenang, boleh raya dengan gembira....^_^)

Tuesday, August 14, 2012

Pergi Sekolah Hijau ;-)

Kalau dah macam ni gayanya, (http://dieyana78.blogspot.com/2012/04/mama-cuti.html) tak boleh tunggu tahun depan. 18 Julai 2012 baru-baru ini, kami hantar Wafiy sekolah. (12 September ini Wafiy = 4 tahun)
Walaupun pada mulanya nak hantar ke Genius Aulad sama sekolah dengan abangnya (Iman), tapi kerana bermasalah, terpaksa kami batalkan hasrat itu, cari saja tadika yang berdekatan dengan rumah. Kata suami, "Iman ni pun, nak 'oak'=(tahan) sampai hujung tahun ni jah, tahun depan Iman darjah satu doh, tahun ni saya penat sangat2". Tiap2 hari suami terkejar2 hantar Iman ke sekolah." (2 tahun sebelum ini, transport ada, tapi 2012 ni, katanya, dah tak cover area tu :-(( Tapi kerana 'sayang', tak nak Iman berhenti GA, alang2 dah sekolah situ 3 tahun, suami saya 'oak' sampai hujung tahun ni. Untuk Wafiy, kena cari alternatif lain, cari tadika yang dekat dengan rumah+ada 'day care'.

Pasti Ibn Sina Taman Dato' Senu, alhamdulillah, dekat je dengan rumah kami. Yuran bulanan: RM 270=Yuran sekolah+day care+Iqra'. Iqra diajar sebelah petang, Sekiranya ada kanak-kanak lain yang tak sekolah situ, nak belajar Iqra', bayarannya RM 30 sebulan. Dan, untuk kanak-kanak Pasti Ibn Sina, yuran hanya Rm 10 sebulan.



Pada mulanya, risau juga kami, Wafiy tak nak sekolah barunya itu, sebab abangnya tak ada di situ. Berkali2 kami pesan, "Wafiy, abang tak sekolah situ tau, Wafiy sorang je sekolah situ, nanti Wafiy ada kawan baru, ada cikgu, tau!" Hari pertama, suami saya hantar-katanya, malu2 kucing! Sehinggakan cikgu/ustazah dukung bawa Wafiy masuk! ;-)) Petang, suami saya jemput, wah! sengih2 macam kerang busuk, berlari sana sini. Tak de malu dah!

Sekarang, setiap pagi, tugas saya hantar Wafiy. Masih macam tu, malu2, garu2 kepala tengok kawan-kawan yang memanggil, "Yea!! Wafiy dah sampai." Waktu petang, tugas suami saya untuk menjemputnya. Suami saya cakap, 'tak de malunya!' ^_^

Alhamdulillah, seronok Wafiy di situ, kat rumah dah nyanyi2..: "anak nabi kite ade 7 owang, 3 lelaki 4 perempang! "=(perempuan) ^___^

Monday, August 13, 2012

Raya yang Sederhana

Semakin dekat nak raya, semakin rasa sibuk/menyibuk. Entah apa yang disibukkan pun tak tahu.... Macam2 dalam kepala, masih sempat lagikah nak buang sare labo (sawang) kat siling rumah tu, langsir sempat lagi ke nak basuh (belum basuh!? Nampak gaya, tak berbasuh la langsir tu...;-), lantai mu tak mop lagi, hiasan dinding yang ciput tu, belum dilap lagi ... hahahah. Alamak, kipas belum lap lagi, habuk dah banyak lekat kat situ ... macam2 nak buat nak dekat2 raya ni. Suami isteri gotong royong! ^_^


Baju anak-anak semua dah selesai, baju, tudung saya dan baju suami pun baru je selesai. Baju melayu suami dan anak-anak, kata suami, kami pakai hak tahun lepas aje! Sandal anak-anak dan suami pun, pakai hak sama juga. Alhamdulillah, semuanya masih dalam keadaan baik dan masih muat! Baju saya pun tak banyak kali ni. Mak buyung cukup la selai-dua....;-)

Alhamdulillah, rasanya tahun ni, kami bersederhana. Lagi sederhana apabila malam raya baru nak bertolak balik ke Kelantan. ;-) Tak mahu sakit pinggang lama2 dalam kereta. Yang penting, rasa syukur, dapat balik kampung jumpa keluarga tersayang di kampung, dan untuk kegembiraan anak-anak! Insya-Allah....

(**Tahun 2012 adalah paling teruk mood beraya saya! Tapi demi kegembiraan anak-anak, saya buang jauh2 perasaan saya tu! Raya tahun ni, rasanya, saya lebih bersikap reda, tak ada pun tak pe, ada pun tak pe.... Mungkin pelbagai perkara yang berlaku sepanjang 2012 ini sama ada pahit/manis, menjadikan saya lebih bersikap "tak apa lah" "okey je lah". Apa-apa pun, hari raya adalah hari kemenangan kan, hari untuk bermaaf-maafan, hari bergembira. Biasalah mood orang mengandung ni, kejap okey, kejap tak okey....;-)

Friday, August 3, 2012

Indahnya Ramadan!

Salam Ramadan 14,

Alhamdulillah, perut semakin stabil, sungguh, perut saya tidak terasa lapar, tapi keadaan gelap mata/seperti pitam apabila berdiri lama, tetap ada. Terutama waktu petang ketika menyediakan hidangan juadah berbuka. Walaupun begitu, saya tetap setia masak, walaupun sekadar goreng sayur campur, goreng ayam/ikan. Kalau juadah berat2 tu, suami akan turut membantu di dapur. Kata suami, tak payah la ke bazar, pastinya pembaziran akan berlaku. Sesekali suami teringin nk makan kuih onde-onde, dia akan ke bazar, hanya singgah di gerai onde-onde sedap. RM 2 cukuplah untuk dia seorang. Nak buat rasanya tak berbaloi, kalau setakat 5-6 biji saja dimakannya. Sehingga hari ini, 2 kali kami berbuka di luar, sekali di Pizza Hut, dan sekali di JM Bariani.


Simple saja ... Gulai Kerutub ayam kampung, daging bakar, telur dadar untuk dua beradik tu

Budu+durian/tempoyak+sambal, sambal kicap (potongan cili+bawang kecik merah+perahan limau kesturi)


Dan, paling best, berbuka di rumah kakak saya. Apabila makan air tangan kakak saya, terus teringat masakan ma di kampung. Bulan puasa, tiap2 hari ma buat sira pisang! Sira pisang jah menjadi kegemaran kami sekeluarga bulan puasa. Sesekali beli kuih akok, kuih jala mas.

Sejak seminggu ini, saya minum Herbalife perisa vanila, goncang dgn air bliss perisa strawberi. (Simpan peti sejuk tempat ais). Waktu buka, minum dua-tiga teguk saja, risau kan tak termakan nasi. Lepas isyak saya sambung minum lagi ... lebih kurang satu gelas saja untuk satu malam tu. Alhamdulillah, sangat kenyang. Kalau nak fresh, blend buah strawberi. Sedap, sejuk je masuk tekak. Insya-Allah, tiada masalah kelaparan di siang hari.


Air manis ketika bersahur, koko kurma. Di samping air suam, dan buah kurma. (Buah kurma saya mesti makan ketika berbuka, sebelum tidur dan bersahur).

Semoga kita terus diberi kekuatan dan kesihatan untuk menjalani ibadah puasa. Insya-Allah.... (**Dua hari saya tinggal puasa iaitu pada minggu pertama Ramadan, tak tahan sangat2!)

Thursday, August 2, 2012

Saya ... 6 bulan

Lama sungguh tuan tanah tak interframe ... mahu abadikan wajah dan perut dengan usia kandungan 6 bulan, katanya ^__^




Posing2 dulu sebelum ke JM Bariani W.Maju, petang Isnin lepas ... siapa lagi kalau bukan Iman sebagai potograper. ;-))



Macam biasa lah, tak reti nak posing, gambar tegak je ye! Asalkan perut 6 bulan tu nampak. Aci gitu? ;-)



Wajah ceria sebab nak berbuka puasa di luar....=^__^=


Sekian, persembahan daripada ibu mengandung 6 bulan ^_^

Produk Pilihan Saya ^_^

Awal kehamilan (usia kandungan 2-3 bulan), saya mengalami kulit kering, gatal2. (Sangat tidak mempedulikan penjagaan diri). Tidak selesa dengan keadaan itu, saya survey produk yang sesuai.

Sehinggakan ada yang selamba cakap, "bakpo muko napok khasat(kusam), napok tua la!" Amboi, sedapnya mulut! Saya jawab, "memang tuo pun, umur 34 doh!" (Bukanlah marah, tapi terasa skit tau! ;-) Memang saya akui, awal2 hamil, saya tak pakai apa2 kat muka waima pelembap muka, just pakai bedak Johnson (kadang2 langsung tak pakai apa2, diri sendiri tak kisah, orang lain pula sibuk2 kisahkan aku ... ahhaha. Bukan dia yang menagndung pun! Ayat macam sentap je!? Biasalah orang mengandung, cepat sangat sensitifnya ^_^). Datang kerja pun, main capai je baju/tudung, sangat2 letih+malas! Pedulikan orang yang janguk2 (comel/lawa) tu. Yang penting, aku datang kerja, pakai baju dan tak susahkan orang lain ^_^ Tengok je nanti orang yang cakap/sibuk2 tu, tunggulah dia ngandung besok, tengok sejauh mana 'kemudaannya'!


Saya cuba pakai lipstik dsbnya tetapi bibir saya sgt alergi dengan lipstik. Sekarang saya hanya pakai Vaselin saja. Sangat berkesan. Tiada lagi rekahan/masalah kekeringan bibir yang melampau. Untuk wajah, saya pakai pelembap Safi Rania Gold dan bedak Mac, calit sedikit Vaselin di bibir. Cukup.


Mandian Sebamed amat baik dengan kulit saya. Tiada lagi masalah kegatalan pada kulit.

Pelembap badan, saya pilih Cosmoderm. Ketika di farmasi, saya tengok seorang ibu mengandung capai lotion Cosmoderm ni. Dalam hati saya, 'mungkin Cosmoderm ni bagus kot?' Tengah duk baca kebaikan Cosmoderm, datang promoternya ... pot pet pot pet ... akhirnya, saya pilih Cosmoderm. Alhamdulillah, sungguh selesa pakai lotion ni, tiada wangian bunga, tapi baunya seperti ubat angin, dan beberapa saat selepas pakai, kulit akan berasa 'berangin'/sejuk ;-)

Bio Oil
pula pilihan saya untuk disapu pada perut, alhamdulillah, setakat ni perut saya tidak mengalami rekahan.

Alhamdulillah, sehingga sekarang, kandungan berusia 25 minggu ni, saya tidak lagi mengalami masalah kulit kering/gatal. Dan, saya tidak pernah mengalami masalah kulit kehitaman terutama di bahagian lipatan2. Ada kawan2 saya yang hamil, katanya, tengkuk dan lipatan2 lain menjadi hitam. Biasalah, pelbagai masalah ketika hamil kan ... semoga semuanya baik2 saja selepas tempoh hamil ini. Insya-Allah....

Masing2 ada produk pilihan sendiri ketika hamil kan. Asalkan, ia selesa dan sesuai dengan kulit. ^_^ Dan, paling penting, atas keizinan Allah SWT, kalau Dia mahu kita baik, maka baiklah ia ... di samping usaha kita juga! :-))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...