Friday, August 17, 2012

Aidilfitri Menjelang Tiba

Syawal bakal menjelang tiba ... Salam Aidilfitri daripada saya sekeluarga-Dieyana, Hanapi, Iman dan Wafiy. Andai ada tersalah, terkasar bahasa, tutur bicara, tulisan yang mengguris hati, ampun dan maaf saya pinta. Semoga hari raya ini memberi seribu kebahagiaan kepada kita semua. Berhati-hati di jalan raya, pesanan sesama kita.

SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR BATIN....




Hari ni saya masih di pejabat. Insya-Allah, tiada aral melintang, malam esok (malam raya), kami akan berangkat pulang ke kampung halaman-Pasir Mas ... semoga dipermudahkan-Nya. Amin.

**(Alhamdulillah, rumah dah kemas, semalam gotong royong dgn suami, anak2 turut menyibuk..;-), sesawang, segala bagai, ngelap cermin, itu ini - selesai. Sambung malam ni pula, kemas dapur, lipat baju. Malam ni, malam esok, buka puasa di luar. Tak nak kecahkan dapur, hanya sediakan nasi+lauk ringkas untuk sahur esok. Lega, tinggal rumah seminggu, rumah mesti bersih, hati kena tenang, boleh raya dengan gembira....^_^)

4 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

SELAMAT HARI RAYA :)

Aida Salleh said...

Selamat hari raya untuk awak sekeluarga juga. Maaf zahir dan batin ya dik. berhati-hati di jalan raya.

Qhaifa Nur said...

selamat hari raya....
maaf zahir batin.....

♥MAMASYAZA♥ said...

akak pun dah settle kemas umah, mop lantai, vacuum segala, tukar langsir, duit raya utk anak sedara pun dah siap, tinggal nak lipat kain, tukar cadar katil, tukar alas kaki n karpet aje lagi...fuhhh panjang berjela tu.
anyway salam aidilfitri dari akak sekeluarga

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...