Tuesday, August 14, 2012

Pergi Sekolah Hijau ;-)

Kalau dah macam ni gayanya, (http://dieyana78.blogspot.com/2012/04/mama-cuti.html) tak boleh tunggu tahun depan. 18 Julai 2012 baru-baru ini, kami hantar Wafiy sekolah. (12 September ini Wafiy = 4 tahun)
Walaupun pada mulanya nak hantar ke Genius Aulad sama sekolah dengan abangnya (Iman), tapi kerana bermasalah, terpaksa kami batalkan hasrat itu, cari saja tadika yang berdekatan dengan rumah. Kata suami, "Iman ni pun, nak 'oak'=(tahan) sampai hujung tahun ni jah, tahun depan Iman darjah satu doh, tahun ni saya penat sangat2". Tiap2 hari suami terkejar2 hantar Iman ke sekolah." (2 tahun sebelum ini, transport ada, tapi 2012 ni, katanya, dah tak cover area tu :-(( Tapi kerana 'sayang', tak nak Iman berhenti GA, alang2 dah sekolah situ 3 tahun, suami saya 'oak' sampai hujung tahun ni. Untuk Wafiy, kena cari alternatif lain, cari tadika yang dekat dengan rumah+ada 'day care'.

Pasti Ibn Sina Taman Dato' Senu, alhamdulillah, dekat je dengan rumah kami. Yuran bulanan: RM 270=Yuran sekolah+day care+Iqra'. Iqra diajar sebelah petang, Sekiranya ada kanak-kanak lain yang tak sekolah situ, nak belajar Iqra', bayarannya RM 30 sebulan. Dan, untuk kanak-kanak Pasti Ibn Sina, yuran hanya Rm 10 sebulan.



Pada mulanya, risau juga kami, Wafiy tak nak sekolah barunya itu, sebab abangnya tak ada di situ. Berkali2 kami pesan, "Wafiy, abang tak sekolah situ tau, Wafiy sorang je sekolah situ, nanti Wafiy ada kawan baru, ada cikgu, tau!" Hari pertama, suami saya hantar-katanya, malu2 kucing! Sehinggakan cikgu/ustazah dukung bawa Wafiy masuk! ;-)) Petang, suami saya jemput, wah! sengih2 macam kerang busuk, berlari sana sini. Tak de malu dah!

Sekarang, setiap pagi, tugas saya hantar Wafiy. Masih macam tu, malu2, garu2 kepala tengok kawan-kawan yang memanggil, "Yea!! Wafiy dah sampai." Waktu petang, tugas suami saya untuk menjemputnya. Suami saya cakap, 'tak de malunya!' ^_^

Alhamdulillah, seronok Wafiy di situ, kat rumah dah nyanyi2..: "anak nabi kite ade 7 owang, 3 lelaki 4 perempang! "=(perempuan) ^___^

16 comments:

lady scooter said...

ha3... perempang?!

Ummu Madihah said...

kiutnya lagu Wafiy!!

Qhaifa Nur said...

comelnya dia.....
lagu 2 dah sinonim dgn anak2 kita.....pandai dia nyanyi...

Aida Salleh said...

pandainya wafiy posing. :-)

Iela Fazielah said...

kiut betul wafiy ni...elakar bc ayat dia nyanyi tu.. antar pasti kat tmn dato' senu?? kat sentul??? kat rmh mak ila tu... miss sentul sgt2... ari jumaat ni nak lepak sentul... thn ni ila braya rmh mertua...

- dieyana - said...

lady scooter-hahah, kira ok la tu, perempang, sebelum ni lg teruk: 'pompang'! hahahah

- dieyana - said...

ummu madihah=heheh,

- dieyana - said...

Qhaifa nur-ha, itulah lagu nasyid kanak2 kan..:-)

- dieyana - said...

aida-rajin/spoting kalu suruh posing..heheh..tapi gaya suka hati dia lah..;-)

- dieyana - said...

iela-ha, Pasti kat luar flat mak iela duduk tu la, kat rumah2 teres dato senu tu...mai sentul bleh la singgh umah dieyana..:-))

Mrs. Norrie said...

LAAA...DEKAT BEBEOR NGAN UMAH KITA NIH, TAPI BLM LAGI ANTA ANAK KAT SITU. INGT NAK HANTAR TAHUN DPN JER SEKALI NGAN ADIK DIA

Gieyana said...

Cute nyer aksi dier..bljr rajin2 yer si comel..:-)

Anonymous said...

Salam. Dieyana, nk minta tolong.. Ade tak contact no pengurusan pasti ibn sina. Sy baru pindah. Tgh cari sekolah utk anak. Tq.
-nurul

- dieyana - said...

nurul-nanti saya balik check tgk no pasti-nurul duduk mana? tapi sekarang pasti kat sentul dah tak terima student, dah penuh. nurul bg emel kat saya

Anonymous said...

Tq dieyana. Sy baru pindah. yuesejati83@yahoo.com
Tq.
-nurul

Anonymous said...

Tq dieyana. Ni emel sy yuesejati83@yahoo.com
-nurul

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...