Thursday, December 31, 2015

Star Wars di TGV Wangsa Walk Mall

Sehari sebelum tarikh ulang tahun kelahiran saya (23/12/2015)-mohon cuti, cuti untuk bersama-sama anak-anak. Dah janji dengan Iman dan Wafiy, kalau dah sihat (bersunat) kita g tengok wayang. Dan pastinya Star Wars pilihan mereka.
 
Cik kembar tak ikut, hantar taska, takut dia bosan lama2 dalam pawagam. Lain kali mama bawak cik kembar ya, cerita lain yang lebih pendek masa tayangannya!
 
 
Sebenarnya cerita-cerita fantasi, angkasa lepas ni langsung sy tk minat! Dari dulu saya memang tak suka cerita Star Wars dan cerita2 genre begitu. Rupa-rupanya suami saya pun sama, tak suka juga! Tapi demi Iman dan Wafiy yang teruja nak tengok Star Wars, tiap2 hari iklan kat tv, apa salahnya bawa diaorang dan kita pun try lah menonton sekali.

 
 
Paksa diri untuk terus menonton sehingga habis!
 
 
Paling saya tak sangka, kami laki bini berjaya menghabiskan menonton Star Wars dgn jayanya!
 
Dan, paling tak sangka, dari awal cerita sehingga akhir, Star Wars sangat menyeronokkan. Sehingga mulut saya tak berhenti2 bertanya Iman, Iman, kenapa begitu, kenapa begini, Luke tu apa, yang tua tu sapa? bla bla bla ... Sampai Iman cakap, "mama, boleh diam tak, tengok aje lah, suara mama je dengar kat dalam ni". Hahha!  Ha kau, kan dah kena sebiji! ^__^
 
Okey, mama bagi 4 bintang untuk Star Wars!! Komen saya, ia sangat menyeronokkan, tidak membosankan, sehingga Wafiy nak keluar ajak teman kencing pun rasa sayang nak tinggal kerusi, tak mahu ketinggalan, nanti tak faham cerita. Walaupun ada part2 yang menyukarkan untuk saya faham (mungkin sebab sebelum ni tak pernah tengok Star Wars) Para pelakon juga mantap! ;-))
 
 
 
BB-8
 

Wednesday, December 30, 2015

24 Disember: Selamat Hari Lahir!

Selamat hari lahir Dieyana! 24 Disember 2015 yang lepas! ;-))

Tak celebrate pun pada hari kejadian, sbb kite tak sihat hari tu. Apa-apa pun rasa happy bila orang yang kita syg awal-awal wish untuk kita, kawan2 juga. Tq semua!

Di hari lahir, diberi ujian yang sedikit sahaja, tapi melepeknya sepanjang hari. Allahuakbar. Terima kasih Ya Allah ... semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kami, amin....


Beri laluan untuk 'besday girl'  - 37 tahun sudah! ^__^

Tak de rasa sentap tak g celebrate, sbb sehari sebelum hari ulang tahun, saya, suami dan anak2 dh keluar seharian, tengok wayang, makan-makan ^__^ Cukuplah tu kan, hahha, sedapkan hati sendiri. Cukup-cukuplah nak sentap2, umur semakin memendek, sedar2 diri lah sikit! Hahhah, warning untuk diri sendiri ;-))

Lelaki-lelaki dalam hidup saya!


Apa-apa pun, Alhamdulillah, diberi kesihatan yang baik, keluarga yang aman harmoni, insya-Allah. Moga sentiasa di bawah lindungan-Nya, rezeki yang berkat, isteri yang solehah, ibu yang penyabar, kurangkan jadi hulk hahah! Anak yang baik, dan semua  yang baik-baik. Insya-Allah. Amin.


Nak romantik2 kononnya, sekali kepala tersenget lebih, hahah! ;-))


Tuesday, December 22, 2015

Iman dan Wafiy Selesai Berkhatan

Alhamdulillah, 15/12/15 yang lalu, Iman dan Wafiy telah selamat berkhatan/bersunat di Klinik Al-Ikhwan, Sentul (Doktor Omar Jantan)

Sebelum ni, bincang dgn suami, nak khatan ke tak diaorang berdua tahun ni. Lepas tu kami senyap sekejap, tup-tup dah nak masuk pertengahan Disember, akhirnya suami google klinik terdekat yang ada perkhidmatan berkhatan, jumpa al-Ikhwan. Sambil2 tu kami google kaedah berkhatan. Tanya kawan-kawan yang dah ada pengalaman bersunat. Dan, kami pilih kaedah laser (bahasa mudah). Sebenarnya, menurut sumber daripada blog seorang doktor, ia bukan laser....

Petikan daripada blog tersebut:

KAEDAH KONVENSIONAL

Kaedah konvensional juga ada banyak jenis. Tetapi untuk lebih mudah difahami, ia adalah membuang kulit di hujung kemaluan dengan memotongnya kemudian memberhentikan darah secara manual dan menjahit baki kulit.


Kaedah konvensional ini mengalami sedikit evolusi dengan kehadiran satu alat dipanggil cautery. Cautery ini adalah satu alat yang menggunakan elektrik atau bateri. Ia menghasilkan haba di hujungnya dan boleh digunakan untuk memotong lebihan kulit dan membakar salur darah. Ini menjadikan proses khatan kurang dari segi pendarahannya.
 
'Cautery'


Ada ibu bapa menyalah anggap dan memanggilnya sebagai "laser" walaupun ia bukanlah sejenis laser.
 
Ramai doktor menggunakan kaedah konvensional tetapi memotong kulit dan memberhentikan salur darah menggunakan cautery dan menjahit kulit menggunakan benang "catgut". Ini mempercepatkan proses berkhatan dari 45 minit kepada 20 minit sahaja untuk seorang pesakit.

Selanjutnya, boleh rujuk blog ini sebagai panduan kaedah-kaedah khatan yang akan dipilih nanti!

 
Alhamdulillah, mereka sangat eksaited nak sunat, hiihi. Budak2 lain punyalah takut, kecut perut, boleh pula diaorang berdua sengih2, "yeaaa" lagi, hahha!
 
 
Bismillah ... sebelum ke klinik, minum air zam zam. Dah solat sunat dhuha juga ^__^
 
 
 
Sebelum ke klinik, mandi bersih-bersih, rambut kasi minyak sikit, hahah! Kita snap dulu keceriaan mereka ;-))
 
Sebelum 'dipotong' mereka dibiuskan, masa proses 'potong' tak sakit la. Kemudian doktor bekalkan ubat antibiotik, tahan bengkak, dan tahan sakit.
 
Masa bius, ibu bapa tidak dibenarkan masuk, bila proses potong tu, baru saya dan suami dibenarkan masuk.
 
Macam biasa, Iman, mulut banyak, tengah doktor 'potong' dan jahit, tanya itu ini, "apa tu doktor, untuk apa tu doktor" Penat doktor nak jawab, hahah! Agaknya itu cara dia nak hilangkan rasa takut!
 

Sebelum 'dipotong' Wafiy mula kesejukan ;-))
 

 
Alhamdulillah selesai! ^__^
 

Tahun depan Iman darjah empat, dan Wafiy darjah dua! Terus khatan dua-dua sekali, nanti tak de la Wafiy keseorangan berkhatan.

 
Sepupunya (anak kakak saya) pun khatan juga di sini, nak 'berkawan-kawan', katanya.
 

Alhamdulillah, nampak dah kering, tapi diaorang masih dinasihati papanya, jangan nak berlari2 sangat! Makan pun masih pantang, sup, ikan bakar, milo panas, biskut tawar! Sampai naik muak! Bila tengok cik kembar makan aiskrim, muka kemaruk sangat ... "mama, nanti dah sihat, mama belikan aiskrim untuk Wafiy ya, mama, Iman nak makan itu, ini, dah sihat nanti kita tengok Star Wars ya, papa! Bla bla" ;-))



Di rumah. Bosan, katanya! Novel Remaja pun dibelasahnya ;-))
 
 
Uhuk, huk, tetiba rasa macam anak-anak dah mula nak membesar (baru 7 hari bersunat..hihiih)! Iman dan Wafiy jadi anak yang soleh tau, sob sob! Eh, eh apasal mu emo sangat ni Dieyana! ^__^  Anak dah sunat kan, rasa macam, 'alahai, anak-anak mama, cepat sangat masa berlalu, kalau boleh jangan cepat besar, nak kecik-kecik macam dulu! ;-))
 

Gaya Paling Comel 2015!

Selamat tengah hari semua!

Nak abadikan pic paling win tahun 2015!
 
Sayang sangat gambar ni! Anak-anak yang comel 'tersadai' di di sofa!
 
 
Gambar asal
 
 
Syukur alhamdulillah, anugerah daripada-Nya. Semoga anak-anak menjadi anak yang soleh, cemerlang dunia dan akhirat. Amin
 
Suami yang snap minggu lepas. Saya pun tak tau. Keesokan pagi dia tunjuk gambar ni kat saya. 
 
Kadang2 saya balik kelas zumba, pun macam ni, masing-masing terbongkang di ruang tamu, mcm2 gaya! ^__^ Termasuk papa dia sekali terbongkang, hahah! Alhamdulillah ... mama tak de depan mata, ank2 pandai bawa diri ;-))
 
 
Gambar yang dihitamputihkan-yang ni saya letak kat ig-nurdianamohdnor. Boleh la kalau nak follow ... hiihih, bajet orang tak tersohor ^__^
 
 
Setiap kali tgk muka ank-anak masa tidur, rasa sayu je hati mama!  Sob sob sob!
 
Teringat kisah 5 beranak yang hanyut di bawa air deras - kejadian di air terjun hulu Terengganu, 3/4 hari yang lepas. Meninggalkan seorang ank sembilan tahun, yatim bersendirian. Semoga anak ini menjadi anak yang soleh,  yakin kamu tidak sendirian, nak. Allah sentiasa bersama2 kamu. Allahuakbar, sebak sangat hati saya! Al-fatihah....
 
 

Wednesday, December 2, 2015

Madre Collection dan Mi Tarik Warisan Asli di Bangi Sentral

**Eh terpanjang pula tajuk entri. Macam tu lah kalau dah entri dua dalam satu ;-))
 
Ahad baru-baru ini ke Madre Collection, nak tengok kasut/sandal, tak mahu beli online, nak cuba sendiri kat kaki, baru puas hati.  Tengok kat FB, sandalnya nampak kemas dan simple - macam menarik! Kebetulan kasut kerja teruk sangat dah ni. Sebelum tu dah ke Sogo dengan member, dalam beratus2 jenis kasut, tak de yang yang  berkenan. Ada satu macam berkenan juga (yang penting sesuai kat kaki n selesa dipakai), tak de saiz pula. Itu lah masalah besar bila saya memilih kasut/sandal, terutama yang nak dipakai untuk bekerja. Okey, bai bai Sogo!
 
Madre Collection yang saya pergi ni kat Bangi Sentral. Jenuh kami cari kedai, guna waze pun tak menjadi! Hahah! Maklum, pertama kali ke Bangi Sentral. Kebetulan Madre buat sale, sambil2 pusing Bangi Sentral, apa salahnya kan! Suami pun setuju je, bila diajak tengok kasut, berbunga2 hati mak bila suami okey. Ha, macam ni la, sporting! Tak shopping tk pe, yang penting ambik angin luar. Ek eleh angin luar la sangat kan! ^__^

 
Berkenan warna  ni, tapi tak de stok!
 
 
Masa pergi tu org tak ramai, last day sale. Erm ... banyak yang tk sesuai kat kaki, ada satu berkenan, tapi size dah habis, hai hai bai bai je lah!
 
 




 
Warna hitam je ada, tapi tak de size pula!
 
 
 
 
Cantik, tapi tak sesuai kat kaki saya! :-((
 
 
Dan, saya agak kecewa juga sebab kebanyakan yang saya try, kurang/tidak selesa. Atau, sebab kaki saya kecik, tak sesuai kot? Ermmm, tak mau komen panjang2. Uols yang berminat, boleh pergi sendiri, tengok dan cuba sendiri, barulah puas hati, mana tau okey kat kaki uols. Lain orang, lain cita rasa! Peace yo smile! ;-)) 
 
 
FB: Madre Collection

Tak suka bila time nak shopping kasut/sandal ni. Pening tau!
Sebelum balik jom makan dulu, perut dah lapar sangat ni, kasut tk dapat, lapar yang dapat ^__^
Paling dekat dengan Madre tu, ada mi tarik, ha bolehlah ni....



Mama punya! Sedap sayurnya, manis dan rangup!


 
Abang Iman kena paksa bergambar! Ha, dah, jangan nak jegil-jegil mata yang dah memang besar tu! Hahhah!
 


Papa punya, kambing daaa!
 


Untuk Wafiy dan cik kembar, kongsi bertiga, banyak nasiknya!
 

Hui, macam2 butik kat Bangi Sentral tu kan, berpinar2 biji mata. Itu pun tengok dari dalam kereta tu, mata terkebil2, lepas tu migrain hahha!

Nasib baik tengok dari dalam kereta je, kiranya keadaan masih terkawal. Dari jauh tengok nama2 butik kat situ, kebanyakannya butik2 online yang tersohor juga!
 


Okey, last daripada kami, Abang Iman dah satu kepala dengan papa nya, tak mau bergambar. Nasib la yang tiga ni masih menyokong mama ^__^ 

Alhamdulillah, tak de rezeki kasut, ada rezeki mi tarik ;-)) Alhamdulillah....

 



Thursday, November 26, 2015

Nasi Kak Wok dan RSMY Cheese Nan

Cerita minggu-minggu yang lalu:

"Lama kita tak makan restoran, mama!" kata Wafiy, ank kedua saya! ;-))

Lutut suami belum pulih sepenuhnya. Masih menjalani fisioterapi, sekali seminggu. Alhamdulillah perkembangan positif, cuma bila naik tangga tu, terasa sakit, katanya. Dari segi luaran, nampak dah sihat, tapi dalaman kita tak tau, kan. Untuk sementara ni, tak payah lah nak lasak2 sangat!

Bila saya cakap teringin nak mkn Nasi Kak Wok, terus suami cakap, jom! ^__^ Orang sakit nak keluar berjalan. Okey, jom, kita tapau, tak jauh pun dari Sentul ke Setapak tu.

Dari anak hingga ke mak pak, masing-masing tak keruan bila dah berbulan tak keluar makan kat luar. Terutama yang mak tu la, dah senarai panjang nak makan apa, kat mana, belum campur dengan permintaan anak (Wafiy terutamanya), dominos, burgerbyte..bla bla ... entah dapat ke tidak, tak tau la, kita pergi satu-satu ya! ;-))



Nasi Berlauk Kak Wok dan Pulut Pagi, pulut pagi-feveret!
 
 
Dah dapat Nasik Kak Wok, keesokan harinya jom, 'cis nan'! Eh, sudah lebih ni, haha! Teruja sungguh suami, bosan lama terperap dlm rumah. Nasib baik parking betul2 depan kedai ... terhincut2 kakinya masuk kedai, cheese nan punya pasal, hincut pun, hincut la ;-)) Dan, pastinya, RSMY Cheese Nan menjadi pilihan kami. Terbaik! Kami g cawangannya di Danau Kota.
 
 

Cheese Nan Best in Town, katanya. Order Keema daging, juga terbaik!
 
 
**Rasa tak puas makan cheese nan hari tu, bila la boleh ulang lagi ni.... ^__^
 
 

Tuesday, November 24, 2015

Cuti Sekolah yang Panjang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!
 
Kalau tengokkan keadaan 'rumah' hamba ini, rasa nak pencen berblog pun ada, tapi kerana sayang, hamba biarkan ia, bersawang pun, bersawang lah! ;-))
 
Hari ini saya kembali dengan entri yang suam-suam kuku saja, hihihi, yang penting dapat meluangkan sedikit masa, sapu sawang sikit2, aci kan!
 
Cuti sekolah kembali lagi! Untuk anak-anak, cikgu-cikgu, selamat bercuti! Amboi, seronoknya ya, uols pergi mana  bawak anak2 bercuti? Pasti masing-masing punyai agenda tersendiri, tak kisahlah dekat atau jauh, yang penting, anak-anak hepi!
 
Kami? Cuti sekolah panjang kali ini, tak ke mana-mana. Memandangkan kesihatan suami belum pulih sepenuhnya (operate lutut) bercuti aje lah kat rumah. Dan saya, bekerja seperti biasa. Alhamdulillah Iman dan Wafiy memahami, dan kerja mereka, tengok tv, tv dan tv! Okey la tu, peneman papa di rumah. Sekarang dah boleh kawan dengan papa cerita-cerita pasal bola! Mama, tak de kerja lain, Sabtu-Ahad, basuh, jemur, lipat kain, menyapu..bla bla...hahah! Bosan ai tau! Nak borak pasal bola, bai bai aje lah, mama bebel dgn cik kembar ihihi!

 
Jumpa gambar lama, cik kembar kepala botak! ;-))
 

Sesekali Iman dan Wafiy baca komik kesukaan. Insya-Allah, dah janji dengan anak2 nak tambah koleksi bahan bacaan mereka, tak kisahlah, asalkan bahan bacaan yang positif, komik pun okey kan! Anak-anak seronok, kita mak-pak pun seronok, kan!

 
Lagi gambar lama: Masa ni Wafiy rambut ketak ;-))
 

Suami, Alhamdulillah, dah boleh jalan tanpa tongkat, dah boleh drive dekat2, tapi tak boleh lasak sangat. Kami tak de la terkilan sangat tak dapat balik kg. Ermmm ... dengar2nya ada dia sebut nak bawa cik kembar kenal binatang. Hahah, apa lagi, Zoo Negara la! Tengok lah macam mana, kalau rasa larat, kita g lah ya! Yang sakit lutut bersemangat nak jalan, maklum la, terperap lama kat rumah, hampir dua bulan kot. Yang tak sakit lutut ni ha, malas pula nak jalan2 zoo tu! Hahhah, kita tengok wayang lah, aci?! Rindu nak makan kat luar dgn suami n anak2. Bak kata Wafiy, "Mama, lama kita tak makan restoran!" ^__^ Last2 terperap juga kat rumah, kita tunggu dan lihat aje lah! ;-))

Selamat bercuti ya!
 

Thursday, October 29, 2015

Zumba: Fitsisters Group di Metabolixtreme & Fitness Studio

Assalam....

Hai!

Jom ke Metabolixtreme Gym n Fitness di Sunway Batu Caves - 2 November 2015, 9.30 malam.

Sama-sama memeriahkan pembukaan Fitsisters Group-kelas zumba n piloxing.

Sempena pembukaan tersebut, kelas pada hari tersebut adalah free! Yes, free!

Keterangan lanjut pada gambar di bawah, let's fun!


**Klik imej untuk gambar yang lebih jelas ;-))

 
Get your trial card at RM 30 to experience the classes from 3 instructors! 

Tak sabar! :-))


Friday, October 16, 2015

Jumpa Doktor Gigi - U Smile I Smile :-))


Sebelum suami operate lutut, saya dan suami bawa anak kedua kami-Adam Wafiy ke klinik gigi. Sebelum tu dah buat appointment awal. Klinik Usmile Ismail di Soho Suites, KLCC. Sebelum ni, kliniknya di Bangunan Daya Bumi. Di Soho KLCC, tempatnya lebih selesa, cantik, mesra pengguna, terutama anak-anak.
 



Doktor Fajriah Ramadan sangat mesra kanak-kanak. Bukan saja mesra kanak-kanak, malah orang dewasa juga. Saya-memang takut jumpa doktor gigi, tapi dgn layanan Dr. ni buat saya hilang rasa berdebar. Suasana dalam kliniknya juga menjadi faktor kita berasa selesa. Wafiy siap cakap, "mama nanti kita datang lagi jumpa doktor" ^__^ 

 
I got my smile! ;-))
 
Tempat parking di Soho Suites agak sempit, hati-hati! Tak pasal2 dapat calar, bukan saja kereta yang calar, jiwa turut calar ;-))
 
Alang-alang bawa Wafiy cabut gigi, mama dan papanya boleh cuci gigi. ;-))
 
Sebab bawa Wafiy jumpa doctor gigi - giginya dah mula tumbuh - berlapis. Kalau tak cabut, nanti gigi berlapis, tak cantik. Alhamdulillah tak sakit, kata Wafiy, "sakit sikit macam kena gigit semut aje." Sakit masa cucuk ubat bius kat gusi. Lepas tu rasa macam bibir tebal, pernah rasa kan! ;-))
 
Pertama kali jumpa doktor gigi. Serius, berdebar agaknya tu ;-))

 
"Budak hensem lagi berani," kata Dr.Fajriah ;-))
 
Berikut alamat Klinik Gigi Usmile Ismail:

Klinik Pergigian Usmile Ismail,
B1-3A-8, SOHO Suites @ KLCC,
No.20, Jalan Perak,
50250 Kuala Lumpur.

03-2181 6779


Thursday, October 15, 2015

Zumba-Pengalaman Jadi Shadow!

Al-kisah Hari Sukan Negara (HSN) beberapa hari yang lepas, petang ke Dataran Merdeka - jadi 'shadow' zumba katanya  ^__^
 
Sepatutnya, pagi tu saya dan rakan-rakan opis ke Putrajaya-join senamrobik/zumba kat situ. Dah register, teruja nak pergi, sebab dapat baju free, kihkih. Tup-tup, terfikir, siapa nak tengok2 kan kembar, pagi2 dah keluar rumah. Aduhai, kesian pula anak-anak.
 
Malam HSN, pergi kelas Zumba di F3 studio, owner (Fida) mintak saya jadi shadow untuk Zin Rozz. Katanya sekejap je, slot zumba 30 minit di Dataran Merdeka. Ermm, bila dah orang percayakan kita, serba salah pula nak tolak, ditambah rasa teruja nak jadi shadow, terima jugak la. Sekejap je, kan. Nasib la anak-anak-Iman n Wafiy boleh harap jaga kembar. Lepas siapkan lunch, naik lrt, gigih menapak dari stesen lrt sogo ke Dataran! ;-))
 
 
Saya dan Fida-Owner F3 Studio


Berdebar juga, tak de latihan apa, tiba2 je kena perform depan orang ramai. Nasib baik cikgu (Zin Rozz) ambik step yang dah kami biasa buat kat kelas. Pukul 3.30 petang giliran group kami F3 Studio. Adess, berdebar, tapi bila dh perform, seronok tak hingat! Tengok ramai yang join atas padang, lagi la bersemangat weih!

 
Tak sampai 30 minit, dengan panas membahang, pentas bersimen, mata dah mula gelap,  minum air, rasa macam nk muntah, nak pitam kau! Kaki dah tak terangkat, dunia semakin gelap, hahah! Nasib lagu last dh masa tu. Ha, nak sangat feeling2 instructor zumba kan, nah ambik! Nasib tak pengsan atas tu. ^__^

 
 
Kat situ ada KL Food Truck Feast juga, singgah posing ;-))
 
 
Bukan saya je tau nak pitam, geng2 shadow yang lain pun, cakap mcm nak pitam/nk muntah. Mungkin sbb cuaca panas sgt, cikgu kami yang energetic giler tu pun ckp tk tahan.
 
Walau apa pun, seronok, pengalaman pertama jadi shadow. Lepas ni kalau diminta jadi shadow lagi, pilih tempat2 yang teduh sikit. ^__^


**Gambar group tak de, masing-masing dah kepenatan

** Baru tahu, rupa-rupanya Hari Sukan Negara adalah julung-julung kali diadakan pada tahun ini. Patut lah sebelum ni tak de dgr pun HSN ni ;-))
 

Monday, October 12, 2015

Hari Lahir yang Ke-3 : Kembar Ghazi & Ghufran

11 Oktober 2015
Happy 3rd Birthday Cik Kembar!
Muhammad Umar Ghazi bin Hanapi & Muhammad Umar Ghufran bin Hanapi

Panjang umur, murah rezeki, sihat selalu ... berjaya di dunia dan akhirat. Amin.









Ghazi-Pejuang (Abang mesti berjuang untuk adik)
 
Ghufran-Keampunan, Pengampunan (Adik pula cepat mengalah-beri keampunan untuk abang yang suka sangat 'buli' adik hihihi)
 
 
Kalau dua-dua merengek,  mood Cik Su nk melayan (adik bongsu saya) pun ke laut ;-))

 
Mama pun nak nyelit jugak! ^__^


Sekejap masa berlalu, dah 3 tahun, cik kembar dah mula macam-macam. Bila mama tak terlayan, letih yang amat, mama masuk bilik, sembunyi! Ini aje cara saya merehatkan diri, dan elak jadi tarzan ^__^

Ghazi, bila tengok mama tak de, mula la, "mama ooo mama!" ;-)) Mama tak de, elok pula diaorang main-main dengan papa n abang2nya kat ruang tamu.

Bila dh pandai macam2 ni, banyak pakatan diaorang, fuh, lap peluh hokey! Dah namanya kembar, semua nak buat sama-sama. Gaduh sama, baik pun sama, orang lain tak boleh masuk campur, dunia hanya mereka berdua. Ghufran banyak idea, Ghazi ikut, bila berdua, pakatan menjadi, rumah tunggang langgang! Bagi mereka, berdua itu lebih baik. Hahaha, mama lap peluh lagi! Akhirnya, kami biar aje, biar mereka explore puas2. Ini kenangan terindah, mama bawak-bawak la bersabar, kata papanya, ades-des ;-))  


Sekarang ni perangai suka tukar-tukar baju. Satu hari, berkali2 tukar baju. Grrrrr, mama mula jadi tarzan, erkkk! ^__^  Baju Abang Iman n Wafiy pun dirembatnya. "Okey, ambik je lah nak, nak pakai baju mama/papa pun boleh." Ha, nampak tak, mama dah mula surrender, ^__^
 



Tak sanggup kami pisahkan mereka berdua. Hanya Allah Taala Maha Berkuasa.


Alhamdulillah, Syukur Ya Allah atas pemberian-Mu ini. Jadi anak soleh ya!


Perkongsian Mama Kembar:

Nasihat daripada saya, kalau yang bakal melahirkan anak kembar-mama kena banyak idea/cari idea/hati kental/kering untuk elak jadi 'tarzan' ^__^ Contoh: Mama cari tempat persembunyian apabila dah penat sgt. Papa dan adik beradik yang lain kena ambik peranan bila mama bersembunyi, 30 minit dah cukup!
 
Tips yang ni tk boleh digunapakai selalu dah skrg ni, sebab diaorang pandai, tau mama sembunyi kat bilik. Bertalu-talu ketuk pintu bilik, "mama, oooo mama, mamaaa!!" Tapi mama tak putus asa, mama diam. Dengar dari luar bilik-Abang Iman: "Mama tak de dik, mama g kedai" hahhaa! Abang-abangnya tolong cover mama, good job Iman! Kalau mama tak buat macam tu, memang pitam la nk melayan kerenah kedua-duanya. cuba Tanya ibu kembar yang lain, mesti mereka ada cara/tips tersendiri dalam menangani anak-anak kembar. Pi  tanya kalau tak caya, heheheh....
 
 
HAPPY BIRTHDAY GHAZI & GHUFRAN!
 
Kami sayang kamu-kamu!

 

Friday, October 9, 2015

Hari Sukan Negara 2015

10/10/2015
 
Di sana sini, macam2 program diadakan, bestnya kalau dpt join. Tapi tak de orang nak uruskan suami n anak-anak kat rumah. Iman n Wafiy, dah boleh urus diri, nak tolong-tolong bubuh nasik kat papa, insya-Allah boleh. Bagaimana dengan cik kembar? So, kita bersukan kat rumah je lah ;-))
 
Yang tak de ke mana-mana, jenguk-jenguklah event yang terdekat rumah.... Wehuuuu!
 



Eh sebelum-sebelum ni, tak tau pun pasal Hari Sukan Negara ni? Okey, ai bukan orang sukan, langsung tak ambik tau. Umur dah lebih sikit ni (sikit je tau! hehheeh) baru nak start work out ^__^

 

Thursday, October 8, 2015

Apa Itu Pembedahan ACL?

11/9/2015-Jumaat, di Hospital Kuala Lumpur. Pembedahan berlangsung selama 5 jam. (Masa pembedahan adalah mengikut kecederaan masing-masing. Suami saya, meniscusnya terkoyak agak banyak, (kecederaan sekunder). Doktor hampir surrender melakukannya. Tapi alhamdulillah, berjaya dilakukan).
 
Alhamdulillah juga, syukur kepada-Nya, hari baik, Jumaat, segalanya dipermudahkan. Subhanallah....
 
Alhamdulillah, semuanya dah selamat, cuma perit menjalani kehidupan selepas pembedahan, apa pun tak boleh. Lepas operate, di hospital, aktiviti semuanya di katil. Alhamdulillah sentiasa dipermudahkan-Nya. Nasihat doktor, suami saya tidak dibenarkan berpijak kaki dengan kuat/tidak terlalu memberat. Sokongan keluarga adalah perlu kepada pesakit selepas pembedahan, supaya mereka akan bersemangat untuk pulih kembali.
 
Insya-Allah, sebagai isteri, saya telah melakukan yang terbaik untuk suami saya, ecehcehcehhh ... isteri mithali gituu. Ahaks!
 
 

Jom kita kenali asecara ringkas apa itu ACL. Maklumat lebih lanjut boleh google, kepada mereka yang berhajat melakukan pembedahan ini, sila rujuk dotor yang pakar ya. HKL, insya-Allah terbaik, kerana di sini ramai pakar.
 
APA ITU ACL?
 
Lutut merupakan sendi penghubung di antara tulang paha (femur) dan tulang betis (tibia). Ligamen adalah struktur pada lutut yang memegang tulang femur dan tibia dan menolong mengawal pergerakan sendi.
Terdapat dua ligamen yang berada di tengah lutut iaitu anterior cruciate ligament (ACL) dan posterior cruciate ligament (PCL).
ACL adalah salah satu ligamen terpenting pada lutut. Ia berfungsi untuk mengawal sejauh mana tulang tibia bergerak ke hadapan, relatif kepada tulang femur.
Jadi, ACL adalah penting bagi mengelak pergerakan yang terlalu ke hadapan yang boleh menyebabkan kecederaan pada struktur lain dalam lutut.
Lazimnya, kecederaan ACL berpunca dari pergerakan memusingkan badan secara tiba-tiba dan perlanggaran fizikal.
Ia selalunya berlaku pada sukan-sukan seperti bola sepak, futsal, badminton, sepak takraw, ragbi, bola keranjang dan bola jaring.
Selain aktiviti bersukan, kecederaan di tempat kerja dan kemalangan jalan raya juga boleh mengakibatkan kecederaan ACL.
Siapakah yang memerlukan pembedahan ACL?
Ini merupakan soalan yang sukar dijawab dan jawapannya hanya boleh didapati selepas anda berbincang dengan doktor pakar ortopedik anda.
Biasanya, keputusan untuk menggantikan ACL dibuat berdasarkan kepada beberapa faktor berikut:
* Umur dan tahap aktiviti fizikalnya
* Kecederaan lain pada lutut yang sama dan bersangkutan dengan ACL seperti meniskus terkoyak atau rawan yang tercedera.
* Tindak balas pemulihan pesakit
* Tahap ketidakstabilan dan simptom yang dialami pesakit seperti kesakitan, lutut kerap membengkak.
Oleh itu, keputusan perlu dibuat bersama oleh pesakit dan pakar ortopedik secara individu berdasarkan kepada keperluan pesakit dan cara hidup beliau.
ACL yang koyak tidak boleh sembuh dengan sendiri atau dijahit semula. Ia perlu digantikan dengan tisu lain pesakit yang boleh mengambil alih fungsi ACL yang asal.
Tujuan pembedahan di atas adalah supaya tisu yang menggantikan ACL tumbuh pada kedudukan yang sama dengan ACL yang lama dan dengan itu dapat berfungsi sebagaimana biasa.
Matlamat selepas pembedahan, pesakit akan mendapat lutut yang kuat dan stabil serta berupaya membengkokkan lutut secara penuh.
Kebanyakan atlet profesional telah menjalani pembedahan tersebut dan berjaya kembali aktif meneruskan aktiviti sukan masing-masing seperti biasa.
 
MINGGU PERTAMA SELEPAS PEMBEDAHAN
Program rehabilitasi (pemulihan kpd keadaan yg dahulu) bertujuan mengurangkan kesakitan dan bengkak lutut selepas pembedahan disebabkan oleh pendarahan. Pesakit akan dilatih untuk meluruskan lutut dengan senaman yang sesuai.
Senaman seperti mengangkat kaki secara lurus dan kuadriseps statik adalah penting dimulakan awal supaya lutut tidak akan mengeras dalam keadaan bengkok.
Senaman tersebut juga membantu merangsangkan kuadriseps untuk menjadi kuat dan mengembalikan saiz dan kekuatan asal otot tersebut.
Dalam fasa ini juga pesakit akan dilatih untuk membengkokkan lutut secara berperingkat-peringkat menggunakan senaman yang sesuai dan peralatan seperti pergerakan pasif berterusan (continuos passive motion/CPM).
Pelbagai kaedah senaman dan peralatan akan diajar dan digunakan oleh ahli fisioterapi bagi mencapai matlamat di atas.
Kedua-dua fasa di atas adalah penting untuk mengelakkan otot paha daripada mengecut dan mendapatkan kembali pergerakan lutut untuk membengkok.
Pesakit perlu memberikan kerjasama yang baik dan mempunyai keazaman yang kuat untuk kembali aktif.
Sesi fisioterapi adalah penting supaya sebarang masalah dapat dikenal pasti oleh doktor dengan awal dan fisioterapi boleh menggunakan kaedah peralatan dan senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut.
Pesakit akan dibimbing oleh fisioterapi supaya melakukan senaman dengan teknik yang betul dan sesuai.
Selepas rawatan fisioterapi di hospital, pesakit juga perlu melakukan senaman di rumah mengikut kaedah dan bilangan ulangan senaman yang diajar.
Jika teknik yang betul dan bilangan yang diarahkan dibuat oleh pesakit, peralatan seperti perangsang otot-otot elektronik tidak diperlukan untuk menguatkan otot.
Pesakit perlu berbincang dengan doktor jika masih sukar untuk membengkokkan atau meluruskan lutut walaupun telah menjalani program rehabilitasi yang lengkap.
 
TEMPOH/MASA

Purata hari berada di hospital adalah dalam lingkungan tiga hingga lima hari. Dua minggu dalam tempoh pemulihan (selepas pembedahan), jahitan akan dibuka dan pada masa yang sama pesakit perlu menggunakan tongkat untuk berjalan.
Penggunaan tongkat selepas pembedahan rekonstruksi ACL bergantung kepada ketahanan pesakit kepada kesakitan.
 
Selalunya penggunaan tongkat dalam dua hingga empat minggu, proses fisioterapi boleh dijalankan secara rawatan pesakit luar.
Pesakit boleh mula berjoging selepas tiga bulan dan aktif semula bersukan selepas enam bulan. Proses di atas boleh diguna pakai sekiranya tiada komplikasi-komplikasi lain dalam proses rawatan ACL, termasuklah jika tiada kecederaan sekunder.
Ujian imbasan sinar-X dan imbasan MRI adalah disarankan untuk memastikan kecederaan ACL tersebut di samping MRI juga boleh mengesan kecederaan sekunder yang mungkin ada pada lutut terbabit.
 
KOS
 
Kos pembedahan adalah agak tinggi di hospital swasta atas sebab-sebab tertentu iaitu kos implan yang digunakan agak mahal (bahan import), di samping ubat-ubatan dan fisioterapi yang tidak disubsidikan boleh mencecah belasan ribu ringgit.
Kos di hospital kerajaan adalah lebih murah tetapi berkemungkinan terdapat kos-kos tertentu yang perlu dibayar oleh pesakit seperti kos implan dan sebagainya.
Dapatkan penjelasan dari pakar di hospital kerajaan untuk penjelasan lanjut tentang kos-kos berkenaan.

Ditulis oleh:
Datuk Prof Mustaffa Embong
Pakar Perunding Bedah Ortopedik,
Hospital Pakar Shah Alam

Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/
 
Ingatan untuk diri, sesama kita juga:
Sentiasa berfikiran positif, insya-Allah hasilnya juga positif, sentiasa bersangka baik, insya-Allah sentiasa dipermudahkan-Nya. Yakin, perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan. Sebagai hamba-Nya, sentiasalah bersyukur. Semoga kita semua di bawah rahmat Ilahi.
Walau apa yang terjadi pada diri/famili kita, sentiasa ingat Allah. Dirikanlah solat walau dalam apa jua keadaan, Islam itu mudah, indah.  
 
Moga cepat sembuh En. Hanapi ... ai dan anak-anak dah bergetar2 nak g jalan-jalan ni. Insya-Allah....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...