Salam semua....
Ni nak cerita skit pasal anak buah aku, Muhammad Danish bin Roslan a.k.a Along. Along ni anak sulung kakak sulung aku, anak buah aku yang sulung, dan cucu sulung ma n ba. Pada 26 November lepas, Along menyambut besdaynya yang ke-9,
Happy Besday, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.
Yang uniknya - Along ni, seumur hidupnya selama 9 tahun ni, sebutir nasi tidak pernah masuk ke dalam mulutnya, kecuali semasa dia berumur 6/7 bulan makan bubur nasi. Dan, menu Along setiap hari kebanyakan adalah berasaskan gandum, jeput telur (cekodok), roti canai, roti, itu la makanannya setiap hari. Dan lagi, kalau kami nak makan nasi, dia akan cepat2 menjauhkan diri, agar bau nasi itu tidak meresap ke dalam hidungnya. Sekiranya terpijak sebutir nasi pun menyebabkan dia menggelepur. Kadang kala kami terfikir apa le yang bermain2 dalam fikirannya itu. Pelbagai cara kami memujuknya agar dia makan nasi, ternyata, usaha kami sia2, dan, Along juga cuba untuk menelan nasi tapi, akhirnya muntah, ermmm... Walaupun tidak pernah makan nasi, tapi alhamdulillah, dikurniakan kesihatan yang baik. Kami sentiasa menunggu saat dan ketika bilakah dia akan menjamah nasi walaupun sebutir... Dan, kami sekeluarga akan buat kenduri kesyukuran sekiranya saat itu tiba (sampai begitu sekali janji kami):-))
2 comments:
tahannya perut along ni tak makan nasik. kalu saya sehari tak makan nasik dh mengigil dh badan nie...eheheheheh...perut melayu katakan!
ntah le da...kira kategori pelik gak along nih, tapi selang 2 jam dia akan mkn, mintak roti, jeput la...:-))g sekolah pun bawak bekal dia tu la...tak penah p kantin, kalu ada kenduri, jauh je duduk, tk nk dekat ngan nasi
Post a Comment