Thursday, June 28, 2012

Jiwa Kacau: Rindu

Saya sangat rindu akan dua beranak ini! Sekarang, mereka di kampung atas sebab2 tertentu. Dan, jiwa saya sangat letih. Fizikal, memang la letih sokmo, tapi saya buat tak tahu, lagi saya layan badan yang letih ni, lagi la saya letih. Sungguh, saya rindu si kecik comel dan papa dia ... ^_^ (Bila dengar suara si kecik dalam telefon, " Mama, Wafiy nak balik rumah mama!" lepas tu dengar suara dia nangis2 pulok. Ini kali pertama saya berjauhan lama dgn si kecik ni :-( Dengan papa dia, pernah berjauhan setahun-2005-2006 atas faktor suami belajar, Iman pun saya pernah tinggalkan dia di kampung 3 bulan dengan ma-selepas pantang bersalin.



Tapi alhamdulillah, saya ada seorang lagi penawar hati saya-Awang Hitam Manis 'mulut banyak' . Mujur la ada dia jadi peneman sunyi saya ... dan mak saudara (tak de gambar), sebagai peneman kami.



Semoga suami saya cepat sembuh, dan kehidupan kita kembali seperti biasa. Sesungguhnya, Allah telah beri kemenangan kepada saya, (http://dieyana78.blogspot.com/2012/06/tahniah-dan-alhamdulillah.html) tetapi Dia tidak mahu saya hanyut dengan kemenangan itu, lalu diturunkan ujian kepada kami untuk menyeimbangkan kehidupan kami.... Semoga Allah sentiasa dekat dengan kami. Amin. Dan, semoga saya terus kuat, bersemangat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Semoga saya diberi kesihatan yang baik, kalau tak sihat, macam mana saya nak uruskan itu-ini. Alhamdulillah juga saya dah boleh drive kereta, (http://dieyana78.blogspot.com/2012/02/mesti-fokus-penat.html) kalau tidak, fuh.... memang susah juga saya nak ke sana ke mari, tanpa suami di sisi... Tapi maaf, saya belum bersedia nak bercerita hal sebenarnya :-)


(** Tunggu mood dah reda, nanti boleh main tulis-tulis di sini, "Rabbi yasir wala tu assir". Insya-Allah, semoga mood saya cepat2 bersinar dan boleh jenguk rumah kawan2 :-))

Monday, June 18, 2012

Peraturan Baru!

Sejak akhir-akhir ni, saya dan suami tetapkan peraturan baru di rumah, pukul 7- 8 malam, tutup Tv! Mandi, solat, ngadap buku! Biasanya pukul 7 tu, anak-anak tengok channel 611, 'Detective Conan', 'One Piece' la, mak pak tumpang tgk juga. Lepas tu 7.30, pak pula tengok channel sukan - 'Nadi Arena' ke apa nama rancangan sukan tu. Sekarang, tidak lagi! Mak pak kena korban demi anak-anak. Dan, seperti biasa, Iman bertanya, "kenapa mama, kena tutup TV waktu maghrib? " Mak dan pak kena la menjawab dengan panjang lebar, agar anak2 faham. ^_^


Alhamdulillah, anak-anak boleh terima peraturan baru ni. Kalau sempat, kami makan malam awal-awal, sebelum pukul 7, kalau tak sempat (terutama waktu bekerja), lepas solat maghrib, baru saya akan sediakan makan malam ringkas (je pun), dan suami akan main peranan-mengajar anak-anak-Iqra' / English Reading (Adam and Dina) / Bacalah Anakku. Kadang2 kalau dah lebih pukul 8, kami makan ringan2 saja, tengok keadaan, lapar/tidak ^_^ Sesekali anak2 request nak mi goreng. Paling tidak, kami makan roti+bancuh air. Sesekali, boleh makan luar-kalau teringin itu-ini (siapa lagi yang teringin tu, kalau tidak saya! ;-))

** Seharian di tempat kerja, waktu ni lah boleh berjemaah dengan isteri n anak2. Rasa harmoni/aman je kalau dapat ikut peraturan ni betul2. Peraturan ini digunakan sekiranya waktu tersebut tidak ke mana-mana atau berada di rumah. Harap2 peraturan ini dapat bertahan lama, demi kesejahteraan diri dan keluarga ... Amin.

Thursday, June 14, 2012

Banyak Nak Cerita, tapi....

Bukan mahu biarkan rumah bersawang, bukan tidak ada cerita yang mahu dikongsi/diceritakan di sini (banyak cerita ni weih ^_^), tetapi kekangan masa tidak membenarkan saya berlama2 di sini.


Saya tinggalkan info ini untuk dikongsikan dengan teman-teman ;-)

(Ada sesiapa yang pergi program ni? Si cantik manis Irma Dieyana pun ada ... eh salah eh, Irma Hasmie la.... =^_^= )

(**Saya suka ilmu yang disampaikan Dr Muhaya, ada yang cakap2, beliau seorang yang agak 'keras' tapi bagi saya, dalam kekerasannya itu, banyak kebenarannya. Tak apalah, pendapat masing-masing kan ... "Celik mata, reset minda" ... bersama-sama kita tambahkan ilmu untuk memperbaiki diri. Insya-Allah.... Boleh like fanpage beliau di FB, dan boleh juga dengar beliau di IKIM.fm....)

Wednesday, June 13, 2012

Pergi Jua....

Dalam pada kegembiraan saya atas ucapan tahniah, petang Jumaat lepas, panggilan telefon daripada adik ipar mengatakan ayah mentua saya sesak nafas. Terus saja 4.30 petang tu, kami pulang ke kampung lagi (seminggu sebelum tu dah balik).

Dan akhirnya, tanggal 10 Jun, 4.35 pagi, ayah mentua saya dijemput Ilahi. Melihat keadaan diri arwah dan penderitaannya, kami bersedia dan reda atas pemergian arwah. Arwah telah menderita sakit strok lebih kurang setahun lebih. Kemudian, nampak perubahan ke arah positif, sudah boleh bergerak, tapi dengan bantuan tongkat. Cuma tidak boleh bercakap. Beberapa bulan selepas perubahan positif itu, arwah jatuh, kakinya cedera. Langsung tidak boleh bergerak. Masuk wad sekejap.


Keluar wad, arwah tiada selera makan. Sehinggalah badannya kurus cengkung hanya tinggal tulang dan kulit. Masa ni lah, arwah kelihatan sangat menderita. Pada umur 66 tahun, arwah dijemput-Nya. Arwah yang saya kenali (setelah berkahwin dgn suami saya ni), tidak 'banyak mulut' (pendiam), dan setiap waktu solat fardu, surau yang berdekatan dengan rumah lah menjadi tempatnya. Semoga roh arwah ayah mentua ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman. Amin.


(**Pertama kali saya melihat keluarga terdekat yang sakit dan saat2 terakhir arwah menghembuskan nafasnya ... memberi rasa kesedaran dalam diri.... Dan, ketika ayah mentua menghembuskan nafasnya yang terakhir, anak-anak, menantu2 ada di sisinya. Al-fatihah....)

Thursday, June 7, 2012

Tahniah dan ALHAMDULILLAH....

Siapa sangka, siapa menduga, sedih, gembira, semuanya ditentukan Allah Taala. Allah beri sedih kepada kita, Dia juga beri gembira kepada kita ... itu maknanya Allah dekat dengan kita.



Alhamdulillah, sungguh saya tidak sangka kali ini rezeki berpihak kepada saya. Semalam, berita gembira yang disampaikan bos (ketua editor bahagian) saya terima dengan perasaan yang gigil, ketar lutut ... terharu, semua bercampur baur. “Tahniah Dieyana, dapat jawatan ni....”. Semalam juga, ucapan tahniah bertubi2, daripada keluarga terutamanya, dan rakan2 di DBP mahupun yang tertulis di wall FB, berbakul2 saya 'bawa balik' ;-) Macam tu rupanya perasaan pabila mendapat ucapan tahniah tak henti2. Terharu, malu2 pun ada, tak terkata rasanya. Dengan ucapan kejayaan semalam dan ucapan tahniah kerana hamil juga (dah ramai menyedari yg saya hamil=2 in 1), buat saya terharu.

3 Julai nanti, saya dikehendaki menjalani kursus induksi lebih kurang sebulan, kemudian akan diberitahu Bahagian mana kami akan ditempatkan. Insya-Allah, semoga dipermudahkan-Nya. Amin.


Apa2 pun terima kasih semua, alhamdulillah, kejayaan ini adalah berkat doa ibu bapa, suami dan rezeki anak-anak juga. Orang yang paling gembira tentunya suami dan ibu bapa saya ... berkali2 mereka pesan, "Na, buat sujud syukur, semaye (solat) sunat syukur." Terima kasih Ba, Ma!" (tetiba saya rasa sebak, kejayaan saya kejayaan mereka juga!)

Tapi pada masa yang sama, saya turut rasa sedih kerana rakan2 seperjuangan dan kawan2yang lebih senior yang sama2 temuduga, ramai yang tak dapat. Saya tahu, mereka sangat kecewa. Saya juga pernah melalui rasa itu ... apa2 pun, saya percaya, rezeki kawan2 pasti ada. Allah Maha Mendengar. Tak de rezeki dalam bidang ini, mungkin ada rezeki dalam bidang lain. Insya-Allah.... (insya-Allah, perluaskan konsep rezeki :-)) Kepada mereka, kawan-kawan yang berjaya, tahniah ya. Alhamdulillah....

(** Gambar ihsan daripada Google..tq!)

Tuesday, June 5, 2012

Jumpa Doktor Gigi II

Tengah hari semalam janji temu yang kedua dgn doktor gigi. Seperti yang dijanjikan, pertemuan kali kedua ni, adalah buat tampalan tetap. Dah tak takut, rasa seronok pula ... eksen mok cik!


Doktor buang tampalan sementara yang hari tu (http://dieyana78.blogspot.com/2012/05/jumpa-doktor-gigi.html).

Masa ni ngilu skit, tapi sekejap saje. Kemudian proses membuat tampalan tetap. Lama juga, sampai naik lenguh tangan - badan saya! "Kenapa, tak selesa ke, sakit cakap ya," kata doktor. "enguh a otor," jawab saya. La, pelat pula saya ni. Apa tak pelatnya, mulut tengah 'dikebek' doktor, dah doktor tanya saya jawab la ^_^


Tak de mesin macam kena simen zaman sekolah2 dulu, kaedah baru kot ni, releks aje, doktor calit, kemudian tekan kat gigi ... senyap aje prosesnya. Langsung tak sakit, tapi itulah, macam diberitahu, lenguh mulut, tangan, badan nak tunggu habis tampalan tu...


"Okey, dah ... next appointment, kita buat scaling pulok," kata doktor.



Kali ni saya datang 4 beranak, ingatkan nak bagi anak-beranak cek gigi juga, tapi atas sebab2 teknikal, hanya Iman saja berpeluang. Tak pe, Wafiy lain kali pulok. Kata doktor, gigi Iman, okey, bersih, giginya jarang, gigi susu, elok jarang ... cuma ada sedikit berlubang di geraham. Tampalan kecil dibuat. Alhamdulillah, Iman nampak releks ... habis je tampalan tu, sengih2. "Sakit ke Iman?" "Tak, geli je!" ^_^

Monday, June 4, 2012

Tahun Ketujuh-2 Jun 2012

2 Jun 2012 - Tahun ketujuh perkahwinan kami. Alhamdulillah. Tiada apa yang dipinta, semoga cinta kami terus mekar. (ewah!). Semoga perkahwinan kami sentiasa dilindungi Allah Taala hendak-Nya. (Baloh2 tu, baso dio doh, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri... ^_^). Terima kasih Ya Allah atas pemberian dua zuriat untuk kami. Alhamdulillah. Dan, bakal satu zuriat lagi, insya-Allah....

Bunga tahun lepas ni (http://dieyana78.blogspot.com/2011/06/petang-2-jun-yang-sangat-manis.html), saya tak nak bunga dah ... membazir jah ... kering entah jadi rupa apa dah, masih kat atas peti dapur rumah, sayang nak buang konon, ^_^ Daripada dapat bunga, baik belanja makan2, boleh gitu? ;-))



(**penat, semalam baru sampai dari Kelantan, jalan jem teruk dari Bentong-Kl..:-(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...