Lega, baru lepas jumpa doktor gigi! Saya sebenarnya takut nak jumpa doktor gigi, dari sekolah rendah takut. Doktor tak buat apa, cek aje pun, saya tetap gigil.
Tadi baru lepas jumpa doktor gigi di Bangunan Daya Bumi. Last jumpa doktor gigi, 2 tahun lepas, itupun kerana nak cuci gigi. Kali ni sebab sakit berdenyut-denyut tak tertahan, pergilah jugak jumpa. (Dah sakit baru terhegeh2 jumpa doktor gigi).
Sebelum baring di kerusi rawatan, selamba aje saya cakap, "doktor, saya ni takut nak jumpa doktor gigi. Dah lama tak jumpa doktor gigi, malu kalau doktor tengok gigi saya." Sambil lutut gigil/takut. Macam budak kecik kan! Kata doktor, "tak po, bakpo takutnya." (oo ... doktor Kelate rupanya,, anak Doktor Ismail. Dulu cuci gigi dgn ayah dia, rupa-rupanya ayah dia dah meninggal tahun lepas ...al-Fatihah).
Tengok doktor banyak cakap, releks, borak-borak2 lembut, tambah lagi doktor tu cantik, kurang gigil saya. Doktor gelakkan saya sebab tangan pegang 'kemah-keming' (pegang kemas/kejap/kuat) di kerusi. Malu ai!
Gigi geraham saya berlubang+sakit+denyut, tapi disebabkan saya hamil, doktor sedaya upaya mahu selamatkan gigi saya. Jadi, tadi, doktor hanya membuat tampalan sementara ... janji temu ke-2 ialah 2 minggu akan datang ... dan tampalan tetap akan dibuat. Insya-Allah. Pesan doktor sambil tersenyum, "lepah ni jange takut jumpa doktor gigi!" Saya gelak besar! Alhamdulillah, setakat ni gigi saya tak denyut, dan diberi ubat tahan sakit, telan jika sakit sahaja. Terima kasih doktor!
** Saya suka doktor ni, namanya Dr. Fajriah Ramadhan. Caranya tak kasar, sambil2 dia rawat gigi kita, dia tanya, 'sakit tak', 'ngilu tak', dan paling saya suka, dia nak start apa2, dia baca bismillah, berkali2, lepas tu akhirnya, alhamdulillah. Lepas ni nak bawa anak-anak jumpa doktor gigi. Tak nak anak-anak takut jumpa doktor gigi macam mama dia! ^_^
Klinik Pergigian Ismail, (Dayabumi)
Lot A & B Tingkat 1,
Podium Dayabumi,
50050 Kuala Lumpur
(03-22740085)
10 comments:
hikhik.. penakut rupanya..
Baru tahu yg Dieyana nak dapat adik ya! Tahniah!!
Hihi..setiap thn cuma skali jap g jumpa dentist..:-)
asalam ... saya pun takut jumpa doktor gigi ... hujung tahun lepas cabut geraham sampai kene belah gusi ... 2 hari sakit selepas cabut ... maklumlah gusi yang di belah pun siap kene jahit lagi ... adusss sakit nyerr ...
pun plg takut dr gigi...sampai sekarang
tahniah.br tau dieyana ada isi dlm perut tu....bagusla jumpa doc gigi time hamil ni..kena byk2 minum susu..nnt kalsium kita anak yg serap....
saya minggu lepas baru cabut gigi geraham... xsakit pon.. dktor bagi bius sampai pipi n lidah ni pon kebas sama.. haha
Tahniah lagi sekali Dieyana...hehehe....tok leh sorok dah..Semoga kandungan dan Dieyana sentiasa sihat selalu.Amin. :D
Tahniah diik, jumpe dr gigi paling x suke, nak2 bilanada kes karang gigi huhuhu,
Semoga d dan kandungan sihat sokmo :-)
(y)
Post a Comment