Wednesday, August 29, 2012

Nak Beli Estima?!

Salam 11 Syawal....

Petang-petang pun nak update entri? ;-)

Ragam anak-anak di hari raya....

"Duit raya Wafiy nak beli Estima macam ayah long!"
Ayat budak kecik yang berjiwa besar! ^_^ Itulah anak kedua saya, Wafiy, tahun ni beraya dah pandai menghargai duit raya. Dapat je duit raya, terus masuk dompet. (Dompet pun kelakar, usik abangnya, Iman, "dompet Wafiy macam perempuan!" ^_^) "Mama, simpan duit Wafiy dalam dompet, Wafiy nak beli Estima!" Nak dapat adik baru, kereta mesti besar, lagi pula dia tengok ayah saudaranya guna kereta Estima (suami kakak saya). Usik suami saya, "siapa nak bawa Estima? Wafiy pandai bawa kereta ke?" Jawab Wafiy, "papalah!!" ^_^ (Bertuah kami, anak bagi duit raya, beli Estima, khikhihk....)


Tup-tup, tengok sepupu2nya (anak-anak kakak saya) pakai selipar yang comel di matanya. "Mama, Wafiy tak jadi beli Estima, Wafiy nak beli selipar macam Awih!" La pulok.... Macam-macam ragam kanak-kanak.

Yang si abangnya pula-Iman, "mama, duit raya Iman ni, cukup tak Iman nak beli PS2?"
(Kes Iman pula, dah faham mama/papa tak mungkin belikan ps2 untuknya, lalu, mahu guna duit sendiri.... ;-))

5 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

sama jugak cam akak, ami merayu nak ps2, buat masa ni belum terbuka pintu hati nak belikan utk dia.

Ummu Madihah said...

seronok dengar cerita anak-anak kecil dgn duit raya mereka!! Anak-anak bujang dan dara selamba aja dpt duit raya, langsung x de bunyi nakkan apa-apa!

IDAZS said...

hehehheeheheh...bagus nak tolong mama beli keta :)

kena tukar keta baru sbb tambah ahli keluarga.

Aida Salleh said...

hehehee...kelakar je kan. teringat pulak akak kat anak buah akak, Ayoi (5yo). Dia kata duit raya dia nak buat belanja kami sekeluarga makan kfc (ok lah ni), nak beli kereta dan nak beli kamera dslr. hehehehhee....berapa belas ribu agaknya dia ingat duit raya dia? hehehhehe

izla said...

wahh bagusnya, bagi hadiah kat mama papa sebijik estima.
anak saya duit raya nak buat beli scooter..hehe

p/s: selamat hari raya, maaf zahir & batin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...