Monday, October 28, 2013

Dugaan Menyusu Cik Kembar

Alhamdulillah, rezeki Allah Taala untuk cik kembar, setahun telah berlalu, mereka masih full bf.

Macam mana boleh bertahan sampai sekarang? Sedangkan anak seorang pun, sekejap saja menyusu badan, dah campur susu tepung, katanya.

Sungguh, saya akui, banyak dugaan yang dilalui sepanjang setahun saya menyusukan cik kembar. Sentiasa positifkan diri, yakin, bersungguh-sungguh,  insya-Allah. Setitis air susu ibu sangat2 bermakna ... kes tuang susu ... n macam2 dugaan saya hadapi, hanya Tuhan yang mengetahui perasaan saya ...eceh..ceh ceh ceh... ^_^

Saya bersyukur kerana Allah sentiasa menolong saya. Pada saat saya hampir2 tewas, DIA memberi pertolongan kepada saya.

Bukan sekali dua, tapi berkali2 saya hampir rebah.

Dgn berkongsi cerita pendek yang diringkaskan ini, moga dapat membantu dan sebagai pembakar semangat kawan-kawan, mungkin. Insya-Allah....

Bermula ketika dalam pantang, saya mula kumpul stok.

Sehari saya tak dapat kumpul banyak, kerana cik kembar sentiasa menyusu, kadang2 saya 'curi' stok. Saya masih kekok untuk menyusu kedua-duanya serentak. Bila kedua-dua menangis, mula la panik, saya 'curi' stok lagi! Sorang direct, sorang lagi akan diberi susu botol (ebm).

Habis pantang, balik KL. Alhamdulillah, saya mula pandai menyusu serentak (di rumah saja), tapi tengah malam saya 'curi' stok (kes mengantuk nk bersila beri susu kedua-duanya)
 
Kalau  keluar jalan, saya akan bawa 1 atau 2 botol ebm utk cik kembar ... risau kalau kedua-duanya melalak! (Sekarang tak lagi, dah besar ni, cik kembar makan pujuk, sekut sentiasa bawak ;-))

Stok semakin hari semakin kurang, ambik satu, tak ganti balik, macam mana nak tambah stok kan! Deep freezer semakin hari semakin banyak ruang kosong, sedihnyo kenangkan deep freezer yang pada awalnya (selepas pantang) ... berpuluh2 botol :-((

Pernah pengasuh cal, mintak susu, pukul 12/1 tengah hari, susu habis, katanya! Berdesup pecut cik Kelisa lunch hour beri susu yang saya pam di opis.  Saya tau, beliau belum dapat sesuaikan dgn cik kmbr. Tapi dlm hati saya merungut2 juga, apa tidaknya ... pukul 1 dah habis bekalan susu!
 
Gigih ganti, tgh2 malam bangun pam susu, apabila kedua-duanya tidur, 'curi' peluang pam, pagi2 sebelum subuh saya bangun lagi pam! Ketika ini, tidur saya tak tentu, selalu terbangun tengah malam/pagi-pam, pam dan terus pam ^_^
 
Berbotol2 susu saya bekalkan, tapi beliau masih tak dapat nk jadualkan waktu minum susu. Setiap kali cik kembar nangis, bagi susu, bagi susu dan  bagi susu, macam mana tak abis? Bagi berpuluh2 botol pun, kalau begitu caranya .... phew  phew...lap peluh.

Tension, ia berlarutan berminggu-minggu.

Menangis bukan sbb tk cukup susu, please check pampers. Baby ni kdg2 nak dibelai, dilayan.

Saya suka rujuk fasal penyusuan di blog Suraya Lunatots/ Fara Sara Kids etc. Sesekali saya online dengan kawan2.  Elakkan bertanya dgn orang yang kurang menyokong bf, yang akhirnya menyebabkan anda lebih kecewa n frust!
 
Hampir nak beli susu tepung, suami beri semangat!

Ya, misi mesti diteruskan!
 
Kes pecah kereta, medela freestyle diambil, sangat2 kacau! Seminggu saya guna pam manual avent, sesekali di opis dgn bermuka tebal, saya guna Spectra 3 Mamazarin, sesekali teknik marmet! berpeluh ketiak 
 
Google pam bagus ... tk de bajet doh nak beli FS :-(( akhirnya Rumble Tuff menjadi pilihan, alhamdulillah masih berjasa sehingga sekarang!

Itu belum lagi masuk angin malas nak pam di opis, ditambah kerja yang terkejar2 di opis ... phew phew.... Tapi walau sesibuk mana pun saya di opis, tidak pernah tidak saya tak pam, saya tetap 'curi' masa jugak! Cuba bayangkan satu hari tak pam? Huisy mau demam bengkak susu tau!

Apa yang saya sedar tentang diri saya, pada saat stok saya semakin kurang, rasa tension etc, saya masih boleh 'berlakon' tenang. Walau dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu betapa galaunya saya, tapi cuba pujuk hati sendiri. Itu kelebihan yang ada pada diri saya, mungkin!? ;-))

Seingat saya, umur cik kembar 8/9 bulan, stok saya kosong! kosong! kosong! Bermula 'hari kosong' tu, hari ini pam, esok bekal untuk pengasuh, ya, tiada lagi ebm!

Yang bernasib baik, apabila cik kembar mula mkn ... terasa ringan/lega sedikit. 
 
Apabila cik kembar pindah duduk taska, ada masa menyebelahi saya, ada lebihan 1 atau 2 botol=4 oz. Alhamdulillah, lebihan itu dapat la saya top up utk esok ... atau mungkin 1 botol itu boleh buat stok.

Saya mula kumpul susu ... 12/11 ini saya akan out station ke Kelantan 4 hari!! Ouch, gigih kumpul 1 botol 1 hari. Sabtu Ahad pula, power pumping!
 
Alhamdulillah, di opis, saya masih pam, hasilnya masih lagi konsisten, sesekali ada lebih, sesekali kurang, sentiasa bekerja keras ;-))
 
Usaha doa n tawakal....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sekarang, saya selesa menyusu cik kembar kerana mereka semakin bsr n pandai cari sendiri, saya tak perlu lagi bangun bersila tgh mlm, mama serah diri aje, nak! ^__^

 
Pengalaman indah ini pasti tidak akan dilupa sampai bila2 ... syukur pada-Mu ya Allah...

Perjalanan  setahun ini-bukan semudah yang disangka, walau apa pun masalahnya, saya terus berjuang. Pertolongan Allah Taala, sokongan suami dan keluarga serta rakan2 ... menjadikan saya terus gigih dan kuat, terima kasih!  Syukur ya Allah.
 
Bukan kerana siapa-siapa, demi Allah, hanya untuk anak2 saya. Saya tidak mahu mengulangi kesilapan yang ketika melahirkan anak pertama dulu....

Selagi daya, diberi kesihatan dan rezeki, terus bf ... amin.

Friday, October 25, 2013

Nak Join Usrah?




Sumber: FB Wardina Safiyyah, tapi saya share dr FB ex teacher Iman Genius Aulad. TQ Ayu!
 
Emel sebelum 25 kan? Tapi hari ni dah 25, saya try juga emel, mana la tau untung2 masih diterima, cubalah emel kalau berminat...;-)) Kalau Sabtu Ahad, insya-Allah boleh lah join, kalau hari bekerja, tak dapat la....

Wednesday, October 23, 2013

Teknik Psikologi Didik Anak Bersolat

Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.

Al - kisah. Ceritanya bermula begini.

Ibarat Batang Mancis
Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar dibawah :
1. Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis di kepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.

2. Jika tidak solat zuhur, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.

3. Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada.

4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.

5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.

Kesimpulannya :
Ayah saya cakap, kalau saya tidak solat terus-menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini.
 

    Photo: Teknik Psikologi Didik Anak Bersolat....

Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.

Al - kisah. Ceritanya bermula begini.

Ibarat Batang Mancis

Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar dibawah :

1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.

2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.

3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada. 

4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.

5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.

Kesimpulannya :

Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini.
    Sumber: Facebook
 
 
** Saya dah try kat anak-anak saya, Iman n Wafiy, Alhamdulillah, setakat ni diaorang ikut, terutama Wafiy, bila tanya, "Wafiy dah semayang zuhur?" Terus cepat2 berwuduk. ;-)
 
 "Wafiy semayang zuhur tak tadi?"
"Kenapa mama tak ingatkan wafiy, mama nih! Wafiy tak de tangan dah!" Muka dah masam cetung!  Terus berwuduk nak semayang zuhur, walaupun masa tu dah asar ... wakakkka. Memang tau takut anak saya yang berambut ketak ni tau! ;-))
 
Walaupun anak2 kecik, solatnya, biasalah kan, kalau wafiy, sempat tu bercakap time solat, lps tu sambung balik! ^_^ Tapi sekurang2nya mereka mahu melakukan yang wajib itu. Kita kena sentiasa ingatkan mereka. Ye tak? ;-))
 
Uols boleh la cuba kat anak-anak! ;-))
 

Friday, October 11, 2013

Cik Kembar Setahun!

Alhamdulillah, hari ini 11 Oktober 2013, umur cik kembar setahun!
 
Selamat hari lahir Cik Kembar Umar! Doa kami kedua-duanya sihat selalu, panjang umur, murah rezeki, jadi anak yang soleh, sentiasa di bawah rahmat Ilahi. Amin.
 
Gigi masing-masing baru ada 4 batang; 2 di bawah, 2 di atas! ;-))
 
Umar Ghazi pagi ni badan sedikit panas, bekalkan ubat demam, harap tidak berpanjangan demamnya.....


Mak kembar tumpang menyengih! ;-))

Thursday, October 10, 2013

Jangan Pitam Deh! ;-)

Hahahhah, BESAR GILA BABAS MY NEW HEADER!  Jangan pitam deh! ;-)) Untuk sementara waktu, kalau masuk ini rumah, hadap aje lah header yang besar-sebesarnya!  ;-)) Peace yo, smile!

Blog Tanpa Header!

Header lama dah tak relevan sekarang ni, gambar n nama cik kembar tak de, kena buat header lain yang lebih sesuai.
 
Untuk sementara waktu ni...sy delete header lama, siapa boleh tolong buat header simple cantik untuk saya?? ;-))
 
Please please please...help me! ;-))
 

Cheese Cracker

Try buat, 'sedapnye!' Ahaks, perasan sedap. Tapi sungguh, senang je buatnya, bak kata kakak saya, "mu buat sambil pejam mata". ;-))
 
Kakak saya try buat, dia bwk utk saya, adeh, sedapnya, dan saya cuba buat sendiri.
tq ya..

Sekut saltcheese khong guan, susah nak jumpa, saya ganti sekut masin cheese julies.

Cik kembar n Wafiy pun suka!





















Saya kongsikan resepi ini utk yang berminat (kakak saya ejas sikit dr resepi ezstroree.blogspot.com)

Bahan
1 ketul cheese (saya guna brand tatura)
1/2 susu pekat manis
susu segar
nestum (atau boleh je apa2 yang uols suka-oat/cornflakes/serbuk koko)
biskut cheese julies (bulat) (boleh tukar sekut lain yg sesuai, kakak saya guna brand Ritz)

Cara
-Pukul cheese bersama-sama susu pekat manis hingga hancur ketulan cisnya (guna mixer lagi cepat, tapi saya tak de mixer, gigih bergilir dgn mak, sampai lenguh bahu tau! ;-))
-Celup sekut dalam susu segar, 1-2 saat saja ( jgn lembik)
-Susun sekut dalam bekas, sapu/letak krim cis, tabur nestum.
-Ulang sampai habis krim cis/sekut.
-Simpan dalam peti ais-lebih kurang 6 jam, sedap dimakan sejuk2!

(Utk elak rasa muak, saya tabur nestum sikit2 je, n krim cis tu pun, saya letak nipis2 je.. kalau yang suka cis, boleh je sapu lebih cis, boleh ejas ikut suka ;-)

Selamat mencuba!

Wednesday, October 9, 2013

Cik Kembar : Main Teka-teka, Mana Adik, Abang? ;-))

Lagi satu hari cik kembar setahun! Cepatnya masa berlalu!
 
Semakin aktif, semakin ligat, mulut banyak, makan pun banyak! Nampak aje kami mkn, pakat serbu puok dio! ;-)) Tak cukup tangan mama, tambah tangan papa lagi! ;-)
 
Semakin besar, semakin rupa susah nak beza. Tapi sebab dh berhari2 tengok, ada tempat2 yang boleh bezakan mereka. Tapi kalau kedua-dua paling belakang, memang tak tau hok mana abang, adik. Dua-dua kepala bulat ;-). Yang kelakar, iman dan wafiy lebih cam mana satu abang/adik!
 
Kalau tetiba ditanyai orang, 'mana adik, abang?' Memang kami kena tengok dulu lah! Tergelak yang bertanya tu. Ya lah kan, kami dukung aje, tak kira mana adik/abang, yang penting, nak g mana2 semua anak diangkut, jgn ada pulok hok tertinggal. ^_^
 
~~ Abang (Umar Ghazi)
-Lebih berwajah serius, muka garang, susah nak senyum, tapi kalau tersenyum, ewahhh, manis berlesung piput di kedua-dua belah pipi.
- Bentuk muka agak panjang, (bak kata Wafiy, 'Ghazi muka telur!';-) 
-Lekuk/alur di bawah hidung lebih jelas kelihatan.
-Suara abang lebih 'garau'
-Kalau kecik dulu, jd mangsa buli adik. Skrang dh tebalik, dia pula yang buli adik.
 
 



















Main teka-teka - mana abang, mana adik? Dua-dua idung kemek, camner nih! ^___^
 
 ~~Adik (Umar Ghufran)
-Wajahnya lebih manis
-Sedikit manja, mengada-ngada, mudah tersenyum, lesung pipit sebelah aje
-Bentuk muka agak lebar bulat, berkulit lebih cerah daripada abang.
 

Genap umur mereka 6 bulan, saya beri bubur nasi kosong blender halus. Lebih kurang2-3 minggu, saya bubuh satu jenis sayur. Umur 8 bulan,  letak satu jenis lauk-ikan tenggiri. Umur 10 bulan, nasi tak blender, penyek2 aje, kentang/carot/sawi + ikan gilir2. Tapi kentang memang tak pernah tinggal. Dah tak tau nak bubuh apa, buntu mak! ;-)) Segala jenis roti, biskut buah kami suap....;-)) Sebelum ni, bekalkan biscoti organis/banana, skrng diaorang dah jemu, tukar bagi sekut Marie pulop. Hahah. Okey ke?

Kejap2 bergomol, kejap2 berebut, dah bagi satu sorang pun tetap nak berebut yang satu tu! Cium hidung, mulut, sesama diaorang. Ngekek2 gelak, kejar2 merangkak. Serius kelakar comel! Subhanaallah, indahnya ciptaan-Mu.

Kalau seorang menyusu, seorang lagi tak nak kalah, nak jugak! ;-))
 
Agaknya dah kenal nama sendiri, bila saya panggil Ghazi, dia paling, begitu juga Ghufran, tapi ada juga masa2 panggil seorang, dua-dua berpaling... kihkihkh.
 
Dah nak masuk setahun, belum berjalan lagi. Iman dan Wafiy dulu-cukup2 setahun terus berjalan, tak de jatuh, duduk ... harap2 cik kembar pun macam tu lah.
 
Ghazi-dah mula bangun, lepas tangan 2-3 saat, lps tu dia menyengih, perasan gamaknya dapat berdiri!
 
Ghufran pula suka sgt ngukah/panjat sofa, lepa mata, tengok2 dah bertenggek atas sofa, seriau mak tau!

Kdg2 berdiri kat dinding cermin besar, tilik muka sendiri, gelak2.  Saya dan suami tergelak sama melihat telatah comel cik kembar. Subhanallah berkali2.  Moga mereka diberi kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah lindungan-Nya. Amin.
 
Alhamdulillah kembar tak banyak kerenah!

Alhamdulillah masih menyusu badan sehingga ke hari ini. Sangat mencabar, jiwa mesti kuat, okey!

 

Awal2 dulu, susah nak duk dlm stroller, sekarang ni kalau berjalan, elok je dlm stroller, yang penting, perut kenyang!

Soalan biasa: 'susah ke jaga kembar?' 'penat ke jaga kembar?' ;-))

Insya-Allah, apa saja yang kita lakukan, fikir secara positif, kalau minda sudah dikuasai dgn boleh, insya-Allah, boleh/senang lah ia. Menguruskan anak kembar, tidaklah sesukar yang dijangka. Mungkin dari mata kasar orang lain, nampak agak ‘sulit’ tapi yakinlah, Allah bersama-sama kita. Rabbi Yassir Wala Tu Assir.... Allah akan permudahkan jalan kita.  Minta pertolongan drpd Dia, hanya Dia yang Maha Mengetahui.

(Itu jawapan saya kat blog, orang tanya tak de lah jwb panjang lebar mcm gitu kan. Pandai-pandai la ^__^)
Sekiranya ditimpa ujian, musibah, ucaplah doa, “Ya Allah engkau berilah pahala kepadaku atas ujian yang Engkau beri ini, dan satu hari nanti gantikanlah dengan sesuatu yang manis untuk aku”. Insya-Allah. Terima kasih Ya Allah....


Walahualam.
 
** Lebih kurang sebulan cik kembar duduk di jagaan taska, sebelum ni duduk rumah orang (pengasuh), hantar taska atas sebab-sebab tertentu! Pertama kali hantar anak-anak kecik ke  taska. Iman dan Wafiy hantar taska, diaorang dah 4/5 tahun. Bila buat keputusan hantar cik kembar ke taska, perasaan risau dibuang jauh-jauh! Doa saya agar anak-anak sentiasa di bawah lindungan-Nya. Rabbi Yassir Wala Tu Assir.

Famili Dah Balik Kelantan :-((

Petang semalam, Ba, Ma dan adik bongsu dah balik Kelantan :-((
 
Rasa sedih/sunyi pulop, mereka kat rumah kami, pagi2 nak g kerja, ma sedia air teh susu (air teh) dgn roti bakar mentega kacang. Simple, tapi sebab air tangan ma, tentulah sedap ;-))
 
Lps hantar mereka kat LCCT smlm, belum smpi rumah, dlm kereta, "mama iman rasa sedih la," berair mata ... terus pekup tangan. Saya turut berair mata :-(( Sebelum kawin sy tak macam ni, bila dh bergelar ibu, jiwa saya lebih sensitif, hati cepat tersentuh! *__*
 
Sepanjang mereka di rumah kami,  kami tak hantar cik kembar ke taska. Nak main dgn cik kembar, katanya. Adik bongsu saya, Cik Su rajin berdukung, seronok la cik kembar bila ada yang melayan dia! ;-)
 
 
Cik Su, Iman dan Wafiy - Gambar 2 tahun lepas, sebelum cik kembar lahir.
 
Kami g kerja; ma tolong basuh kain, jemur kain, lipat kain. Tgh hari ma msk, petang-malam, kami tukang makan ;-))
 
Bangun pagi tadi, rasa sunyi pulop, tak de air teh susu/roti bakar, nak, buat la sendiri ye! Huhuhu... tak de orang tolong saya lipat kain, yang tolong sepahkan kain ada lah! ;-)) Malam ni, kena masak sendiri... (Menu - goreng telur/ikan la jawabnya ;-))
 
Cik kembar pandai 'rindu', semalam, pagi tadi, merangkak g bilik tempat ma dan ba tidur, cari diaorang agaknya ;-(( Saya pulop yang tengok, rasa sedih!
 
Gambar Cik Kembar terbaru! Main teka-teka, 'mana abang, mana adik?' ;-))
 
Pagi ni cik kembar sedikit merengek. Rutin kembali macam biasa - kalut ribut saya dan suami antar cik kembar taska, galas beg baju taska, beg susu cik kembar, handbag, beg pam susu saya, senget-benget bahu masing2! ^_^
 
Insya-Allah umur panjang, bulan 11 datang KL lagi, dah beli tiket Air Asia pergi balik utk mereka! ;-))

Tq Ma, Ba, Adik!

Monday, October 7, 2013

Hari Sukan Little Caliph BBS

Little Caliph's Bandar Baru Sentul (BBS) Sport Day 2013

Disebabkan suami mengajar (sekolah ganti), saya, Iman dan Wafiy tumpang mak kawan Wafiy (juga staf opis saya) ke Sports Day di Kepong. TQ K. Maini, kalau tak de akak, tak pergilah saya ke sports day tu..;-)) Cik kembar saya tinggalkan di rumah pengasuh. (jarang-jarang sgt hantar cik kembar di rumah pengasuh pada hari Sabtu/Ahad, hanya perkara2 terdesak macam ginilah minta mak cik pengasuh jaga.) Pada mulanya tak nak join, tapi rasa kesian kat Wafiy, beria-ria  mintak saya pergi. Malam nak pergi tu, bersungguh-sungguh lap sendiri kasut, sangkut track, t.shirtnya ;-)) Kesianlah kan, kalau tak pergi! 
 

"Mama tengok ni, wafiy dapat 'pahala'!" Sambil tunjuk kalung kemenangan di lehernya. Aahhaha! 'pahala'=piala.

"Wafiy dapat nombor tiga, mama!" Bangganya dapat no 3 (no 3 daripada 3 pasukan ;-)). Itulah seronoknya anak-anak.... Saya memuji, "ooo pandai Wafiy, nanti papa balik, wafiy bagitau papa deh!" Lagi dipuji, lagi kemewet menyengih! ;-))

 
Seronoknya anak-anak bila mak/ayah ikut serta dalam setiap aktiviti mereka kat sekolah kan!

"Mama, nanti mama, papa, Abang Iman, cik kembar pergi sukan sekolah Wafiy, tau!"
"Papa tak dapat pergi la Fiy. Papa sekolah. Macam mana mama sorang2 nak bawak cik kembar." "Ala, ala, mama boleh lah, boleh lah..."
 
Apa saja alsan yang kita beri, tak mahu terima, tetap berkeras mahukan family pergi tengok dia main sukan.
"Mama tengok tau wafiy main tau! tau!" 
Bersungguh-sungguh, itulah anak-anak! ;-)
 
**Wafiy ni dia lain sikit dengan abangnya,  kalau A katanya, maka A lah, tak boleh B atau C! Berpeluh mak tau, nak! ;-)

Perkembangan Sekolah Iman dan Wafiy

Dah nak masuk exam penggal kedua, baru nak cerita perkembgn anak2 exam penggal pertama lepas ;-))

Iman-alhamdulillah, prestasinya agak baik,  sama ada sekolah kebangsaan/sekolah agama, kedudukan dlm kelas-baik, walaupun ada kertas yang patutnya dia dapat 100, tapi tk dapat kerana sedikit kecuaian-tk jawab satu soalan. Kes nak cepat/tak semak sebelum hantar!
 
"Mama, dalam kelas Iman ada dua orang dapat no 3, Iman dan kawan Iman, tapi Iman jadi no 4 la, mama!" Heheheh. "Tak pe Iman, jumlah markah Iman sama, sebab tu ada 2 orang" ;-))
 
Walau bagimanapun, Subjek Tauhid sekolah agama perlu ditingkatkan! Begitu juga subjek seni khat, sebab tak guna pen khat, markah agak rendah!
 
 
Laporan Buku Kemajuan Sekolah Kebangsaan




Pertemuan saya dan guru kelas (sek. keb) 
 
-Iman haziq sangat cergas di dalam kelas
 
-banyak bertanya 
-cepat bertindak balas
 
(Pasal kecek banyok, bagi kat Iman la, hahaha, pitam cikgu nak layan kerenah Iman yang terlebih tanya.  *_* Mulut banyak-senang cikgu nak kenal hak mana satu Iman! ;-))


 Guru kelas Iman- baju oren
 Baju kuning tu bukan saya..;-))


 1 Utarid

 Wafiy pula, kemewet sengih2 tunjuk kertas exam-dapat 100. Kertas yang tak dapat 100, tak nak tunjuk! Hahhaha.

Menurut guru kelas Wafiy:

- malu-malu tapi mahu! ;-)
- Rajin
- Popular dlm kalangan kawan-kawan sebab wajahnya ala2 perempuan. Adoi, bahaya nih! ("Muka je nampak lembut cikgu, tapi perangai keras macam mama dia!"



 Ceria vs malu2, bersama-sama guru kelas

Anak2 seronok bila dipuji kan? Tak dapat markah bagus, kita sebagai ibu bapa kena bagi kata2 semangat : "tak pe lah cuba lagi, / okey lah ni, nanti exam lagi, dapat markah tinggi" dan sbgnya. Tidak beri kata2 yang agak mengecewakan anak2, bikin hati anak2 'kecik'! Sentiasa beri sokongan! Sekiranya prestasi ujian anak2 kurang baik, cari kelebihan yang ada pada anak-anak dari segi lain. Setiap anak2 pasti ada kelebihan n kekurangan masing2, kan!

Kalau boleh, exam yang tak lama lagi ni, prestasi Iman harap kekal dan kalau menaik, lagi elok kan! Menurut guru kelas Iman, peperiksaan yang akan datang ini akan menentukan kedudukan kelas, harap Iman tak turun kelas. amin!

Friday, October 4, 2013

Makan2 Famili @Chilis

Famili sampai KL hari Sabtu lepas, keesokan petang Ahad kami ke  Chilis Paradigm Mall Kelana Jaya. Kakak saya yang cadangkan makan2 family di Chilis Paradigm (dekat dengan rumah dia).

Kami 4 beradik-3 perempuan, 1 lelaki, Ba, Ma, 2 menantu, 8 cucu (7 lelaki, 1 perempuan) - 4 anak kakak, 4 anak saya, peace yo!
 
 Selalunya, kalau mereka datang KL, jarang2 dapat keluar makan satu famili macam ni. Seronok dapat berkumpul satu family. Alhamdulillah.



Menu desert-chocolate mountain, apa ke nama entah, lupa la ;-)) Kek coklat yang ada aiskrim atas. Satu lagi yg kami order, roti tiga segi, dalam ada beef/chicken, lupa jugak namanya, sdp juga! ;-))
 

Insya-Allah, umur panjang, November ini, ma, ba dan adik bongsu akan datang lagi KL. Projek makan-makan insya-Allah akan menyusul ;-))


Thursday, October 3, 2013

Sama tapi Tak Serupa? ;-))

 
Ma, kakak dan saya ... Smile! ;-))



Ba, Ma dan adik bongsu saya sampai KL Sabtu lepas, jenguk cucu-cucu katanya ... sekarang ada kat Kelana Jaya rumah kakak saya. Malam ni giliran rumah saya pula, sampai la mereka balik Kelantan petang Selasa depan. ;-))

Wednesday, October 2, 2013

Game Pisang vs B-Daman ^_^

'Game pisang' katanya.... ;-))

Minion Rush



Ha ni satu lagi, setiap kali iman dan wafiy main benda ni, setiap kali tu lah saya, "Iman/wafiy!! guli duk mano, duk mano?!! nanti cik kembar makey!" Seriau saya dengan guli, sbb cik kembar skrang suka sgt mengutip n masuk mulut! Orang tua-tua kata, mata budak tengah cerah, semua dia nampak. waima nasik tumpah, hok kecik tu pun, dia kutip n masuk mulut!  24 jam la kena menyapu ... hhahaha!



B-Daman
 

Kenangan Aidilfitri!!

Assalamualaikum....
 
Masuk 'rumah' sendiri macam malu-malu kucing gitu! Siap bagi salam lagi. Ahaks! Inilah pekdahnya kalau lama tak update! Bahasa pun tunggang langgang....;-))
 
Lagi rasa malu bila nak update gambar raya hari tu! Ahhahah ( gelak besar lagi), dah nak masuk  Aidiladha dah cik kak oiii, sabar aje lah! Anggap aje gmbr raya Aidilfitri memerangkap raya Aidiladha nanti. Aci dok!! Sebab Aidiladha nanti pun pakai baju hok ni jugok! Tapi Aidiladha tahun ni kami tak balik :-((
 
Aidilfitri lepas, bergambar  kat luar rumah. Sebelum ni, setiap kali raya, tempat yang sama aje, kat ruang tamu, dah bosan katanya, nak out door pulok. Bajet lawa! Cewah! Beria-ria saya mengarah suami, angkat kerusi tu, bla bla.... Berpeluh suami dan Ba ngangkat kerusi, lps solat raya lebih kurang pukul 10 pagi, memang matahari terik memancar! Ai tau ngarah aje, okey! Mengarah pun peluh juga tau, lagi la berdukung cik kembar sorang ;-))
 
Raya Pertama
 
 
























Tahun ni saya paksa suami dan anak-anak pakai samping... hahahha, tapi suami pakai time bergambar aje, okey lah tu. Anak-anak sangat sporting, pakai samping dari pagi solat raya sampai petang abis berjalan tu. Berjaya mak tau, nak imej bersamping tahun ni ;-))  Adik lelaki saya tak balik raya, pertama kali dia beraya kat KL, tak dapat cuti, kesian pulop.
 
 
Raya Kedua-indoor pulok, tempat sama macam tahun lepas ... kihkihkhi
 





























Rumah mentua tk snap, semua dah keletihan, tengah hari ceng ceng mls nk bergambar, bla bla bla ... ok fine!

**(Lagi cerita basi akan menyusul, wakakkaka, dah jadi blog basi la gamaknya Dieyana78 ni..terima ajelah hakikat ini ^__^
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...