Disebabkan suami mengajar (sekolah ganti), saya, Iman dan Wafiy tumpang mak kawan Wafiy (juga staf opis saya) ke Sports Day di Kepong. TQ K. Maini, kalau tak de akak, tak pergilah saya ke sports day tu..;-)) Cik kembar saya tinggalkan di rumah pengasuh. (jarang-jarang sgt hantar cik kembar di rumah pengasuh pada hari Sabtu/Ahad, hanya perkara2 terdesak macam ginilah minta mak cik pengasuh jaga.) Pada mulanya tak nak join, tapi rasa kesian kat Wafiy, beria-ria mintak saya pergi. Malam nak pergi tu, bersungguh-sungguh lap sendiri kasut, sangkut track, t.shirtnya ;-)) Kesianlah kan, kalau tak pergi!
"Mama tengok ni, wafiy dapat 'pahala'!" Sambil tunjuk kalung kemenangan di lehernya. Aahhaha! 'pahala'=piala.
"Wafiy dapat nombor tiga, mama!" Bangganya dapat no 3 (no 3 daripada 3 pasukan ;-)). Itulah seronoknya anak-anak.... Saya memuji, "ooo pandai Wafiy, nanti papa balik, wafiy bagitau papa deh!" Lagi dipuji, lagi kemewet menyengih! ;-))
Seronoknya anak-anak bila mak/ayah ikut serta dalam setiap aktiviti mereka kat sekolah kan!
"Mama, nanti mama, papa, Abang Iman, cik kembar pergi sukan sekolah Wafiy, tau!"
"Papa tak dapat pergi la Fiy. Papa sekolah. Macam mana mama sorang2 nak bawak cik kembar." "Ala, ala, mama boleh lah, boleh lah..."
Apa saja alsan yang kita beri, tak mahu terima, tetap berkeras mahukan family pergi tengok dia main sukan.
"Mama tengok tau wafiy main tau! tau!"
Bersungguh-sungguh, itulah anak-anak! ;-)
**Wafiy ni dia lain sikit dengan abangnya, kalau A katanya, maka A lah, tak boleh B atau C! Berpeluh mak tau, nak! ;-)
No comments:
Post a Comment