Alhamdulillah, rezeki Allah Taala untuk cik kembar, setahun telah berlalu, mereka masih full bf.
Macam mana boleh bertahan sampai sekarang? Sedangkan anak seorang pun, sekejap saja menyusu badan, dah campur susu tepung, katanya.
Sungguh, saya akui, banyak dugaan yang dilalui sepanjang setahun saya menyusukan cik kembar. Sentiasa positifkan diri, yakin, bersungguh-sungguh, insya-Allah. Setitis air susu ibu sangat2 bermakna ... kes tuang susu ... n macam2 dugaan saya hadapi, hanya Tuhan yang mengetahui perasaan saya ...eceh..ceh ceh ceh... ^_^
Saya bersyukur kerana Allah sentiasa menolong saya. Pada saat saya hampir2 tewas, DIA memberi pertolongan kepada saya.
Bukan sekali dua, tapi berkali2 saya hampir rebah.
Dgn berkongsi cerita pendek yang diringkaskan ini, moga dapat membantu dan sebagai pembakar semangat kawan-kawan, mungkin. Insya-Allah....
Bermula ketika dalam pantang, saya mula kumpul stok.
Sehari saya tak dapat kumpul banyak, kerana cik kembar sentiasa menyusu, kadang2 saya 'curi' stok. Saya masih kekok untuk menyusu kedua-duanya serentak. Bila kedua-dua menangis, mula la panik, saya 'curi' stok lagi! Sorang direct, sorang lagi akan diberi susu botol (ebm).
Habis pantang, balik KL. Alhamdulillah, saya mula pandai menyusu serentak (di rumah saja), tapi tengah malam saya 'curi' stok (kes mengantuk nk bersila beri susu kedua-duanya)
Kalau keluar jalan, saya akan bawa 1 atau 2 botol ebm utk cik kembar ... risau kalau kedua-duanya melalak! (Sekarang tak lagi, dah besar ni, cik kembar makan pujuk, sekut sentiasa bawak ;-))
Stok semakin hari semakin kurang, ambik satu, tak ganti balik, macam mana nak tambah stok kan! Deep freezer semakin hari semakin banyak ruang kosong, sedihnyo kenangkan deep freezer yang pada awalnya (selepas pantang) ... berpuluh2 botol :-((
Pernah pengasuh cal, mintak susu, pukul 12/1 tengah hari, susu habis, katanya! Berdesup pecut cik Kelisa lunch hour beri susu yang saya pam di opis. Saya tau, beliau belum dapat sesuaikan dgn cik kmbr. Tapi dlm hati saya merungut2 juga, apa tidaknya ... pukul 1 dah habis bekalan susu!
Gigih ganti, tgh2 malam bangun pam susu, apabila kedua-duanya tidur, 'curi' peluang pam, pagi2 sebelum subuh saya bangun lagi pam! Ketika ini, tidur saya tak tentu, selalu terbangun tengah malam/pagi-pam, pam dan terus pam ^_^
Berbotol2 susu saya bekalkan, tapi beliau masih tak dapat nk jadualkan waktu minum susu. Setiap kali cik kembar nangis, bagi susu, bagi susu dan bagi susu, macam mana tak abis? Bagi berpuluh2 botol pun, kalau begitu caranya .... phew phew...lap peluh.
Tension, ia berlarutan berminggu-minggu.
Menangis bukan sbb tk cukup susu, please check pampers. Baby ni kdg2 nak dibelai, dilayan.
Saya suka rujuk fasal penyusuan di blog Suraya Lunatots/ Fara Sara Kids etc. Sesekali saya online dengan kawan2. Elakkan bertanya dgn orang yang kurang menyokong bf, yang akhirnya menyebabkan anda lebih kecewa n frust!
Hampir nak beli susu tepung, suami beri semangat!
Ya, misi mesti diteruskan!
Kes pecah kereta, medela freestyle diambil, sangat2 kacau! Seminggu saya guna pam manual avent, sesekali di opis dgn bermuka tebal, saya guna Spectra 3 Mamazarin, sesekali teknik marmet! berpeluh ketiak
Google pam bagus ... tk de bajet doh nak beli FS :-(( akhirnya Rumble Tuff menjadi pilihan, alhamdulillah masih berjasa sehingga sekarang!
Itu belum lagi masuk angin malas nak pam di opis, ditambah kerja yang terkejar2 di opis ... phew phew.... Tapi walau sesibuk mana pun saya di opis, tidak pernah tidak saya tak pam, saya tetap 'curi' masa jugak! Cuba bayangkan satu hari tak pam? Huisy mau demam bengkak susu tau!
Itu belum lagi masuk angin malas nak pam di opis, ditambah kerja yang terkejar2 di opis ... phew phew.... Tapi walau sesibuk mana pun saya di opis, tidak pernah tidak saya tak pam, saya tetap 'curi' masa jugak! Cuba bayangkan satu hari tak pam? Huisy mau demam bengkak susu tau!
Apa yang saya sedar tentang diri saya, pada saat stok saya semakin kurang, rasa tension etc, saya masih boleh 'berlakon' tenang. Walau dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu betapa galaunya saya, tapi cuba pujuk hati sendiri. Itu kelebihan yang ada pada diri saya, mungkin!? ;-))
Seingat saya, umur cik kembar 8/9 bulan, stok saya kosong! kosong! kosong! Bermula 'hari kosong' tu, hari ini pam, esok bekal untuk pengasuh, ya, tiada lagi ebm!
Yang bernasib baik, apabila cik kembar mula mkn ... terasa ringan/lega sedikit.
Apabila cik kembar pindah duduk taska, ada masa menyebelahi saya, ada lebihan 1 atau 2 botol=4 oz. Alhamdulillah, lebihan itu dapat la saya top up utk esok ... atau mungkin 1 botol itu boleh buat stok.
Saya mula kumpul susu ... 12/11 ini saya akan out station ke Kelantan 4 hari!! Ouch, gigih kumpul 1 botol 1 hari. Sabtu Ahad pula, power pumping!
Alhamdulillah, di opis, saya masih pam, hasilnya masih lagi konsisten, sesekali ada lebih, sesekali kurang, sentiasa bekerja keras ;-))
Usaha doa n tawakal....
Sekarang, saya selesa menyusu cik kembar kerana mereka semakin bsr n pandai cari sendiri, saya tak perlu lagi bangun bersila tgh mlm, mama serah diri aje, nak! ^__^
Pengalaman indah ini pasti tidak akan dilupa sampai bila2 ... syukur pada-Mu ya Allah...
Perjalanan setahun ini-bukan semudah yang disangka, walau apa pun masalahnya, saya terus berjuang. Pertolongan Allah Taala, sokongan suami dan keluarga serta rakan2 ... menjadikan saya terus gigih dan kuat, terima kasih! Syukur ya Allah.
Bukan kerana siapa-siapa, demi Allah, hanya untuk anak2 saya. Saya tidak mahu mengulangi kesilapan yang ketika melahirkan anak pertama dulu....
Selagi daya, diberi kesihatan dan rezeki, terus bf ... amin.
4 comments:
tahniah dpt fb.. kita anak sorang pun fail
tahniah dieyana....alhamdulillah. susu masih mencukupi.... keep on pumping.. ila pun still keep on pumping.... sbb mmg xleh putuskan susu utk si imran yg elergik tu...huhu
mog berterusan hasil yg lumayan demi kembar...
bole bantu sy bg tips utk menyusukn kembar?tq
khazs_3@yahoo.com
Post a Comment