Lagi satu hari cik kembar setahun! Cepatnya masa berlalu!
Semakin aktif, semakin ligat, mulut banyak, makan pun banyak! Nampak aje kami mkn, pakat serbu puok dio! ;-)) Tak cukup tangan mama, tambah tangan papa lagi! ;-)
Semakin besar, semakin rupa susah nak beza. Tapi sebab dh berhari2 tengok, ada tempat2 yang boleh bezakan mereka. Tapi kalau kedua-dua paling belakang, memang tak tau hok mana abang, adik. Dua-dua kepala bulat ;-). Yang kelakar, iman dan wafiy lebih cam mana satu abang/adik!
Kalau tetiba ditanyai orang, 'mana adik, abang?' Memang kami kena tengok dulu lah! Tergelak yang bertanya tu. Ya lah kan, kami dukung aje, tak kira mana adik/abang, yang penting, nak g mana2 semua anak diangkut, jgn ada pulok hok tertinggal. ^_^
~~ Abang (Umar Ghazi)
-Lebih berwajah serius, muka garang, susah nak senyum, tapi kalau tersenyum, ewahhh, manis berlesung piput di kedua-dua belah pipi.
- Bentuk muka agak panjang, (bak kata Wafiy, 'Ghazi muka telur!';-)
-Lekuk/alur di bawah hidung lebih jelas kelihatan.
-Suara abang lebih 'garau'
-Kalau kecik dulu, jd mangsa buli adik. Skrang dh tebalik, dia pula yang buli adik.
Main teka-teka - mana abang, mana adik? Dua-dua idung kemek, camner nih! ^___^
~~Adik (Umar Ghufran)
-Wajahnya lebih manis
-Sedikit manja, mengada-ngada, mudah tersenyum, lesung pipit sebelah aje
-Bentuk muka agak lebar bulat, berkulit lebih cerah daripada abang.
Genap umur mereka 6 bulan, saya beri bubur nasi kosong blender halus. Lebih kurang2-3 minggu, saya bubuh satu jenis sayur. Umur 8 bulan, letak satu jenis lauk-ikan tenggiri. Umur 10 bulan, nasi tak blender, penyek2 aje, kentang/carot/sawi + ikan gilir2. Tapi kentang memang tak pernah tinggal. Dah tak tau nak bubuh apa, buntu mak! ;-)) Segala jenis roti, biskut buah kami suap....;-)) Sebelum ni, bekalkan biscoti organis/banana, skrng diaorang dah jemu, tukar bagi sekut Marie pulop. Hahah. Okey ke?
Kejap2 bergomol, kejap2 berebut, dah bagi satu sorang pun tetap nak berebut yang satu tu! Cium hidung, mulut, sesama diaorang. Ngekek2 gelak, kejar2 merangkak. Serius kelakar comel! Subhanaallah, indahnya ciptaan-Mu.
Kalau seorang menyusu, seorang lagi tak nak kalah, nak jugak! ;-))
Kalau seorang menyusu, seorang lagi tak nak kalah, nak jugak! ;-))
Agaknya dah kenal nama sendiri, bila saya panggil Ghazi, dia paling, begitu juga Ghufran, tapi ada juga masa2 panggil seorang, dua-dua berpaling... kihkihkh.
Dah nak masuk setahun, belum berjalan lagi. Iman dan Wafiy dulu-cukup2 setahun terus berjalan, tak de jatuh, duduk ... harap2 cik kembar pun macam tu lah.
Ghazi-dah mula bangun, lepas tangan 2-3 saat, lps tu dia menyengih, perasan gamaknya dapat berdiri!
Ghufran pula suka sgt ngukah/panjat sofa, lepa mata, tengok2 dah bertenggek atas sofa, seriau mak tau!
Kdg2 berdiri kat dinding cermin besar, tilik muka sendiri, gelak2. Saya dan suami tergelak sama melihat telatah comel cik kembar. Subhanallah berkali2. Moga mereka diberi kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah lindungan-Nya. Amin.
Alhamdulillah kembar tak banyak kerenah!
Alhamdulillah masih menyusu badan sehingga ke hari ini. Sangat mencabar, jiwa mesti kuat, okey!
Awal2 dulu, susah nak duk dlm stroller, sekarang ni kalau berjalan, elok je dlm stroller, yang penting, perut kenyang!
Soalan biasa: 'susah ke jaga kembar?' 'penat ke jaga kembar?' ;-))
Insya-Allah, apa
saja yang kita lakukan, fikir secara
positif, kalau minda sudah dikuasai dgn boleh, insya-Allah, boleh/senang
lah ia. Menguruskan anak kembar, tidaklah sesukar yang dijangka. Mungkin dari
mata kasar orang lain, nampak agak ‘sulit’ tapi yakinlah, Allah bersama-sama kita. Rabbi Yassir Wala Tu Assir....
Allah akan permudahkan jalan kita. Minta pertolongan drpd Dia, hanya Dia yang
Maha Mengetahui.
(Itu jawapan saya kat blog, orang tanya tak de lah jwb panjang lebar mcm gitu kan. Pandai-pandai la ^__^)
(Itu jawapan saya kat blog, orang tanya tak de lah jwb panjang lebar mcm gitu kan. Pandai-pandai la ^__^)
Sekiranya ditimpa ujian, musibah,
ucaplah doa, “Ya
Allah engkau berilah pahala kepadaku atas ujian yang Engkau beri ini, dan satu
hari nanti gantikanlah dengan sesuatu yang manis untuk aku”. Insya-Allah. Terima kasih Ya Allah....
Walahualam.
** Lebih kurang sebulan cik kembar duduk di jagaan taska, sebelum ni duduk rumah orang (pengasuh), hantar taska atas sebab-sebab tertentu! Pertama kali hantar anak-anak kecik ke taska. Iman dan Wafiy hantar taska, diaorang dah 4/5 tahun. Bila buat keputusan hantar cik kembar ke taska, perasaan risau dibuang jauh-jauh! Doa saya agar anak-anak sentiasa di bawah lindungan-Nya. Rabbi Yassir Wala Tu Assir.
4 comments:
kita terbalik..adik muka telur hahaha..abg bulat skit..mesti ada beza kan..sbb dah ari2 tengok makanya dah boleh beza hehehe
Comel lahh..especially yg dok dlm stroller tu..fully bf kah?
pinky momma-hahaha, betul3...ada beza, kena rajin 'godek2' diaorang..kihkihkhihk
gieyana - kecik2 ni, comel belaka, heheheh,
yup, Alhamdulillah, fully bf
Post a Comment