Monday, October 7, 2013

Perkembangan Sekolah Iman dan Wafiy

Dah nak masuk exam penggal kedua, baru nak cerita perkembgn anak2 exam penggal pertama lepas ;-))

Iman-alhamdulillah, prestasinya agak baik,  sama ada sekolah kebangsaan/sekolah agama, kedudukan dlm kelas-baik, walaupun ada kertas yang patutnya dia dapat 100, tapi tk dapat kerana sedikit kecuaian-tk jawab satu soalan. Kes nak cepat/tak semak sebelum hantar!
 
"Mama, dalam kelas Iman ada dua orang dapat no 3, Iman dan kawan Iman, tapi Iman jadi no 4 la, mama!" Heheheh. "Tak pe Iman, jumlah markah Iman sama, sebab tu ada 2 orang" ;-))
 
Walau bagimanapun, Subjek Tauhid sekolah agama perlu ditingkatkan! Begitu juga subjek seni khat, sebab tak guna pen khat, markah agak rendah!
 
 
Laporan Buku Kemajuan Sekolah Kebangsaan




Pertemuan saya dan guru kelas (sek. keb) 
 
-Iman haziq sangat cergas di dalam kelas
 
-banyak bertanya 
-cepat bertindak balas
 
(Pasal kecek banyok, bagi kat Iman la, hahaha, pitam cikgu nak layan kerenah Iman yang terlebih tanya.  *_* Mulut banyak-senang cikgu nak kenal hak mana satu Iman! ;-))


 Guru kelas Iman- baju oren
 Baju kuning tu bukan saya..;-))


 1 Utarid

 Wafiy pula, kemewet sengih2 tunjuk kertas exam-dapat 100. Kertas yang tak dapat 100, tak nak tunjuk! Hahhaha.

Menurut guru kelas Wafiy:

- malu-malu tapi mahu! ;-)
- Rajin
- Popular dlm kalangan kawan-kawan sebab wajahnya ala2 perempuan. Adoi, bahaya nih! ("Muka je nampak lembut cikgu, tapi perangai keras macam mama dia!"



 Ceria vs malu2, bersama-sama guru kelas

Anak2 seronok bila dipuji kan? Tak dapat markah bagus, kita sebagai ibu bapa kena bagi kata2 semangat : "tak pe lah cuba lagi, / okey lah ni, nanti exam lagi, dapat markah tinggi" dan sbgnya. Tidak beri kata2 yang agak mengecewakan anak2, bikin hati anak2 'kecik'! Sentiasa beri sokongan! Sekiranya prestasi ujian anak2 kurang baik, cari kelebihan yang ada pada anak-anak dari segi lain. Setiap anak2 pasti ada kelebihan n kekurangan masing2, kan!

Kalau boleh, exam yang tak lama lagi ni, prestasi Iman harap kekal dan kalau menaik, lagi elok kan! Menurut guru kelas Iman, peperiksaan yang akan datang ini akan menentukan kedudukan kelas, harap Iman tak turun kelas. amin!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...