Monday, December 2, 2013

Cerita Kembar Masuk HKL

Rindu nak tulis-tulis.

Taip lajulaju.., sebagai catatan untuk hari depan. Cewah! ;-))

Ahad, 10/11/2013-Cik kembar demam +batuk+selesema kecil. Bagi ubat demam yang ada.

Isnin, 11/11/2013-Ma, Ba n adik bongsu sampai KL, sbb esok sy out station Kelantan , minta diaorang datang jaga anak-anak dan anak menantunya.

Selasa, 12/11/2013-Pagi-Risau, masih demam. Lagi risau bila pagi ni saya akan bertolak ke KL-HUSM, Kelantan.
 
Nak legakan hati, sebelum bertolak, saya minta driver n kwn2 staf yang terlibat, "kita bertolak lewat sikit, Dieyana nak hantar cik kembar klinik dulu."
 
Di klinik Pusrawi, Cik kembar kena nebulizer. Kahak banyak.

Kata Dr., petang kena bawa nebulizer lagi.

Dengan perasaan yang bercampur aduk, serba salah, risau n macam2.

Saya n 3 lagi staf bertolak ke Kelantan. Sepanjang perjalanan, hati tak tenang, tapi ai feeling2 strong! :-(( 

Ma mesej, cik kembar okey, mkan ubat, n petang nak bawa klinik utnk ulang nebulizer.

Rabu, 13/11/2013-call suami-masih ulang nebulizer ke klinik Pusrawi. Kahak tak nak hancur. Bagi ubat hancurkan kahak-campur dalam susu.

Malam (kemuncak) - suami cakap Ghufran tak nak susu, tak nak makan, tak aktif! Serta merta saya rasa kaki tangan bdn lemah. Nak balik malam ni jugak! Kerja rakaman video masih berbaki seorang lagi penulis!
 
Hati tak tenang. Masuk bilik air, keluar bilik air. 
 
"Dieyana nak balik malam ni! sori sangat...bla bla...." bgtau kat kawan2 yang turut sama outstation. Kawan2 memahami.

Nangis2 cakap dgn ma dlm hp. Tiket flight malam ni tk de! Esok pagi kul 8 pagi. Ya Allah, lambatnya malam ni, tidur tak lena, sambil pam susu, sambil nangis ingatkan cik kembar. :-((

Terima kasih kawan2 kerana tolong sambung kerja yang berbaki. Saya dah tak boleh nak kerja, dlm kepala hanya ada cik kembar..

Doa tak putus2 untuk cik kembar. Saya mesti kuat! Kuat, ya saya kuat!

Dr lcct, naik bus rm 9, smpi kl sentral-suami ambik. Sampai rumah, Ghufran tidur, pucat mukanya. Ghazi masih lagi nak senyum2 bila tengok saya.

Dah 5 kali nebulizer kat klinik pusrawi, kahak degil!

Kami g HKL-paling dekat rumah...rabbi yassir wala tu asir, moga dipermudahkan. Ba ikut (resah bila cucu sakit).
 
Ya Allah permudahkan kami, lancarkan urusan kami. Sampai hospital, jumpa Dr, cek segala bagai, demam sangat tinggi, 40 darjah celcius! Cik kembar terus dimasukkan wad.

Masuk wad, rasa leceh, tapi pendapat saya, kalau itulah yang terbaik untuk dia, saya reda, sanggup bermalam di wad, kalau duduk rumah, kita tak de alat. Di wad, mereka dipantau, cukup alat/rawatan, kami sanggup.

Rasa cuak sngt tengok keadaan kembar yang lesu, lembik, pucat lesi, terutama Ghufran.
 
Kat hospital, Ghufran je yang masuk air, sebab keadaannya teruk dibandingkan dgn Ghazi. Kedua-duanya dicucuk antibiotik. Alhamdulillah, hari kedua di hospital Ghufran dah mula nak makan, susu, dan tk de demam. 4 jam sekali-nebulizer. Sample kahak diambil.
 
Kata jiran sebelah katil, "boleh ke awk sorang jaga dua anak?" "Insya-Allah okey." (saya okey je, tapi bila dah tanya gitu, tetiba rasa cuak ;-)
 
 
Pic terbaru - 30/12- dah sihat sepenuhnya, boleh g kenduri ;-)) #mukasedih Ghazi berebut hp dengan Ghufran ;-)) 

Alhamdulillah, mereka tak bnyk ragam, cuma dua hari sebelum keluar wad, kembar dah mula nak membuas, agaknya badan dah rasa sihat. 2 malam terakhir tu, suami datang tidur sepital jugak, lega. ;-)) #Misi tak marah dua orang jaga kembar# Kata sorang misi tu, "sorang anak pun, laki bini berjaga, apatah lagi ini cik kembar" ;-))

 
Nak g kenduri- tq K.Lin, hadiahkan baju untuk cik kembar! ;-))
 
** Terima kasih ya Allah ... terima kasih semua - suami, Ba, ma, adik beradik dan mereka yang membantu dan memberi kata2 semangat untuk saya. Tak lupa kepada doktor2 dan misi HKL yang merawat cik kembar. Doktor yang merawat anak2 saya pun ada kembar-teruja bila tengok pesakitnya juga kembar macam dia dulu kecik2, kembarnya engineer, #doktorkembarcomel!#
 
**Alhamdulillah, di hospital juga tak de lah rasa susah sangat, time solat, kedua-duanya tidur, saya beritau nurse tolong tengok2 kan cik kembar. Tempat solat aras lain. Subuh, saya solat je tepi katil. Alhamdulillah, kedudukan katil yang selesa, hujung tepi ;-))Nak g toilet pun tunggu cik kembar tidur #manditakbasah tidurtaklena#


2 comments:

IDAZS said...

alhamdulilah semuanya dah sihat. memang susah hati kalau anak tak sihat kan..

Cho Zila said...

ala dahler kembar yerk.. akak yang anak sorang masuk sepitalpun kelam kabut bagai.. .. moga sihat sepenuhnyer...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...