Tuesday, December 10, 2013

Gulai Gear Box Sedap!

Makan malam kami berlima, masa out station di Kelantan.
 
Entah apa nama kedainya, uhuk, kes teruja bila diaorang cakap nak g makan gulai/kari gear box. Tak silap saya, tempatnya di Kota Bharu, jalan menghala ke Wakaf Che Yeh. Sori, tak dapat nak bagi direction yang betul, mungkin uols yang berminat boleh google. ;-))
 
 
 

Sedap sungguh! Makan dengan roti canai  yang lembut.

Lepas makan roti canai, pusing-pusing Wakaf Che Yeh. Orang tak ramai, tapi kalau cuti sekolah, masuk wakaf che yeh, boleh pitam okey!  ^__^



Namanya orang Kelantan,  tapi kalau kawan2 tanya saya, kat mana tempat makan best, hotel apa yang bagus di Kelantan, saya pun tak tau! Yang saya tau, nak beli belah, boleh ke Rantau Panjang, atau Pengkalan Kubor, atau sekarang ni Wakaf Che Yeh. Ala, bab makan tak payah risau, makan di Kelantan kebanyakannya sedap. Hihihihi.
 
Ya lah, dulu kecik2 mana ada pernah g hotel, makan kat rumah. Sesekali keluar dengan kawan2 hujung minggu-Kota Bharu/Pasir Mas ;-)) 
 
Sekarang ni, macam2 hotel tumbuh kat Kota Bharu tu. Lagi-lagi di Wakaf Che Yeh. Kalau saya, tengok Wakaf Che Yeh macam tikus tengok besi. ^__^
 
Kecik2 dulu-Ba dan Ma akan bawa kami adik beradik ke bandar Kota Bharu -The Store, Hankyu Jaya, Pantai Timur, itulah antara mall kami pergi kalau beli baju raya, kasut raya pulok, beli kat Bata. Eh tetiba bernostalgia ;-))
 
Sekarang, sesekali balik kampung, jalan2 di KB ... boleh sesat hahahah, nasib baik la plat kereta bukan D, kalau tidak, mahu je diketawakan - 'Orang Kelantan sesat di Bandar Kota Bharu'...;-))
 
**Tetiba rindu nak balik Pasir Mas, Insya-Allah, minggu ni nak kelik, harap cuaca okey. Last balik kampung, raya puasa hari tu!

4 comments:

Aida Salleh said...

Agaknya akak lagi banyak gi hotel kat Kelantan tu kot dik...hehehehe....walaupun akak org kl tapi I love Kelantan :-)

mekzaa said...

wah sebut hankiu jaya, teringat plastik dia ada love warna pink. masa kecik2 dulu ayah suka bawak shoping barang sekolah kat situ. suka naik eskolator dia(maklum la org kampung). hihihiii....

- dieyana - said...

k.aida-mmng saper2 yg g Kelantan akan love Kelantan lah! hihkihk

- dieyana - said...

mek zaa..hahah..yo ko love pink? dop ingat...napok tk napok jah supit dio...

ho..kito orey kampong, kalu g soping hankyu,..sohor la time tu dih! ;-))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...