Tuesday, December 31, 2013

Cuti Sekolah: Ada Apa di Shah Alam? ;-))

Entri penutup 2013! ;-))
 
Cuti sekolah, melancong ke mana? Kami pun melancong ... Shah Alam. Hemmm!! Saper yang gelak tu?? Tak pe, tak pe, saya maafkan sbb saya sendiri pun nak gelak jugak...;-))
 
Menginap di hotel pulok tu! Gelak lagi?! ^__^
 
Ai ni mudah sangat terpengaruh dengan blogger lain, pengaruh yang baik-baik. 
 
Nampak best je, berdesup mak tempah bilik! ;-)) "Helo, De Art hotel ...bla bla.... Okey, 20 November check in"
 
 
 
 
 
 
Dibaginya bilik berdinding ala ala piramid mesir. Ingatkan boleh pilih Hello Kitty, rupa-rupanya, kalau nak bilik yang ada tema hello kitty tu, kena ambik family room, RM200++ Ermm...mesir pun mesir lah, janji tak tidur rumah ;-))
 
Termasuk breakfast di Hailam Kopitiam untuk dua orang, dan minum di De Bali (ye ke lupa namanya), yang terletak bawah hotel tu.
 
"Hotel apa ni mama, Iman ingatkan hotel yang ada kolam renang! Ades, laser betul mulut kau, nak!
 
 "Dah kata nak tidur hotel feeling2 sejuk air cond, malam nanti kita g jalan I City" tengok lampu jalan
 
"Sape yang nak tidur hotel? Mama yang nak kan??  Iman nak yang ada kolam!" Ades, kena lagi mama ;-))
 



Ayyo, apasal mata cik kembar macam tu? Oo, okey2, tangan mama gegar pegang kamera ;-))


Masuk I City ni, kena standby, nak masuk red carpet, museum art segala bagai tu, sediakan duit lebih. Boleh tahan juga harga tiket. Parking, RM10. Snow walk yang merepek tu  kami tk masuk pun. Kalau anak-anak yang jenis guling mintak nak main itu ini, nak beli itu ini yang merepek  disaran  bawa duit  lebih tau, jgn mak pak pitam kat situ, dah..;-))
 
 
Lps mkn, jam dah pukul 9 malam, terus ke I City Mata ai dah ngantuk. Tapi bila layan anak2 yang seronok melompat2, terus mata ni jadi luas seluasnya! Alhamdulillah cik kembar mood okey.
 
Kami tak jalan tempat lampu yang warna warni tu.  Masa dah perabis kat trick museum je. Bayar RM 10  sorang = RM 40, cik kembar free. Amik gambar sampai lebam kat dlm tu. Berpuluh2 gambar trick kat dlm tu tau!
 
 
 
 
"Iman! Apasal nakal sangat ni, bukak suar dia!"
 
 
Stroller tak boleh bawa masuk, saya dan suami masing-masing dukung cik kembar. Senget tudung, bahu segala mcm.  Peluh ketiak mak pak
 
 
 
 
 
Hampir pukul 12 tengah malam, masing-masing muka macam kain buruk daaaa. Cik kembar Ghufran dah lena atas bahu papanya.
 






"Takut, ada buaya!" Iman selamba je hulur kaki kat mulut buaya..;-))
 
 
Anak ramai boleh la jadi model gambar, kalau tak segan juga mak pak nak bergambar, orang ramai! ;-))

 
 

"Sanggup awak, masukkan Ghufran dalam mulut dinasour, sambil sengih pulok tu!!"




Dalam malu2 pun, ada juga bergambar ;-))



 
Masuk sini kalau tak bergambar rugi, sebab trick tu akan nampak hanya dalam gambar. Kalau tengok live gitu,  tak nampak dia punya trick tu!
 
 




Okeylah seronok anak-anak mak yang nak sangat tidur hotel, ai feeling2 bercuti gitewww Kata suami, pergi I-City pun nak tidur hotel. Tapi kat rumah, saya kena masuk dapur, kat sini, balik I-City terus tidur, boleh bermalas-malasan, kan, kan, kan?? ^__^
 
 


7 comments:

Gieyana said...

Penat weh kalau x leh bw stroller...imagine me bw bb..oh sgt x sanggup psl x larat nk dukung walaupon now br 4 bln..:-)

Aida Salleh said...

hehehee....akak ketawa bukan sebab ketawakan Diana tapi akak ketawa sbb akak pun penah buat....bukan sekali tapi dah dua kali...sekali tu dok kat shah alam (holiday in glenmarie kalau tak silap), sekali lagi tu kat the mines resort...syok apa...hihihiii...

- dieyana - said...

gieyana-stroller hanya tidk dibenarkan kat dlm trick art museum tu je..tapi jenuh gak la dgn berdukung, nk nganbik gamba lagi..mmng peluh lah! hiihih

- dieyana - said...

k.aida-hahha, ada jugak yang macam saya ye..hahah..best kan gitu! hahah..gelak lagi sbb Diana ada kawan. ;-))

abahomestay said...

seronok kalu dapat pergi i-city shah alam bawak anak2..

Ingin mencari homestay berdekatan @ Shah Alam/Klang? Bolehlah tempah homestay kami dengan kadar yang rendah. Layari blog kami untuk keterangan lebih lanjut di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com

Hafiz Mustapha said...

i-City skng dah makin banyak tempat baru. Nanti boleh la datang lagi. Kalau cari homestay, boleh search "Alam Suites" kat google map. Contact diorang smua ade kat situ.

North Sumatera Travel guide said...

buleh la cuba pakej cuti malaysia ni lake toba tour package

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...