Tuesday, December 10, 2013

Nasi Berlauk Pagi

Sarapan pagi - nasi berlauk : nasi putih, gulai ayam kampung, ulam timun batang, sambal lada. Bungkus dalam surat khabar, letak plastik putih ... nak feel nasi berlauk bungkus kononnya. Hahahah!
 
Kari - orang Kelantan panggil 'gulai'. Kebetulan Ma datang hari tu, bawa rempah kari/gulai  dari kampung. Rempah kari ni beza dgn kari ayam adabi/jenama lain2 tu. Saya pun tk tau lagu mana beza nya ... kalau g beli kat pasar, penjual tu akan campur2 rempah.... (tak reti ambo nak explain ;-))


 Agak-agak kalah nasi berlauk Kak Wok Kota Bharu yang dikatakan sohor itu.?Saya pun tak pernah makan nasi berlauk dio. Sedap ko? ;-))
 
 

mintak link ya tuan blog, tq!

Gulai ayam-lagi diperangat, lagi sedap! ;-))
 
Kredit untuk suami yang rajin masak bila tak de nak buat apa kat rumah-cuti sekolah (lega sgt ai bila ada orang tolong masak, hikhihki).

Anak2 makan banyak kalau papa masak. Apakah ... haisy, mama pun masak tau, masak nasik. Aci? ;-))

"Mama masak bukan tak sedap, tapi kurang sedap," kata Iman. Adoi, bisa sungguh kena se das dgn Iman! ;-))
 
Wafiy memang hantu nasik, banding dgn abangnya, Iman-yang lebih suka mi/bihun.

Cik kembar pun skarang ni semua belasah, tak boleh tengok orang makan, nyibuk jugak!

Semalam letak nasi, kuah gulai sikit (tak pedas), kentang. Makan banyak! Suka je tengok selera cik kembar dan abang-abangnya sekarang ni. Alhamdulillah.

3 comments:

Aida Salleh said...

Wah macam kat kota bharu pulok...hehehehe....

Dik, kene tuntut ilmu dari suami tu nampaknya....

bestnya tengok budak2 berselera makan kan?

mekzaa said...

comey napok warna gulai tu dieyana. teliur weh, tok sabar nok balik kg gini. huhuhuuuu

Anonymous said...

assalamualaikum sy pRint gambar nasi berlauk ni. tempting. halal ye :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...