Tuesday, December 24, 2013

Selamat Hari Lahir 35!

35 tahun yang lepas, saya dilahirkan.... 24 Disember

Selamat Hari Lahir yang ke-35! Ya, 35,  tak de rahsia antara kita ^__^

Moga diberi kesihatan yang baik, umur yang panjang, rezeki yang baik melimpah ruah ;-))

Apa?  Melimpah?  4 lelaki, kembar lagi tu, tak cukup lagi? Ampun.... ;-))

Menjadi muslimah sejati ... ewah.... Amin.

Bersyukur atas nikmat yang Engkau berikan, masih bernafas di atas muka bumi ini, kesihatan baik, dengan keluarga yang harmoni.Terima kasih ya Allah...

Terima kasih Ma dan Ba, mendidik saya menjadi insan yang berguna.

Terima kasih suami, anak-anak, keluarga dan sahabat handai yang mendoakan kesejahteraan di hari yang penuh keberkatan ini. Moga kita semua sentiasa di bawah lindungan-Nya amin.

(macam ucapan terima anugerah pulok dih? Hihiihi....)
 
 
 
Sumber: dapurcomelku.blogspot - pinjam gambar kak .... teringin pulop kat pavlova ni! ;-))



Alhamdulillah, mood ceria di hari lahir- ado orang nak bagi hadioh hari jadi ko? Tak pe, kalau tak de, g beli untuk diri sendiri? ;-))

Sejak ado ank kembar ni, demo banyak tolong ambe, uruskan anak2 n rumah, ambe keno syukur tu ... tq ya awak! Itu kiro hadiah la eh? Mujur la ambe ni pandai pujuk hati sendiri.  Demo pun keno syukur ado isteri mcm ambe. Hahhah, koya! ;-))

3 comments:

Ummu Madihah said...

Salam Dieyana,

Nak tergelah Mak Aji baca catatan Dieyana. Kalau Dieyana sebut koya, Along anak Mak Aji sebut koya star (perasan macam selebritilah, he he!). Lama satu, kalau marah dia sebut jeng grand (jam habis!) he he, macam2!!

Ummu Madihah said...

Oh ya, sekali lagi hepi besday dear!!

rinkume_zi said...

hihihi... lamo tok sebut koya. lucu gok dieyana ni deh. selamat hari lahir dieyana, (mudo awok lagi la dari sayo ni, huhu..). semoga menjadi muslimah yang sejati gitu. ;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...