Tuesday, November 30, 2010

Adegan Pengsan!

Inilah dia adegan pengsan Wafiy!

Pada mulanya, Iman menggunakan perkataan 'mati'. "Mama, adik mati!!" "Iman, bukan mati, pengsan lah!" (Mama takut betul bila Iman guna perkataan 'mati'). "OOO...okey okey, Iman tukar, Mama, adik pengsan!!" Fuhhhh ... heheheh.


Babak demi babak ... lakonan cemerlang Iman dan Wafiy ;-))



Monday, November 29, 2010

Berimaginasi

--Perangai/tingkah laku anak-anak kita, sedikit sebanyak adalah perangai kita (ibu bapa) ketika kita kecil2 dahulu. Sebab tu, orang kata, kalau nak tengok/tahu perangai kita masa kecil2 dahulu, tengoklah perangai anak2 kita sekarang.
--Seingat saya, masa saya di sekolah rendah. Saya sangat lah suka 'main berlakon2'. Apa itu 'main berlakon2'? Saya SANGAT suka BERIMAGINASI (perkataan yang lebih tepat saya rasa), saya akan main sorang2 dalam bilik, dan akan bercakap sorang2, saya boleh menjadi banyak watak. Sehinggakan mak cik jiran sebelah rumah saya akan bertanya dgn ma, "Na duk main dgn sapo tu, bunyi ramai jah". Hahha, sebetulnya, dalam bilik itu, hanya ada saya seorang, saya boleh menjadi banyak watak/banyak suara, saya lah 'mak', sayalah 'ayah', sayalah 'anak'. Saya boleh menjadi sesiapa saja. Itulah permainan saya ketika kecil! Hahhaha, seolah-olah saya ada ramai 'kawan'.
--Dan, Iman Wafiy telah membuktikan hal ini! Sedikit sebanyak mereka mula mewarisi permainan mama masa kecik2 dahulu! Hahahha. Tetapi kelakuan ini belum mencapai tahap 'cemerlang' macam mama. Wafiy pandai dah berlakon ... buat2 pengsan. Lepas tu, mulutnya kemewet menahan senyum. Tetapi dialog berlakon belum cemerlang macam mama lagi, hanya lebih kepada aksi2 sahaja. Iman memang dah lama saya perhati, dia cakap sorang2. Tapi kawan2nya lebih kepada watak2 ultraman dan raksasa. Iman lah ultraman, dan iman juga jadi raksasa. Bila mama/papa tegur, "Iman cakap dengan siapa?" Dia akan tersengih2 malu. "Mana ada isyyyy, mama ni!!" Terus berhenti 'bercakap2'. Hahahaha....
--Kalau tidak mewarisi kelakuan ibu bapa, itu sebenarnya adalah lumrah. Kanak-kanak lebih bermain dgn imaginasi. Ramai kanak-kanak suka bercakap sendiri. Mungkin disebabkan tiada teman untuk menemaninya bermain atau apa saja sebabnya. Nak tahu lebih lanjut tentang psikologi anak2 ni, pakar lebih memahami situasi ini. Iman dan Wafiy ni pula, kadang kala akan bermain bersama-sama. Dan, kadang kala masing2 bermain sendiri2. Seolah2 tidak mahu berkongsi, ingin mencari haluan masing2, agaknya. Bila dah masing2 membawa haluan sendiri, itu lah yang jadi bercakap sorang2 tu...hehehehhe.
(Nota:Tiba-tiba entri kali ini, Dieyana78 telah menukar penggunaan kata ganti diri. Hheheh, konon2 ikut kesesuaian entri, tak perasan pula...ehheheh).

Thursday, November 25, 2010

Melancong!

Di bawah Menara KL

Suatu hari dalam kereta:


"Mama, jom kita MELANCONG!"


"Amboi, Iman nak melancong mana?"


"Tempat yang tajam-tajam tu...."


Papa kat sebelah (tengah memandu), tersengih2 tengok mama yang macam terkejut beruk bila Iman cakap nak g melancong.

"Mana Iman, tajam-tajam tu?"

"Ala, tadi masa Iman nak ambik mama, Iman nampak yang tajam2, tinggi!!"

Puas kufikir, sehinggalah Mr. Hanapi cakap, "Menara KL lah...."
--Hahhah, bagai digeletek2 perut mama ni, ada ke nak pergi melancong kat Menara KL? 'Tajam-tajam' pulak tu disebut Iman. Bila kuberitahunya bahawa Iman pernah ke situ, ambil gambar dgn penguin, dia terkebil-kebil. "Mana ada mama, itu bukan tempat tajam-tajam lah". Kami pernah ke Menara KL, tapi hanya berkeliaran di bawah menara sahaja-mengambil gambar dgn penguin, 'orang ais'. Tapi kalau dapat naik ke puncak Menara KL, seronok ke untuk kanak2 berusia 4 tahun?
--Yang tak tahannya, 'MELANCONG' tu, hebat betul Iman, nak pergi melancong. Tapi bila tgk maksud 'melancong' tu-bermaksud-'melawat-lawat, melihat-lihat', hahahha, kira okeylah tu, tak semestinya ke luar negara baru dikira melancong kan? Hahhaha!
--Agaknya, kat sekolah, didengari kawan2/teacher menyebut menyebut perkataan itu, maklum lah, cuti sekolah....
Nota: Agak2 di Kuala Lumpur ni, apa tempat menarik untuk kanak2 bersuka ria ya? Kena senarai dan buat pilihan. Apa yang penting, tempatnya dapat memberi ruang untuk anak2 bersuka ria n dapat explore apa yang dia mahu! (Mengikut bajet yang telah ditetapkan..hahahah!)

Wednesday, November 24, 2010

Ceria+Yakin=Alhamdulillah....

Salam.

Hari yang menceriakan! Alhamdulillah. Dengan langkah yang penuh berkeyakinan, dari rumah ke pejabat.... Walaupun pruf berlambak2 di meja, tapi hari yang sangat mebahagiakan. Kebahagiaan itu ada yang berpunca apa yang ada di sekeliling kita, di samping orang2 tersayang. Alhamdulillah.


Apa yang membahagiakan Dieyana78?

1. Anak-anak dan suami serta diri sendiri yang sihat walafiat. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah memberi kesihatan yang baik untuk kami. Tidak lupa sentiasa mendoakan kesihatan untuk ibu bapa kami. Insya-Allah....

2. Semalam, Dieyana78 dapat barang baru=oh sungguh berkeyakinan. Hehhehe ... apa barang tu? Biasa2 aje, tapi penuh bermakna kerana itulah yg diimpikan ... dua 'ketul' daripada Charles & Keith, konon2, lama tidak shopping untuk diri sendiri. Gambarnya? Oh tidak perlulah ... malu2 kucing konon. Hhehehhe...

3. Datang kerja dihantar oleh insan tersayang. "Oh, terima kasih sayang, kuucap padamu" (sila nyanyi macam lagu Awie tu). Ya lah, cuti sekolah, seharusnya menjadi tanggungjawab seorang suami untuk menghantar isteri ke tempat kerja. Tanpa menapak dari stesen Hang Tuah ke DBP, maka, kuguna peluang ini untuk memakai kasut yang bertumit. Chewah!
4. Dua tiga hari ni, balik dari pejabat, hidangan makan malam sudah tersedia. Alhamdulillah, ringan kerja I. Terima kasih lagi untuk Mr. Hanapi, yang telah menggunakan masa cuti sekolah dgn sebaik2nya, meringankan kerja Dieyana78. Syukur. Diharap ia dapat dilaksanakan tiap2 hari! Hahhaha, kejamkah daku? Ah tidak lah, setakat masak nasi, lauk satu/2 jenis=senang aje kan?!
--Semoga hari2 yang mendatang, sentiasa ceria! Wah, apa lagi sebentar tadi mendengar ceramah Inovasi. Sangat kagum dgn penceramah itu. Alhamdulillah, rezeki yang Allah Taala berikan kepadanya, digunakan sebaik mungkin. Kejayaan demi kejayaan diperolehi, dengan diikuti rasa kesyukuran kepada Allah Taala. Senyuman yang sentiasa dipamerkan, membuatkan orang lain yang memandang, turut tersenyum dan berasa senang.

Monday, November 22, 2010

Misteri Sejadah

Misteri sejadah telah berlaku di depan mata ku sendiri! Pelik tetapi benar!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v


Aduhai Wafiy....

Misteri Sejadah Merah!

Astaghfirullah-al-Azim ... itulah dia Muhammad Adam Wafiy dan sejadah....hehehhe
.

"A"

Wafiy mengenal mama, papa, abang dan diri sendiri:
Ni sape?
-Ama...
Ni?
-Apa...
Ni?
-Abang..
Ni sape?
-Afiy....... (Perlahan aje suara kalau sampai giliran sebut nama sendiri..heheh)
Ama=Mama
Apa=Papa
Abang=Iman
Afiy=Wafiy
Hheheheh...

Thursday, November 18, 2010

Astaghfirullah al-Azim....

Melihat berita hari ini, tiba-tiba diruntun sedih. "4 Beranak Terkorban" Suami, isteri, dan sepasang anak kembar maut ketika ingin pulang beraya. Iswaranya bertembung dgn sebuah treler. Anaknya yang berumur 4 dan 8 tahun, terselamat. Lebih menyedihkan, apabila anak yang berumur 4 tahun berkata, "Nak mama, nak abah...." Ya Allah, pasti ada hikmah daripada-Mu ... menyelamatkan dua beradik, dan 4 lagi pergi mengadap-Mu.

Eggless Chocolate Cake

Kek tanpa telur? Erm, tapi pernah terdengar juga kek tanpa telur ni. Tapi, kek nanti naikkah? Tak keras ke kek tu nanti? Malam Aidiladha, kucuba resepi ni (http://dapurcomelku.blogspot.com/search/label/KEK?updated-max=2010-05-20T08%3A08%3A00-07%3A00&max-results=20 Setiap bahan diikuti ku seratus peratus, cuma hiasan atas kek tu saja yg berlainan), lupa beli walnut! Ehhe, pakai je lah coklat rice yang sedia ada. Berdebar2 menunggu hasilnya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Lembap, lembut, lemak=SEDAP!

--Alhamdulillah, menjadi, tapi keknya tidaklah naik membumbung seperti kek yang selalu kita buat, tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Keknya pun lembut. Rupa2nya, yogurt yang dibubuh dalam kek itu adalah rahsia sebenarnya! Itu kata sepupuku yg agak mahir dalam bidang masak-memasak ni). Katanya, kek tanpa telur adalah biasa, tetapi yogurt itu lah yang menyebabkan kek menjadi lembut dan lembap. Rasanya juga lemak2. Dan, baking powder n soda, kek tersebut akan sedikit naik.

--Terima kasih ya dapurcomelku.blogspot.com atas resepi yang mudah dan sedap ni....!

Aidiladha 1431

Salam. Hari ini bekerja seperti biasa, cutiku SIFAR! Ulang sekali lagi, SIFAR! Apa nak buat, reda aje lah ... hehehe. Cerita pagi Aidiladha. Bangun pagi2, siapkan apa2 yang patut, sarapan ala kadar (tapi penuh bermakna, hehe). Hanapi menyiapkan Iman. Dan, mereka bertiga (termasuk adik lelakiku), ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat hari raya.

Juadah ringkas di pagi Aidiladha

--Selesai solat, kami menikmati juadah ringkas itu ... agar pagi hari raya kami terisi, kami ke flat sebelah melihat acara korban dilakukan. Sebanyak 14 ekor lembu berjaya ditumbangkan. Si Wafiy, ternganga2, sambil "mbu, mbu". Iman pula, seperti biasa, banyak soalannya, "Mama, lembu tu jahat ke? Orang sembelih dia sebab dia jahat ke? " Mama le tukang jawabnya..ehheh.

--Kemudian menyingah pula rumah pengasuh Iman- menikmati rendang, nasi impit, lontong, laksa penang, puding laici, air oren ... ehhehe, kenyang kami. Alhamdulillah ... terima kasih K.Ida! Kemudian balik rumah dan acara terakhir kami ... tidur! Hahahah, terbayang2 kalau di kampung ni, duk tunggu daging korban, dan ma akan masak2, nikmatnya makan daging korban.... ZZZZ.... Sedar2, sudah pukul 3.00 petang!! Perut lapar minta diisi, terus ke dapur menyiapkan makan tengah hari pula....
*(Soalan yang entah ke berapa ditanyai Iman (sedikit mengganggu emosiku)-"Mama, bila kita nak balik kampung? Kawan2 Iman balik kampung." Jawapan kami, "Kita balik lain kali, nanti ma dgn ba datang rumah kita" Erm ... tak sabar menunggu kedatangan keluargaku awal Disember ini....Insya-Allah).

Tuesday, November 16, 2010

Penyerahan Buku Rekod

--Entri demi entri diupdate. Maklumlah, ada saja cerita yang berlaku dalam minggu lepas. Rutin kembali seperti asal. Alhamdulillah, anak2 telah pulih sediakala. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa, ujian daripada-Mu adalah untuk menguji keimanan hamba-hamba-Mu. Syukur kepada-Mu kerana memberi kehidupan yang baik untuk kami sekeluarga. Akhirnya ketenangan ini telah diberi oleh-Mu. Alhamdulillah ... terima kasih Ya Allah....





--13 November 2010, hari penyerahan buku rekod Iman. Memandangkan kesihatan Wafiy yang semakin pulih, dapatlah kami ke Genius Aulad untuk mengambil rekod pembelajarannya selama 2 semester untuk tahun 2010. Guru kelas, Teacher Wan Zawiyiah telah memberi laporan pembelajaran Iman dan secara keseluruhan, terdapat perkembangan yang positif. Semester pertamanya, terdapat beberapa perkara yang tidak dapat diikuti dengan baik, tetapi apabila masuk semester ke-2, perkara tersebut dapat diatasinya dengan baik. Alhamdulillah....


Salah satu halaman dalam buku rekodnya


Semester ke-2




Semester 1

* (Selamat Hari Raya Aidiladha ... kali ini, kami sekeluarga dan adik lelaki (Faiz) tidak balik kampung. Sayu juga hati.... tak dapat menyambut kemeriahan hari raya korban bersama-sama keluarga di kampung. Kepada Ma, Ba, adik perempuanku (Fatma), serta Along (Nani) n Family, Salam Aidiladha, harap2 dapat la sedikit kiriman daging korban dari kampung ya..hehehe...)

Dua Hari di HKL

Wafiy selama di HKL....


Malam pertama di HKL

Hari kedua - semakin sembuh

Monday, November 15, 2010

10 November 2010 (Sambungan entri 6 Nov)

--.... Rentetan Iman demam, 9 November, lebih kurang pukul 11-12.00 malam, Wafiy pula yang kepanasan, demam. Terus diberi ubat demam si abang, diletak cool fever di dahi. Sekejap2 ku jerlum kepala dgn air sejuk (air paip). Iman pula, demamnya masih bersisa, cool fever tetap ditempek di dahinya. Entah pukul berapa, ku tertidur, sekejap2 Wafiy terbangun minta susu, sambil kujelum air di kepala. Sehinggalah ... hampir pukul 7 pagi, 10 November, aku dikejutkan dgn bunyi petir, sepantas kilat ku terjaga. Di sisi, Muhammad Adam Wafiy sedang merintih kecil, dan sedikit menggelepur. Panik!! Tanpa disangka2, badannya mengeras, mata terbeliak ke atas, jarinya menggenggam kuat, giginya dikancing rapat, dan kakinya berkerekot. Terus kurangkul Wafiy, sambil menjerit kecil memanggil namanya, macam2 ayat suci terkeluar dari bibir (tanpa sedar ku terlupa yang aku 'cuti').
--Sambil badanku menggeletar, terus mendial suami, dgn suara menggeletar, disuruhnya basahkan Wafiy. Terus diambil air, sambil membaca ayat2, lagi aku mendail kawan opis (K.Halilah). Disuruhnya mandikan Wafiy. Tanpa membuang masa, terus dibawa Wafiy ke tandas dan dialirkan air dari kaki sehingga ke kepala, baru matanya terbuka elok, dan mula menangis kecil. Suami sampai, terus ke kecemasan HKL. Iman pula masih tak bermaya, didukung mama. Dan, Wafiy bersama2 papa....
--Perasaan berdebar2, masih terbayang2 kejadian sekejap tadi. Wafiy pula seperti tertidur?/ pengsan? Jalan ke HKL sedikit jem. Ya Allah, selamatkanlah anakku. Lagi doa/zikir/selawat dbaca. Sampai di Unit Kecemasan, Wafiy terus dirawat oleh pegawai perubatan dan apabila diukur suhunya, 39.5 darjah celcius! Terus disumbat ubat buntut, dijelum air seluruh badan. Apabila masuk berjumpa doktor, katanya, perlu ditahan di wad, bimbang sawan akan berulang!
--Sepanjang di wad, alhamdulillah, tidak berlaku apa2 yang membimbangkan, selera makannya baik, sedikit demi sedikt, kepanasan berkurangan. Tetapi kejadian sawan masih terbayang2 di fikiranku -masih fobia. Tidurku tidak lena, bimbang akan Wafiy. Menurut doktor, sawannya berpunca daripada demamnya yang tinggi. Dan, kebarangkalian untuk berlaku lagi, masih ada, sehingga anak berumur 6 tahun. Selama kami di wad, alhamdulillah, Iman bersama2 papanya di rumah, dan alhamdulillah demamnya telah pulih.
--Dua hari di wad, akhirnya kami dibenarkan pulang (4 November, 2 petang). Sekali lagi mama dan papa panik apabila tiba malam hari, Wafiy demam lagi. Basah lencun Wafiy dijelumku. Mandikan Wafiy, kemudian, tanpa dilap, seluruh tubuh dibaluti selimut. Reda sedikit kepanasannya. Keesokannya, Jumaat ku masih bercuti, ingin menumpukan sepenuhnya kepada Wafiy, demam beransur reda. Alhamdulillah ... ya Allah, sembuhkanlah Muhammad Adam Wafiy....
Dan, akhirnya, Sabtu tu, (13 Nov, demamnya pulih. Terima Kasih Ya Allah...). Namun, sehingga ke hari ini, kejadian sawan pagi itu masih menghantui mama. Ya Allah, semoga ia tidak berulang lagi. Ya Allah, berilah kesihatan yang baik untuk anak-anak.... Amin. Sesungguhnya, kesakitan dan kesembuhan adalah daripada-Mu.

6 November 2010

Salam.

--Segalanya bermula pada hari itu ... 6 November 2010. Iman mendapat cirit seharian, Sabtu 6 Nov. Boleh dikatakan selang satu jam, "Mama, sakitnye!!" Dengan muka berkerut, menangis kesakitan dan terus ke tandas ... pretttt! (maaf, sekiranya mengganggu emosi pembaca ..hehe) Cirit berterusan, badan dah lembik, pucat lesi - bimbang air berkurangan dalam badan, kami bergegas ke Klinik Pusrawi Jalan Ipoh. Badannya pula semakin panas-mendapat demam pula! Di klinik, soalan ditanya doktor, apa makanan terakhir dimakan ... seingatku, nasi dengan ayam goreng saja.
--Kemudian, doktor minta kami ke Unit Kecemasan Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak, membuat ujian darah dan air kencing. Kata doktor, kanak2 berak2, bimbang jangkitan kuman dalam perut-apendiks. Di unit kecemasan, darah diambil, dan ujian air kencing dilakukan, Alhamdulillah, tiada apa2 yang berbahaya. Diberi ubat demam, dan segala macam ubat berak2.... Syukur apabila tiada yang membimbangkan. Balik rumah, cirit masih ada sehingga ke malam, tetapi berkurangan, demam pula yang menyusul. Dijerlum, diberi ubat. sekejap aktif bermain, sekejap kepenatan -lalu tertidur. Keletihan, seharian berulang alik ke tandas. Kesian Muhammad Iman Haziq, mama sangat risau apabila anak2 sakit. Ya Allah, sembuhkanlah demam Muhammad Iman Haziq....
--Bersambung....

Thursday, November 4, 2010

Indonesia dan Susu Ibu

Dipetik daripada Berita Harian, 4 Oktober 2010, "JAKARTA WAJIB IBU SUSU BAYI HINGGA 6 BULAN"

--Indonesia meluluskan undg2 baru yang mewajibkan semua ibu menyusui bayi mereka sepenuhnya bg tempoh sekurang-kurangnya enam bulan pertama selepas bayi dilahirkan.
--Berkuatkuasa tahun depan-menetapkan mana2 ibu yg enggan berbuat demikian akan didenda hingga 100 juta rupiah (RM 35,200) dan setahun penjara.
--Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan, Tari Tritarayati berkata, undang2 akan memperincikan bg syarikat yg mempunyai kakitangan drpd ibu yang menyusui anak mereka, memerah dan menyimpan susu.
Katanya lagi-penting kerana Indonesia kerap dikritik dan didakwa tidak mengambil langkah sewajarnya utk melindungi hak ibu menyusu yg bekerja.

Wednesday, November 3, 2010

Suatu Pagi ... Peti Sejuk=Sifar Oz!

--Pagi tadi, seperti biasa, buka peti ais, nak ambil susu Wafiy untuk dibawa ke rumah pengasuh. Tiba2 ... eh kenapa ni, apa fasal ni? peti ais rosakkah? Oh tidak ... susu Wafiy (ruang bawah) tidak sejuk langsung! Buka tempat beku atas tu, keluar air/wap2 di sana sini. Apa sudah terjadi!!!??? Entah dari bila ia terjadi, sebab petang balik kerja, letak susu tu, elok saja peti. Terus buka penutup susu wafiy, cium punya cium, dah lain macam baunya, basikah?? Beberapa kali cium2, berasa waswas. Jadi, dengan sayunya ... perlahan2 kucurah 2 botol = 10 oz dalam sinki. (*Nasib lah tak de stok, kalu tak, meraung makcik) hanya 10 oz tu la bekalan utk Wafiy ....
--"Wafiy, hari ni minum susu rumah tuk deh. Hari ni Wafiy tak bawa susu mama." (Sambil kutunjuk beg yg kosong). Terkebil2 Wafiy pandang begnya yg kosong, kemudian tunjuk2 kat peti, "ma, mik mik"=disuruhnya mama ambil susu dalam peti.
--Bagaimana petang nanti, nak simpan kat mana susu Wafiy yang diperah hari ni??? Apalah puncanya ya? Peti sejuk rosakkah?? Gas kurang?? Bagaimana??? Kenapa?? Di mana??
(Kerugian setitik susu pun dah rasa sedih, apatah lagi 10 0z ... pasrah....)

Monday, November 1, 2010

'Se nis'

Kisah Wafiy-2 tahun 1 bulan beberapa minggu)

Mama: "Wafiy, sedap ke 'pek'?''
Wafiy: Dap....
Mama: Wafiy nak susu macam rumah tuk? (dumex dugro)
Wafiy: Nang nak (Tak nak)
Mama (banyak kecek mama nih! Ahhaha): Rasa apa pek?
Wafiy: Se nis....

--Mula2 mama tak faham, 'se nis'.

Mama: Rasa apa?
Wafiy: Se nis
Mama: Rasa manis?

--Tersengih2 Wafiy.

--Sahlah, rasa manis. Hahhah, tahu ke dia 'manis' tu? Lucu pula bila Wafiy dah mula membesar....

Cita-citaku, Cita-citamu

-Tahun 80-an

1. "Apa cita-cita awak, Nurdiana?" Cikgu bertanya. "Cita-cita saya, nak jadi cikgu."
2. "Apa cita-cita awak, Nurdiana?" Cikgu bertanya. "Cita-cita saya nak jadi wartawan."
3. "Apa cita-cita awak Nurdiana?" Cikgu bertanya. "Cita-cita saya nak jadi kerani, cikgu."
4. Soalan lagi. "Cita-cita saya nak jadi pereka fesyen!"

-Ha, itu soalan seorang cikgu kepada anak muridnya semasa di sekolah rendah. Dan, cita-cita itu sentiasa berubah2 mengikut keadaan. Banyak betul cita-cita saya. Bila cikgu tanya balik, kenapa awak nak jadi cikgu, jawapan saya pendek sahaja, (kerana saya seorang murid yang pemalu) "saya nak jadi macam ayah saya." (Dalam hati saya berkata, 'dapat 'right' buku, boleh pakai cantik2 macam cikgu'). 'Nak jadi wartawan sebab boleh jalan2, pegang mikrofon, tanya2 orang,' (juga jawapan Nurdiana dalam hati saja). Lagi jawapan dalam hati, 'nak jadi kerani sebab boleh main taip2.' 'Nak jadi pereka fesyen sebab boleh tengok baju2 cantik.' Itu semua jawapan Nurdiana ketika di sekolah rendah. Hehhehe. Seronoknya cita2 masa kecil.

-Dan suatu hari, tahun 2010,

Nurdiana bertanya kepada Iman pula,
"Iman, nanti besar Iman nak jadi apa?"
"Iman nak jadi bomba."
"Kenapa?"
"Nanti Iman boleh main2 air." (Hahhahah)
"Dulu Iman cakap Iman nak jadi ultraman kan?"
"Mana ada, mana boleh jadi ultraman, ultraman tu kat dalam tv aje." (Maksudnya, Iman dah faham-ultraman tidak wujud)

**Saya akan tunggu lagi beberapa bulan dan akan bertanya lagi, cita-cita Iman, ahhah, mesti lain pulak ni. Sesekali mengingat kenangan kita masa kecil, amat menyeronokkan. Dan, apabila berborak dengan anak-anak, ada saja yg menggelikan hati.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...