Monday, November 15, 2010

6 November 2010

Salam.

--Segalanya bermula pada hari itu ... 6 November 2010. Iman mendapat cirit seharian, Sabtu 6 Nov. Boleh dikatakan selang satu jam, "Mama, sakitnye!!" Dengan muka berkerut, menangis kesakitan dan terus ke tandas ... pretttt! (maaf, sekiranya mengganggu emosi pembaca ..hehe) Cirit berterusan, badan dah lembik, pucat lesi - bimbang air berkurangan dalam badan, kami bergegas ke Klinik Pusrawi Jalan Ipoh. Badannya pula semakin panas-mendapat demam pula! Di klinik, soalan ditanya doktor, apa makanan terakhir dimakan ... seingatku, nasi dengan ayam goreng saja.
--Kemudian, doktor minta kami ke Unit Kecemasan Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak, membuat ujian darah dan air kencing. Kata doktor, kanak2 berak2, bimbang jangkitan kuman dalam perut-apendiks. Di unit kecemasan, darah diambil, dan ujian air kencing dilakukan, Alhamdulillah, tiada apa2 yang berbahaya. Diberi ubat demam, dan segala macam ubat berak2.... Syukur apabila tiada yang membimbangkan. Balik rumah, cirit masih ada sehingga ke malam, tetapi berkurangan, demam pula yang menyusul. Dijerlum, diberi ubat. sekejap aktif bermain, sekejap kepenatan -lalu tertidur. Keletihan, seharian berulang alik ke tandas. Kesian Muhammad Iman Haziq, mama sangat risau apabila anak2 sakit. Ya Allah, sembuhkanlah demam Muhammad Iman Haziq....
--Bersambung....

5 comments:

~ Ida ~ said...

Iman sayang..mesti letih sangat badan menanggung cirit birit tu...hati tu nak bermain ye..tapi cirit birit mengganggu rutin dunia kanak2mu...

- dieyana - said...

k.ida-ha,kak, kita org dewasa pun kalu cirit, lembik badan, apatah lagi kanak2 kecil...

Nanie-Izailani said...

ya allah k.diana nani baru buka blog k.diana hari ni..tak tau plak iman tak sihat..

IDAZS said...

memang letih bila cirit. sian iman. baru hari ni berkesempatan membaca. Zaein pun demam minggu lepas. lepas nie mmg kene pastikan betul2 apa yg anak-anak makan

- dieyana - said...

nanie-ha, alhamdulillah, semua dh ok...
idazs-ha'aa, mmg lembik la kalu cirit...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...