Salam. Hari ini bekerja seperti biasa, cutiku SIFAR! Ulang sekali lagi, SIFAR! Apa nak buat, reda aje lah ... hehehe. Cerita pagi Aidiladha. Bangun pagi2, siapkan apa2 yang patut, sarapan ala kadar (tapi penuh bermakna, hehe). Hanapi menyiapkan Iman. Dan, mereka bertiga (termasuk adik lelakiku), ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat hari raya.
Juadah ringkas di pagi Aidiladha
--Selesai solat, kami menikmati juadah ringkas itu ... agar pagi hari raya kami terisi, kami ke flat sebelah melihat acara korban dilakukan. Sebanyak 14 ekor lembu berjaya ditumbangkan. Si Wafiy, ternganga2, sambil "mbu, mbu". Iman pula, seperti biasa, banyak soalannya, "Mama, lembu tu jahat ke? Orang sembelih dia sebab dia jahat ke? " Mama le tukang jawabnya..ehheh.
--Kemudian menyingah pula rumah pengasuh Iman- menikmati rendang, nasi impit, lontong, laksa penang, puding laici, air oren ... ehhehe, kenyang kami. Alhamdulillah ... terima kasih K.Ida! Kemudian balik rumah dan acara terakhir kami ... tidur! Hahahah, terbayang2 kalau di kampung ni, duk tunggu daging korban, dan ma akan masak2, nikmatnya makan daging korban.... ZZZZ.... Sedar2, sudah pukul 3.00 petang!! Perut lapar minta diisi, terus ke dapur menyiapkan makan tengah hari pula....
*(Soalan yang entah ke berapa ditanyai Iman (sedikit mengganggu emosiku)-"Mama, bila kita nak balik kampung? Kawan2 Iman balik kampung." Jawapan kami, "Kita balik lain kali, nanti ma dgn ba datang rumah kita" Erm ... tak sabar menunggu kedatangan keluargaku awal Disember ini....Insya-Allah).
6 comments:
klaka la iman...lembu jht ke?? pening jgk nk jwbnye ye......
pttla dani masih ckp german lg...mak nye pn xready lg nk jwp soklan2 cepu mas dia nnti...
ibudhani-standby aje lah..hikhihk...
Selagi tak puas hati, selagi itu lah duk menanya, sampaikan mama tak tau nk jawap apa, mama buat2 tidur! hahah
nani pon tak merasa lagi lg beraya kat kelantan..
nanie-insya-Allah,
hikhikhik...pandai iman bertanya yea...
saya pun raya tak ke mana. tapi masak penuh meja. nasib baik ramai yang makan..hikhik
idazs-ha, iman cam gitu lah, kena sedia jawapan, selagi tk puas hati, selagi tu duk tanya..ehheh
-ehhehe, itu mesti sedap tu....
Post a Comment