Wednesday, November 24, 2010

Ceria+Yakin=Alhamdulillah....

Salam.

Hari yang menceriakan! Alhamdulillah. Dengan langkah yang penuh berkeyakinan, dari rumah ke pejabat.... Walaupun pruf berlambak2 di meja, tapi hari yang sangat mebahagiakan. Kebahagiaan itu ada yang berpunca apa yang ada di sekeliling kita, di samping orang2 tersayang. Alhamdulillah.


Apa yang membahagiakan Dieyana78?

1. Anak-anak dan suami serta diri sendiri yang sihat walafiat. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah memberi kesihatan yang baik untuk kami. Tidak lupa sentiasa mendoakan kesihatan untuk ibu bapa kami. Insya-Allah....

2. Semalam, Dieyana78 dapat barang baru=oh sungguh berkeyakinan. Hehhehe ... apa barang tu? Biasa2 aje, tapi penuh bermakna kerana itulah yg diimpikan ... dua 'ketul' daripada Charles & Keith, konon2, lama tidak shopping untuk diri sendiri. Gambarnya? Oh tidak perlulah ... malu2 kucing konon. Hhehehhe...

3. Datang kerja dihantar oleh insan tersayang. "Oh, terima kasih sayang, kuucap padamu" (sila nyanyi macam lagu Awie tu). Ya lah, cuti sekolah, seharusnya menjadi tanggungjawab seorang suami untuk menghantar isteri ke tempat kerja. Tanpa menapak dari stesen Hang Tuah ke DBP, maka, kuguna peluang ini untuk memakai kasut yang bertumit. Chewah!
4. Dua tiga hari ni, balik dari pejabat, hidangan makan malam sudah tersedia. Alhamdulillah, ringan kerja I. Terima kasih lagi untuk Mr. Hanapi, yang telah menggunakan masa cuti sekolah dgn sebaik2nya, meringankan kerja Dieyana78. Syukur. Diharap ia dapat dilaksanakan tiap2 hari! Hahhaha, kejamkah daku? Ah tidak lah, setakat masak nasi, lauk satu/2 jenis=senang aje kan?!
--Semoga hari2 yang mendatang, sentiasa ceria! Wah, apa lagi sebentar tadi mendengar ceramah Inovasi. Sangat kagum dgn penceramah itu. Alhamdulillah, rezeki yang Allah Taala berikan kepadanya, digunakan sebaik mungkin. Kejayaan demi kejayaan diperolehi, dengan diikuti rasa kesyukuran kepada Allah Taala. Senyuman yang sentiasa dipamerkan, membuatkan orang lain yang memandang, turut tersenyum dan berasa senang.

4 comments:

IDAZS said...

2 ketul tue. sepatutnya kene tambah bagi 3 ketul (alas kaki)

next misi ye kak. hikhikhik

seronoknya balik semua dah terhidang, bagus betul mr. hanapi nie ;).

syukur alhamdulilah :)

- dieyana - said...

idazs-hehehe, ha'aa yg ke 3 tu, next misi
-time Mr Hanapi ok tu....hehehe(tk tahan lapar duk rumah, ha, pandai2 la masak)...
-syukur atas nikamat Allah....

~ Ida ~ said...

best la dapat 2 ketul tu ye...

suatu petang kita beratur di cafe makan bersama-sama..terpandang kan barangan berjenama tu ....kali ni orang lain lak terpandang kan barangan diana tu nanti....hihihi

jadi mr. mama cuti sekolah ni ye..hihihi

- dieyana - said...

k.ida-ala, kak, saya punya ni biasa2 aje, sy aje yg beria-ria...hehehhe, tapi memang suka lah designnya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...