Di bawah Menara KL
Suatu hari dalam kereta:
"Mama, jom kita MELANCONG!"
"Amboi, Iman nak melancong mana?"
"Tempat yang tajam-tajam tu...."
Papa kat sebelah (tengah memandu), tersengih2 tengok mama yang macam terkejut beruk bila Iman cakap nak g melancong.
"Mana Iman, tajam-tajam tu?"
"Ala, tadi masa Iman nak ambik mama, Iman nampak yang tajam2, tinggi!!"
Puas kufikir, sehinggalah Mr. Hanapi cakap, "Menara KL lah...."
--Hahhah, bagai digeletek2 perut mama ni, ada ke nak pergi melancong kat Menara KL? 'Tajam-tajam' pulak tu disebut Iman. Bila kuberitahunya bahawa Iman pernah ke situ, ambil gambar dgn penguin, dia terkebil-kebil. "Mana ada mama, itu bukan tempat tajam-tajam lah". Kami pernah ke Menara KL, tapi hanya berkeliaran di bawah menara sahaja-mengambil gambar dgn penguin, 'orang ais'. Tapi kalau dapat naik ke puncak Menara KL, seronok ke untuk kanak2 berusia 4 tahun?
--Yang tak tahannya, 'MELANCONG' tu, hebat betul Iman, nak pergi melancong. Tapi bila tgk maksud 'melancong' tu-bermaksud-'melawat-lawat, melihat-lihat', hahahha, kira okeylah tu, tak semestinya ke luar negara baru dikira melancong kan? Hahhaha!
--Agaknya, kat sekolah, didengari kawan2/teacher menyebut menyebut perkataan itu, maklum lah, cuti sekolah....
Nota: Agak2 di Kuala Lumpur ni, apa tempat menarik untuk kanak2 bersuka ria ya? Kena senarai dan buat pilihan. Apa yang penting, tempatnya dapat memberi ruang untuk anak2 bersuka ria n dapat explore apa yang dia mahu! (Mengikut bajet yang telah ditetapkan..hahahah!)
4 comments:
adoiii, iman bikin auntie ida tergelakla...
kak diey, KL bird park. petrosains ka :)
idazs-kl bird park kat taman tasik perdana tu ye? petrosains dah pegi...
Ayat Iman universal betul..hehehe..
wah..tak sngka yer iman nak melancong ke menara KL...hehehe..k.diana bwk la anak2 pg aquaria klcc..tgk ikan2..
Post a Comment