Tuesday, November 16, 2010

Penyerahan Buku Rekod

--Entri demi entri diupdate. Maklumlah, ada saja cerita yang berlaku dalam minggu lepas. Rutin kembali seperti asal. Alhamdulillah, anak2 telah pulih sediakala. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa, ujian daripada-Mu adalah untuk menguji keimanan hamba-hamba-Mu. Syukur kepada-Mu kerana memberi kehidupan yang baik untuk kami sekeluarga. Akhirnya ketenangan ini telah diberi oleh-Mu. Alhamdulillah ... terima kasih Ya Allah....





--13 November 2010, hari penyerahan buku rekod Iman. Memandangkan kesihatan Wafiy yang semakin pulih, dapatlah kami ke Genius Aulad untuk mengambil rekod pembelajarannya selama 2 semester untuk tahun 2010. Guru kelas, Teacher Wan Zawiyiah telah memberi laporan pembelajaran Iman dan secara keseluruhan, terdapat perkembangan yang positif. Semester pertamanya, terdapat beberapa perkara yang tidak dapat diikuti dengan baik, tetapi apabila masuk semester ke-2, perkara tersebut dapat diatasinya dengan baik. Alhamdulillah....


Salah satu halaman dalam buku rekodnya


Semester ke-2




Semester 1

* (Selamat Hari Raya Aidiladha ... kali ini, kami sekeluarga dan adik lelaki (Faiz) tidak balik kampung. Sayu juga hati.... tak dapat menyambut kemeriahan hari raya korban bersama-sama keluarga di kampung. Kepada Ma, Ba, adik perempuanku (Fatma), serta Along (Nani) n Family, Salam Aidiladha, harap2 dapat la sedikit kiriman daging korban dari kampung ya..hehehe...)

5 comments:

~ Ida ~ said...

Tahniah Iman..semoga menjadi anak yg berjaya kelak. Amin.

mama ngan papa x nak bagi hadiah untuk semangat ke...hehehehe

- dieyana - said...

k.ida-Insya-Allah ... hehehe, hadiah semgt pasti ada nanti..hehe

IDAZS said...

Tahniah Iman, Good Boy!

- dieyana - said...

idazs-alhamdulillah...w.pun masa masih panjang, tetapi itu sebagai satu permulaan, semoga menjadi insan yg berguna, insya-Allah..

nani said...

syabas iman...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...