Monday, November 15, 2010

10 November 2010 (Sambungan entri 6 Nov)

--.... Rentetan Iman demam, 9 November, lebih kurang pukul 11-12.00 malam, Wafiy pula yang kepanasan, demam. Terus diberi ubat demam si abang, diletak cool fever di dahi. Sekejap2 ku jerlum kepala dgn air sejuk (air paip). Iman pula, demamnya masih bersisa, cool fever tetap ditempek di dahinya. Entah pukul berapa, ku tertidur, sekejap2 Wafiy terbangun minta susu, sambil kujelum air di kepala. Sehinggalah ... hampir pukul 7 pagi, 10 November, aku dikejutkan dgn bunyi petir, sepantas kilat ku terjaga. Di sisi, Muhammad Adam Wafiy sedang merintih kecil, dan sedikit menggelepur. Panik!! Tanpa disangka2, badannya mengeras, mata terbeliak ke atas, jarinya menggenggam kuat, giginya dikancing rapat, dan kakinya berkerekot. Terus kurangkul Wafiy, sambil menjerit kecil memanggil namanya, macam2 ayat suci terkeluar dari bibir (tanpa sedar ku terlupa yang aku 'cuti').
--Sambil badanku menggeletar, terus mendial suami, dgn suara menggeletar, disuruhnya basahkan Wafiy. Terus diambil air, sambil membaca ayat2, lagi aku mendail kawan opis (K.Halilah). Disuruhnya mandikan Wafiy. Tanpa membuang masa, terus dibawa Wafiy ke tandas dan dialirkan air dari kaki sehingga ke kepala, baru matanya terbuka elok, dan mula menangis kecil. Suami sampai, terus ke kecemasan HKL. Iman pula masih tak bermaya, didukung mama. Dan, Wafiy bersama2 papa....
--Perasaan berdebar2, masih terbayang2 kejadian sekejap tadi. Wafiy pula seperti tertidur?/ pengsan? Jalan ke HKL sedikit jem. Ya Allah, selamatkanlah anakku. Lagi doa/zikir/selawat dbaca. Sampai di Unit Kecemasan, Wafiy terus dirawat oleh pegawai perubatan dan apabila diukur suhunya, 39.5 darjah celcius! Terus disumbat ubat buntut, dijelum air seluruh badan. Apabila masuk berjumpa doktor, katanya, perlu ditahan di wad, bimbang sawan akan berulang!
--Sepanjang di wad, alhamdulillah, tidak berlaku apa2 yang membimbangkan, selera makannya baik, sedikit demi sedikt, kepanasan berkurangan. Tetapi kejadian sawan masih terbayang2 di fikiranku -masih fobia. Tidurku tidak lena, bimbang akan Wafiy. Menurut doktor, sawannya berpunca daripada demamnya yang tinggi. Dan, kebarangkalian untuk berlaku lagi, masih ada, sehingga anak berumur 6 tahun. Selama kami di wad, alhamdulillah, Iman bersama2 papanya di rumah, dan alhamdulillah demamnya telah pulih.
--Dua hari di wad, akhirnya kami dibenarkan pulang (4 November, 2 petang). Sekali lagi mama dan papa panik apabila tiba malam hari, Wafiy demam lagi. Basah lencun Wafiy dijelumku. Mandikan Wafiy, kemudian, tanpa dilap, seluruh tubuh dibaluti selimut. Reda sedikit kepanasannya. Keesokannya, Jumaat ku masih bercuti, ingin menumpukan sepenuhnya kepada Wafiy, demam beransur reda. Alhamdulillah ... ya Allah, sembuhkanlah Muhammad Adam Wafiy....
Dan, akhirnya, Sabtu tu, (13 Nov, demamnya pulih. Terima Kasih Ya Allah...). Namun, sehingga ke hari ini, kejadian sawan pagi itu masih menghantui mama. Ya Allah, semoga ia tidak berulang lagi. Ya Allah, berilah kesihatan yang baik untuk anak-anak.... Amin. Sesungguhnya, kesakitan dan kesembuhan adalah daripada-Mu.

6 comments:

~ Ida ~ said...

Syukur alhamdulillah Wafiy dah sihat..datang ofis hari tu pun tengok dah ok sikit kan...walaupun ada merengek manja dgn mamanya..maklum la..mama dah temankan Wafiy kat hospital ye :)

tahniah Diana walaupun panik..cepat ambil tindakan..naluri keibuan kan..tindakan cepat demi keselamatan anak2 tersayang.

- dieyana - said...

K.ida-ha,macam tu lah dia, tgk org tk kenal pulak, lagi la suruh mama dukung..

-ermmm, semoga ia tidak berulang lagi...

Nanie-Izailani said...

tu kali pertama wafiy kena sawan ke k.diana..nasib baik k.diana cepat buat ape2 yg patut sblm amik masa g hosp kan..

- dieyana - said...

nanie-ha, nani 1st time, hui, mmg panik la k.diana, nani.

IDAZS said...

alhamdulilah wafiy dah sembuh. kalau baca tentang berita anak demam ke sakit ke mesti megalir air mata.

Nasib baiklah kak diana cepat bertindak walaupun panik masih boleh bertindak.. lepas nie kalau anak demam memang kita sebolehnya jgn tidur, risau.

- dieyana - said...

idazs-ha'aa da..alhamdulillah. memang tk nyenyak tidur. tp kenapa mlm nk jadi tu, k.diana letih sgt tidur betul2, sedar time dia nk susu aje....semoga ia tidak berulang lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...