Friday, July 29, 2011

Cerita Malam Khamis-'Papa Jahat!'

Alhamdulillah, akhirnya Rabu lepas saya berjaya menghabiskan puasa ganti. Terasa nak berbuka puasa di luar. Terjumpa satu blog, makan nasi arab di restoran Saba, Setiawangsa. Alamak, dah lama teringin nak makan nasi arab. Dulu2, pernah makan nasi arab yang nenek saya buat.


Saya mesej suami, "hari ni last saya poso, jom kito make nasi arab kat setiawangsa." Jawapannya, emmm, "kalu tahu jalan, buleh la...." Jawapan seperti tidak bersungguh2, biasalah suami saya, susah benar nak ajak mkn tempat2 begini. Lantas dgn gigih saya google peta ke Setiawangsa. Tanya kawan2, peta ke sana. Restoran tu berhadapan dgn LRT Setiawangsa. Jadi, saya mesej suami saya, "kito naik lrt lah g sana, mana tahu, jalan jem kan...." Mesej saya tidak dibalas.


Sampai rumah, "jadi ke nk g buka luar nih?" Tiada jawapan juga. Sedikit hampa. Masa tu dah pukul 6 lebih. kebetulan ada bekalan dr opis-sedikit domino pizza, kawan opis belanja. Saya dah rancang, azan saja, nak makan piza sbg alas perut sementara mkn nasi arab tu. Saya langsung tk masuk dapur utk menyiapkan hidangan berbuka. Suami pun diam saja. Dalam hati saya, nak pergi kot tu. Terus saya uruskan anak-anak.


Lepas solat maghrib, kami terus gerak. Alhamdulillah, nak pergi juga suami ke Saba. Lega+teruja. ;-))


Dalam kereta, kami berbual seperti biasa. Iman dah teruja nak naik lrt. Tgk suami dah masuk ke Wangsa Maju, area Alpha Angle tu, "eh, ni nak pergi mana ni? Lrt Wangsa Maju bukan lalu sini." Dia diam saja. Tengok sign board, "eh Setiawangsa dah ni!" Suami saya terus ketawa besar! Jahat! Rupanya dia tahu jalan ke Setiawangsa. Hampeh!! Tak jauh rupanya daripada Wangsa Maju tu. Dia gelakkan saya. Hahhaha, nak naik lrt konon! Jahat ... papa jahat!! (Papa Jahat-Fabulous Cat)


Sampai ke Saba dia masih gelakkan saya. Iman pun terkebil2, "tadi kata nak naik lrt??" "Tak jadi lah Iman." Terus-terusan suami gelakkan saya! Memang jahat! Saya pun tergelak sama.



Restoran Saba-Dataran Jelatek, berhadapan stesen LRT Setiawangsa, bersebelahan Seri Maya Condo.


Akhirnya dapat juga saya makan nasi arab Saba. Disebabkan itu kali pertama saya ke situ, dan adik pelayan tu pun kelihatan ramah, saya bertanya adik pelayan tu, begitu begini. Setelah berkira2, kami memesan nasi arab+Hanith lamb-ambil satu set saja-Regular. Nasi didatangi dgn semangkuk kecil kari+sambal lada (kambingnya diletak pelbagai rempah2- dagingnya lembut , dan tiada bau kambing!)=sedap! Roti (tak ingat nama)+pencicah ayam (tak ingat juga). Roti tu agak keras apabila sejuk. Tapi pencicahnya, sedap! Iman dan wafiy - oren jus, dan utk saya dan suami, kononnya nak kelainan, kami memesan hot tea (dalam tea tu dicampur daun pudina, ntah apa biji). Hahhah, belasah saja.


Jumlah semua=RM 61.50. Nasi yang regular tu, banyak! Mujur la tidak ambil 2 pinggan. Satu pinggan Regular dah cukup untuk kami 4 beranak. Cuma roti tu tak abis skit. Besar sgt roti tu! (Boleh tutup kepala org dewasa. Khakahahh)


Sampai rumah, rasa mengantuk tak tertahan! kenyang betul! Pagi tu kami lewat bangun! Gara-gara nasi Arab. Hahhahah.

Hot Tea (3 gelas kecil)


Hanith Lamb




**Alhamdulillah, saya suka (suka sokmo kalu bab2 makan luar ni, heheh), dan yang penting suami juga suka dgn nasi arab di Saba. Ada peluang nak dtg lagi la, kalu gini gak! Smile!


SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA. SEMOGA RAMDAN INI ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA SEBELUM INI. INSYA-ALLAH. SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA BERADA DI BAWAH LINDUNGAN-NYA. AMIN....

9 comments:

Unknown said...

tak pernah lagi makan nasi arab...hubby kata tak sedap..tp belum pernah cuba sendiri...

- dieyana - said...

ila-heheh, diana suka dgn nasi arab ni...jenis2 roti pun diana suka...tambah2 kalau roti cicah kari ... hihkihhk

Iela Fazielah said...

wah bestnyer...nasi arab..ila xpernah mkn...tp roti arab penah mkn... kelakar tgk suami dieyana.. pandai dia buat saspen..mcm suami ila...

~izan~ said...

sedap ek mkn kt sini..bila2 balik KL bley try la..izan selalu g alpha angle tu je,g jj hehe...

slmt berpuasa jugak utk dieyana sekeluarga..

- dieyana - said...

ielafazielah-ha, diana suka nasi arab. kena dgn selera. Ha tu lah kebanyakn orang lelaki.Hehehe

- dieyana - said...

izan-ha, bagi dieyana, sedap. Kat KL ni bnyk mknn timur tengah gini... oo, penah p jj alpha angle eh...kami pun selalu gak g situ...

selamat berpuasa...jaga diri dan anak2 baik2 ya! ;-))

NanieZara said...

nani penah makan nasi arab saba cyberjaya.tapi tapau lah makan kat ofis ramai2..sedap..

IDAZS said...

sedapnya, tapi sy x suka kambing, nak try juga la nanti :)

~ Ida ~ said...

wow terujanya. insyaallah nak cuba juga la. :D

hok aloh...terbabas pagi tu ye kena penangan nasi arab...hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...