Thursday, July 28, 2011

Seri Muka yang Kurang Berseri ;-))

Lagi resepi Ma! Berpuasa, nak makan itu ini, teringat ma buat kuih ni. (Alhamdulillah, semalam saya berjaya menghabiskan puasa ganti (20 hari). Hhehe, dah hujung Syaaban, baru habis..;-))

Jom lihat lagi resepi ma saya. Kalau suka, boleh cuba. TQ MA! Tapi saya tak tahu la nama kuih ni, saya rasa seri muka kot- yang hijau kat atas tu. Tapi saya buat warna coklat-gula melaka. Jadi saya letak nama kuih ni, Seri Muka Gula Melaka. Boleh? ;-))


Bahan (Lapisan Atas)

-Santan pekat

-Gandum

-Sedikit gula

-Gula Melaka

-Telur-3 biji

-Sedikit garam


(Lapisan Bawah)

-Beras pulut

-Santan cair

-Sedikit garam


Cara:

Lapisan bawah:

1. Basuh beras pulut, rendam selama 30 minit.


2. Selepas 30 minit, kukus pulut yang dicampur santan cair dan sedikit garam. Apabila masak, tekan pulut tersebut (dgn plastik) sehingga mampat. Kemudian calar-calarkan sedikit permukaan pulut itu dgn garfu .


Lapisan Atas

1. Cairkan gula melaka dgn sedikit air dan tambah sedikit garam dengan api yang sederhana.


2. Pukul telur, masukkan santan pekat, gandum dan cairan gula melaka tadi. Kacau.


3. Tuang ke atas pulut yang dimampatkan tadi.


4. Kukus selama 45-60 minit minit dgn api yang sederhana.

.


.


.


.


.


.




Apa yang saya perlu perbaiki-lapisan atas agak lembik, tak padat, sebab kurang gandum ;-)) Kena makan dgn sudu ;-)) Tapi kami 4 beranak , dengan muka yang berSERI-SERI, makan bersungguh2, lapisan atasnya rasa lemak2 lembik2, dan saya berehi lapisan pulut bawah tu!

14 comments:

IDAZS said...

zarin suka kuih ni, tapi makan pulut je, atas tak suka sama macam amam dia juga. Rajinlah kak diana buat kuih ni :)

Hanis Azla said...

aduhai terus teringin kuih seri muka.. he..he.. fevret anak akak ni.. tp akak tak pernah buat sendiri.. klu mak akak buat pun selalu jd lembik mcm tu kepalanya.. tp akak suka.. mkan dgn sudu pun ttp terangkat..

Iela Fazielah said...

ala first time biasalah... tp kalau dah hasil tgn sendiri.. harus mkn berseri2 muka...hehe

Akak Kembang said...

seri muka zaman kini...nak try buat jugak tapi nak tukar kaler jugaklah..hehhe

~izan~ said...

rajinnya dieyana ni..sedap tu..selalu mmg tgk kaler hijau..tp kalau gula melaka lg sedap tu kaler coklat tu.. yum yum!~

e.l.i.z.@ said...

sy baru behi kuih ni..terliur la tgk!!!!!

E-na Zarina said...

xpe kurang seri yang penting rasanya sedap!!

- dieyana - said...

idazs-o suka pulut zarin...
-rajin la sbb nk mkn sgt2..ehhehe...berehi kuih ni...

- dieyana - said...

hanisazla-ha'aa, ada org suka lembik, bleh la try kak, sbb kalau beli kat kedai, yg ats tu, keras, rasanya tak lemak, terlebih gandum kot kalu gitu....

- dieyana - said...

iela-hahah, dah kata mkn seri muka, haruslah berseri2 muka, tambah2 yang buat sendiri, ...;-))

- dieyana - said...

alin marlini-ha sila2 buat...nk tukar kaler apa lak? ehhehe,

- dieyana - said...

izan, rajin yang ada ketikanya...ehhehe. ha, kaler ijau pun diana mkn, tp lebih suka gula melaka, sbb mak diana buat yg gula melaka ni...

- dieyana - said...

eliza-berehi dih, ha buleh la buat tu...;-)

- dieyana - said...

lovely kitchen- ha yg penting sedap...heheheh, mana bleh tk sedap, kalau 4 beranak mkn dgn wajah berseri2...hehhee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...