Wednesday, July 27, 2011

Saya Suka Butir Nangka

Saya suka butir nangka ni, tambah2 kalau berpuasa. Lebih rasa auranya apabila makan berbuka di bulan Ramadan. Tak puasa pun saya suka juga! Saya suka butir nangka yang bila makan, tidak liat dan mudah dikunyah. Dah tak tertahan nak makan, terus mesej ma resepi 'bute nako'. Biasalah, ma berpengalaman masak, tak de sukat2 bahan, agak2 saja sukatannya. Jadi, saya yang tak berapa teror masak ni, terkebil2 nak agak sukatan bahan2 tu. Kalau dah agak-agak sukatannya, nak buat kali kedua nanti, dah tak ingat dah...;-)) Jom lihat resepi butir nangka ma saya!

Bahan:

Tepung pulut
Air daun pandan (Blend daun pandan dgn air)-secukupnya
Santan
Gula
Sedikit halba
Sedikit garam
Daun pandan (untuk wangikan kuah)
Kapur (saya tak bubuh)

Cara:


1. Tepung pulut+secubit garam. Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit dalam tepung pulut sehingga menjadi doh dan doh tidak melekat di tangan.


2. Panaskan air sehingga mendidih. Gentelkan doh, sedikit memanjang, ikut saiz yang anda suka.


3. Masukkan dalam air mendidih. Ia akan timbul bila masak. Cedok, dan rendamkan dalam air sejuk agar ia tidak melekat.


4. Untuk kuah- masak santan, sedikit garam, gula, sedikit halba dan daun pandan. Apabila gelegak, dan kuahnya masak, toskan butir nangka tadi dan masukkan ke dalam kuah santan itu. Jangan lama! Nanti butir nangka tu jadi kembang, tak sedap! Agak-agak dalam seminit saja, terus tutup api dan hidang.

.


.


.


.


.


.


.


Bila agak-agak bahannya, kuahnya agak kurang manis. Saya minta suami saya try, dia kata, "okey doh ni" Tapi bila saya berbuka puasa petang tu, rasanya agak kurang manis. ;-))

** (Nota Dieyana: Dah ma saya cakap, "Na agok2 la deh bahan2 tu." Jadi, saya hanya tulis bahan saja tanpa sukatan sebenar. Hhehehe. Kalau nak resepi dengan sukatan yang sebenarnya, boleh google ya. Tq!)

5 comments:

~ Ida ~ said...

fuh! nampak sedap, nak cuba la ikut resepi ma dieyana tu, abg k.ida pun suka masak2 gitu :D

~izan~ said...

macam puteri mandi tapi ada halba kuah dia ek..mcm sedap ni.bley buat utk buka poser nnt =D

Iela Fazielah said...

emm ila suka kuih ni..nnt bila2 ila cuba buat jugak

IDAZS said...

teringin nak buat tapi tak berkesempatan. macam cadak berendam tp versi tak ada intilah kot ni eh?

next time buleh cuba

- dieyana - said...

k.ida-okey, nanti cuba2 ya...

izan-tempat kami, puteri mandi, lagu lain pulok...heheh. kuih ni bulan posa mmng sohor kat kg kami...

iela-orait bleh cuba2

idazs- ha, yang ni tk dok inti...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...