Feeling2 rumah orang yang cantik. Apa salahnya cuci2 mata tengok rumah orang. Rumah sendiri, dah jemu kan.;-)) Konon2nya cari idea dekorasi! Bukan apa-apa, tapi syok+seronok tengok rumah2 cantik, dekorasi yang simple+moden. Nak jadi perunding hiasan dalaman rumah ni, sah2 tak layak, tapi kalau tak profesional tu, boleh la sikit2. Hheheheh.
Kali ni, saya nak kongsi 'cantik' di mata saya (Majalah Apartment keluaran Julai-September). Cantik ni sesuatu yang subjektif, masing2 punya citarasa kan. Ada orang suka hiasan bunga-bunga, hiasan ala2 Inggeris, ada orang suka simple, moden, kontemporari dan sebagainya!
Saya suka paduan warna putih, hitam dan sedikit coklat/kuning, menjadikan rumah beliau nampak natural. Sedikit hiasan yang simple saja-daun hijau dalam pasu comel. Teringin juga pasu kecil ada daun hijau, nampak comel, sekurangnya ada la sedikit hiasan penyejuk mata. Tapi saya tak pandai nak pilih daun macam mana, dan tak pandai nak jaga pokok2 waima pokok kecil. (
ielafazilah, Dieyana tengok, rumah Iela pun banyak pasu2 comel kan-merah, putih ;-)) Bunga2 yang sarat, tidak menjadi pilihan saya.
Lampu gantung yang simple di meja makan-menampakkan suasana tidak terlalu sarat.
Otoman coklat cair (natural) yang dua bijik tu, bekenan la! Dulu, sebelum beli perabot rumah, rata2 saya cari ukuran otoman macam gitu, tapi tk jumpa! Yang jumpa pun ukuran yang besar sangat! Kalau yang kulit tu, mahal weiiii!
Nampak tak jurai2 hitam macam langsir (apa ke nama istilahnya), berfungsi sebagai pembahagi 2 ruang iaitu ruang tamu dan ruang makan, di samping menjadi hiasan rumah. Nampak klasik-moden dengan warnanya yang hitam. Sebenarnya, saya suka juga jurai2 tu, tapi mengenangkan anak-anak yang masih kecil, kensel! Hheheheh.... Lampu gantung di ruang tamu tu okey-okey saja ;-) Mungkin okey la kot, sebagai penyeri siling, agar nampak sedikit mewah!
Dua gambar di atas adalah gambar dalam majalah, yang ini gambar betul2!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tadaaa!!
Bantal buruk rumah saya! Jangan marah ya! Itu pun dah penyek, anak-anak, laki bini buat lapik tidur depan tv.;-)
++(Nota Dieyana: Bukan nak kritik2 rumah orang, tapi nak kongsi2 pendapat di samping mencari ilham deko2 rumah sendiri. Perabot tak de nak beli dah, tapi nak deko2 lain yang tidak sarat.)
6 comments:
harap2 1 day nanti dapat merasa pergi rumah k.diana...insyallah...
nanie-ha, boleh la, dapat minum air teh O ngan mkn kek...heheh
dieyana..pokok kecik tu ila bl kat ikea je.. pokok tipu tu..hehe.. pokok hidup asyik la fengsan je sbb rmh ila agak panas.. lg pun rmh ila tinted, bila gi keje rmh jd gelap.. so xde cahaya masuk..pokok pun jd kojol..hehe
iela-ooo, yg diana tgk kat ikea tu, pokok betul, ihkihkh, ada pasu putih, merah juga....
nanti la, nk tgk2 gak pokok plastik juga..kihkihkhi
syok tengok dekorasi...
tema warna yg dieyana suka tu serupa la dgn warna tema rumah k.ida sekarang.
Walaupun hanya gambar bantal yg dah penyek tu je yg jadi tatapan dekorasi rumah dieyana.....k.ida tetap suka tengok dekorasi dieyana :D
k.ida-rumah baru tu ke? ke rumah lama dah cat baru? ;-)
Post a Comment