Dah pergi mall baru siap kat Danau Kota tu? Kami pergi Ahad lepas! ^__^ Tapi jangan ingat saya yang beria-ria nak pergi tau! Suami saya yang ajak,
“jom kito g KLFC!” Wah, rajin pula suami saya mengajak, agaknya sebab mall baru, dekat aje dgn rumah kami, nak tengok la sejauh mana besarnya KLFC tu. Pucuk dicita, ulam mendatang!
Bab2 berjalan ni, ai memang no 1 ^__^ (kalau esok2 anak- cucu baca blog Dieyana, malu weih! Buruk perangai mak dio, berehi berjalan). Kalau yang duduk luar KL tu, kebetulan lalu Danau Kota, bolehlah singgah KLFC ni. Boleh tahan besarnya KLFC ni. Parkson pun ada, dan masih ada outlet dan restoran yang belum dibuka. Panggung wayang pun rasanya belum buka.
Jalan-jalan dalam KLFC (KL Festival City), jumpa outlet blouse yang dicari sebelum ini – KISTCHEN. Okey juga blousenya, ala2 feminin sikit. Tapi tak beli pun, cuci mata aje.... ^__^
Jalan-jalan lagi, jumpa kaunter – “Lukisan Karikatur Secara Percuma: 10.00 pagi-1.00 tengah hari-untuk kanak-kanak sahaja. Jenguk2 tengok lukisannya, okey juga, tengok yang beratur pun, dalam 10-12 kanak-kanak. Masa tu lebih kurang pukul 11. Dengan gigih saya beratur. Tambah2 free pula. Eksaited nih nak tengok wajah karikatur anak-anak saya. Rasa lenguh pinggang-kaki juga nih! Nak blah, rasa sayang pula, alang2 dah beratur lama, kan.
1 jam 15 minit sudah berlalu, ada lebih kurang 4 orang kanak-kanak lagi. Saya bajet, sempat la giliran anak-anak saya, sampai kul 1 dia berhenti kan. Tiba-tiba datang perempuan Cina kira jumlah kanak-kanak di hadapan saya yang menunggu giliran. Dan, “Miss, sori ya! Kita ambil sampai kakak ni saja.” (sambil tunjuk kat kakak yang beratur di depan saya). “Tapi saya dah beratur dari pukul 11 tadi, takkan lah tak boleh ambik saya seorang, anak saya dua orang saja, boleh buat atas satu kertas lukisan utk dua anak saya.” Bla bla.... (Muka saya penyet macam nak menangis! Saya perasan kakak di depan saya pun macam simpati tengok muka penyet saya) “Sori miss, miss datang pukul 2.00 nanti ... dia mahu....” Belum sempat perempuan Cina habiskan ayat, saya terus belah dgn muka masam gilos!
Arggghh!!! Sakit pinggang weih!! Buang masa saya beratur 1 jam setengah kat situ. Argh!!! Tak dok rezeki ... tadi masa beratur, rasa sakit pinggang berdiri lama, saya tahan aje, eksaited punya fasal ... grrrrrr!!! Yang beratur belakang saya tak pe lah, dia baru saja beratur, tak de lah rasa apa-apa kan.
Abang dah mula rasa bosan!
Tapi adik tetap maintain....
Mood saya nak berjalan2 dalam KLFC langsung ke laut!! Dah le perut lapar. Suami cakap, g tapau Pappa Roti, kami langsung tak de mood nak makan-makan kat situ ... muka saya masam gilos. Masuk ‘Popular’ kejap, cari buku warna untuk 2 beradik tu. Lepas tu duk luar KLFC tu, mengadap tasik, makan pappa roti tu ... kemudian balik. Nak balik tu, sempat saya pandang tempat yang menyebabkan muka saya jadi penyet tadi! Grrrrrr!! Pestaim datang KLFC, jadi pulok insiden gini!!! :-(
Ibu yang bermuka penyet dan anaknya yang tengah berusaha nak buat peace...^__^
(**Sejak akhir2 ini, bangun tidur pagi,rasa sakit pinggang yang sangat pedih. Apabila cuba membengkok, rasa tegang sangat2! Umur belum 40 dah mengalami sakit pinggang.... :-(( kata kakak saya, bangun dari tidur tu, buat la senaman sikit ... jadi, 2/3 hari ni, bangun saja dari tidur, saya lakukan senaman kecil, dalam 1-2 minit, alhamdulillah, rasa tegang di pinggang berkurangan).
6 comments:
Kak diana... Klo pegi lg nanti singfah kt rumah hehe. Dekat sgt tu. Econsave murah sgt lauk basah...
etiey-heheh, insya-Allah, tk penah masuk econsave, kalu murah, soping situ aje lah lps ni...;-)
k.diana suka nani tgk muka wafiy tu.dia fotogenik lah.rambut dia kelakar sngat...heheheh
nanie-hahah, ritu panjang, mcm pempuan dah...naik ciken pox ritu potong, bg panjang depan je skit. entah mcm mna bleh terbelah tengah rambut...ahhah
nnti klu peknen nak tgk muka wafiy banyak2 bg terkenan ikut wafiy....mcm mix pon ada.k.diana dulu ada terkenan sape2 ke masa peknen wafiy ni?
nanie-hhehe, tk de kenan apa2 la nani... peknen ank kedua, langsung tk jaga mkn...tup2 bila kuar putih melepak..kihkhihk... (tapi peknen kali kedua, k.diana tak berseorangan, suami k.diana mengaku, dia juga baca surah2 dlm al quran dr k.diana mula peknen smpi k.diana bersalin. katanya nk tebus, ms k.diana peknen anak petama, dia jauh di sabah, kurang pemerhatian terhadap k.diana Alhamdulillah...)
Post a Comment